LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Sunday, January 29, 2012

Tahniah Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka! & Pegawai PPD Alor Gajah Yang Baru/2012

Tahniah Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka! & Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah yang Baru/30.01.2012/Isnin.





Warga PPD Alor Gajah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & ucapan tahniah serta selamat bertugas kepada Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang baharu bagi menggantikan Dr. Mohamad Nor bin Mohd. Taib yang telah berpindah ke Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini.





Warga PPD Alor Gajah juga merakamkan ucapan syabas kepada Tuan Haji Ab. Lazis bin Jaffar, Pengetua SMK Lubok China yang telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah bagi mengisi kekosongan jawatan yang disandang oleh Tuan Haji Kasim bin Mohamad sebelum ini.

Majlis penyerahan watikah pelantikan mereka telah diadakan di Jabatan Pelajaran Melaka pada jam 3.00 petang tadi (27 Januari 2012) yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka.

Adalah diharapkan dengan lantikan ini, Tuan Timbalan Pengarah dan juga Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah akan lebih erat bersama kita ke arah menjadikan pendidikan di Melaka lebih diberkati, cemerlang, gemilang dan terbilang, Insya-Allah & Amiin.

Friday, January 27, 2012

Pembayaran Bulanan Skim Gaji baru 2012 (SBPA) Mulai 01.01.2012 - Ditangguhkan

Sumber 1:

Bayaran gaji Feb penjawat awam berdasarkan SSM

Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.

Cuepacs kemuka lima perkara utama

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbang dalam semakan semula SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata lima perkara itu menumpukan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.

Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang telah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus; dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.

"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di George Town.

Omar berkata beliau juga meminta agar tiga lagi pegawai tertinggi dalam Cuepacs dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya.

Selain itu katanya, Cuepacs akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam tentang SBPA.

"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.

SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada
kerajaan.

- Bernama

Sumber 2:

Isu SBPA: 5 tuntutan CUEPACS

Presiden CUEPACS beri kata dua tarik diri jika syarat tidak dipenuhi

1) Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
2) Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
3) Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
4) Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
5) Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam

GEORGETOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.

Sumber 3:

25/01/2012 8:27pm

PUTRAJAYA 25 Jan. - Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini hari ini. - BERNAMA

Wednesday, January 18, 2012

Al FATIHAH...Buat Allahyarhamah Cik Elinadiah bte Mazlan, Pembantu pengurusan Murid, Kelas Pedidikan Khas, SKRCK 2010-2012 (23/09/1988 - 18/01/2012)





18.01.2012/Rabu: Salam..kepada semua Warga SKRCK & PIBG & rakan2 - bekas2 Murid2 SKRCK..dimaklumkan..

Takziah kepada rakan kita..Pembantu Pengurusan Murid, Kelas Pendidikan Khas SKRCK sekarang, bertugas di SKRCK mulai: 03/03/2011 - 18/01/2012: Cik Elinadiah bte Mazlan, (yg lahir pada: 23/09/1988 - 18/01/2012), 24 Tahun usia arwah..telah kembali ke Rahmatullah..jam 9.00 malam tadi..baru 57 minit lepas..

Sekarang, jenazah arwah bersama keluarga di Hospital Besar Melaka..diikebumikan di kampung asalnya..di Batu 30, Kampung Tanjung Dahan, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka..esok hari..akibat..sakit tirod tahap paling kritikal..

Kami mendoakan agar keluarga arwah bersabar, tabah dan arwah dimasukkan di dalam golongan org yg soleh..AL FATIHAH...

Monday, January 16, 2012

Minggu Ketiga Persekolahan 2012 : 16/01 - 20/01/2012.





24.01.2012/Selasa: Warga SKRCK Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina (23 - 24.01.2012) & Warga SKRCK akan bercuti 1 hari lagi pada 25.01.2012/Rabu - Sekolah mengambil Cuti peristiwa. Sekolah akan dibuka seperti biasa pada 26.01.2012/Khamis.





LAWATAN 2 ORANG PEGAWAI PEJ.KESIHATAN A/GAJAH 2012 KALI1
(KANTIN SKRCK)(GRED A - 2012)
TARIKH: 20.01.2012 HARI: JUMAAT
MASA : 11.45 - 12.00tgh. LOKASI: KANTIN SKRCK




PERJUMPAAN GURU2 MP T.6/UPSR DGN GB/GPK 2012 KALI1
TARIKH: 20.01.2012 HARI: JUMAAT
MASA : 8.10 - 8.55 pg. LOKASI: BILIK GB SKRCK






TAKLIMAT & SUNTIKAN BCG (TAHUN 1 & 6 SHJA) & LATIHAN PRAKTIKAL KUIM
KLINIK KESIHATAN M/TANAH & KOLEJ AGAMA ISLAM MELAKA KSB.
TARIKH: 17. & 18.01.2012 HARI: RABU & KHAMIS
MASA : 9.00 - 12.00 tgh. LOKASI: SKRCK








TAKLIMAT & DEMONTRASI KEBAKARAN
JAB.PERTAHANAN AWAM M/TANAH
TARIKH: 17.01.2012 HARI: SELASA
MASA : 2.00 - 4.10 pm LOKASI: SKRCK




TAKLIMAT & DEMONTRASI PERGIGIAN
KLINIK KESIHATAN M/TANAH
TARIKH: 17.01.2012 HARI: SELASA
MASA : 9.00 - 10.10 am LOKASI: SKRCK




LAWATAN PPD A/GAJAH
UNIT SAINS & MATEMATIK
DAN MESY PANITIA BM & AG
KALI 1/2012
TARIKH: 17.01.2012 HARI: SELASA
MASA : 1.15 - 1.40pm LOKASI: SKRCK





TAKLIMAT & DEMONTRASI PERGIGIAN
KLINIK KESIHATAN M/TANAH
TARIKH: 17.01.2012 HARI: SELASA
MASA : 9.00 - 10.10 am LOKASI: SKRCK


KEBENARAN KEPADA PIHAK SEKOLAH
UNTUK MEMILIH DAN MEMASANG
PERKHIDMATAN INTERNET DI SEKOLAH
Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) 2012
YTL - KPM/PUTRA JAYA
TARIKH: 16.01.2012 HARI: ISNIN
MASA : 10.40 - 11.20pg LOKASI: SKRCK


Diketuai oleh : Cik Nurul Huda.
Dibantu Oleh : En. Imran, En, Khusairi, En. Halim dan En. Yong.

Tujuan Lawatan : Menawarkan Kebaikan & Perkakasan YTL - ISP Internet.
Kelajuan : Upload & Download yang lebih laju dari TM dll..
Harga : Akan dirundingkan dengan KPM, kerana Pihak SKRCK pada asalnya,
sudah memilih TM sebagai ISP Talian Internet bagi Tahun 2012.
(RM 600 - sebulan, dibayar oleh KPM). Rujuk Tarikh: 30.12.2011.
Tujuan Lawatan: Fasa 1 - Meninjau Tapak & Bangunan SKRCK (Infrastruktur)
Keputusan : Belum Muktamad.

Sumber 1:

KEBENARAN KEPADA PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMILIH DAN MEMASANG
PERKHIDMATAN INTERNET DI SEKOLAH 2012

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Unit ICT PPDAG Rabu, 28 Disember 2011 15:47

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa semua sekolah di bawah pengurusan KPM adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada atau memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) lain bagi mendapatkan sumbangan perkhidmatan internet di sekolah pada tahun 2012 sehingga projek Perkhidmatan 1 BestariNet dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Berikut dilampirkan Surat Siaran Untuk Memilih dan Memasang Perkhidmatan Internet dan Garis Panduan Pemasangan Internet.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.





PROGRAM PELAKSANAAN KAJIAN
PROGRAM PEMANTAPAN PROFESION
GURU DI KPM FASA II DI SELURUH
NEGERI MELAKA 2012
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM
TARIKH : 16.01.2012 HARI : ISNIN
MASA : 10.20 - 1.30pm LOKASI: B.SAINS:
Guru Yang Terlibat : GB, 3 GPK & 16 GURU MPel & 1 PT.

Tujuan : Membuat Soal-selidik - Dasar & Perbelanjaan & Latihan Guru2 Seluruh negara.
Bebanan dan tanggungjawab Guru, Isu2 semasa dan Cara Mengatasi.
Isu Tugas Guru : 8.00 pagi - 5.00 petang/Melaka perintis Ujian/310 buah sek.

Diketuai oleh : En. Hashim bin Abu Samah, dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
Putrajaya, bertugas sekarang di BPM/Sekolah Harian, asal dari, Melekek, N.Melaka.
Dibantu oleh : En. Razali dari JPN.Melaka (Unit Perhubungan), asal, Alai, Melaka dan En. Saifullah (Fasilitator)

Sumber 1 :

PELAKSANAAN KAJIAN PROGRAM PEMANTAPAN PROFESION GURU DI KPM FASA II DI SELURUH NEGERI MELAKA

LAST_UPDATED2 Ditulis oleh PPDAG Isnin, 09 Januari 2012 11:13

Kepada Pengetua dan Guru Besar,

Dimaklumkan bahawa satu Kajian dan Soal Selidik yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM akan dijalankan di semua sekolah Daerah Alor Gajah bermula pada 11 Januari 2012 hingga 16 Januari 2012.

Sehubungan dengan itu sila muatturun Surat Siaran dan Borang Bilangan Populasi Sampel (Lampiran A) sebagai persiapan awal bagi kehadiran pegawai berkenaan dalam melaksanakan program tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

MINGGU KE-3, JANUARI 2012 : 16/01/2012 – 20/01/2012

BIL.

TARIKH

HARI

AKTIVITI


15/01/2012

AHAD

PEMBAYARAN RM 500 bermula (2 bulan) kepada Isi rumah di bawah pendapatan RM 3000 di Seluruh Malaysia.

01.

16/01/2012

ISNIN

GURU BERTUGAS MINGGUAN :

16/01 - 21/01/2012 :
CIKGU : PN. MASWATI & EN. MOHD. ZARIMI
"TAWAKAL ASAS KEJAYAAN"

GB : SARANKAN BUDAYA SALAM DAN HORMATKAN IBU BAPA/

PENJAGA, GURU SERTA TETAMU/PELAWAT YG HADIR KE SKRCK

PADA BILA-BILA MASA.

BUDAYA MENCATAT PERKARA-PERKARA PENTING DI PADANG PERHIMPUNAN, BILIK KELAS & BUDAYA MEMBACA PATUT DIAMALKAN.

MURID-MURID TAHUN 1 & 2 2012 (MURID ISTIMEWA) KERANA MEREKA TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN KSSR.PBBS.


MESYUARAT KECEMERLANGAN TAHUN 6 (ditangguhkan)

MESY. PANITIA M.PEL KALI 1/2012
(SN - Bilik Sains) ditangguhkan.

BAYARAN GAJI JAN IKUT SSM 2012..

Lawatan KPM, Putrajaya & JPN Melaka, Program Pemantapan Profesion Perguruan, Soal Selidik di SKRCK.

Lawatan Tapak Pihak YTL & KPM, Putrajaya, bagi Projek ISP – Penyedia Pembekal Internet 2012 di SKRCK.

Pembantu Tadbir SKRCK mengambil skel gaji baru (SBPA) di Unit Perkhidmatan Jabatan Pelajaran Melaka.

Nota: Kepada semua sekolah pusat pembayar adalah dikehendaki mengambil laporan gaji SSM ke SBPA di KIOSK/bilik runding 1/bilik runding 2 Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka. Sila bawa pen drive sendiri untuk menyalin (copy) laporan di atas. Sila semak gred jawatan lama, gred hakiki lama, amaun gaji lama, tarikh naik gaji lama mengikuit gaji yang dibayar pada bulan Januari 2012 dengan kadar segera.

02.

17/01/2012

SELASA

Taklimat & Demontrasi Cara Memberus Gigi Dengan Betul

Klinik Kesihatan Masjid Tanah – Semua Murid Tahun 4,5 & 6

Kantin – Makmal – Padang : 9.00 – 10.10 pagi.

Lawatan PPD Alor Gajah, Unit Sains & Matematik.

En. Zolkarnini bin Abd Ghani.

10.10 pagi – 12.55 tghari.

Mesyuarat Panitia B.Melayu & Agama/J-Qaf

Kali 1/ Tahun 2012, Bilik J-Qaf/B.Sains

1.0 – 1.45 petang.

(GPK ! – Pn. Hamidah – Memantau Mesyuarat)

AKTIVITI KO KU KALI 2 BRJALAN.22 style="margin-bottom: 0.0001pt;">

TAKLIMAT & KEY IN DATA SPPBS 2012, untuk Semua Guru Mata Pelajaran (10 orang/10 subjek) dan Muric Tahun 1 Bestari (23 orang) bermula secara Online. – Penyelaras rmal" style="margin-bottom: 0.0001pt;">Ketua : Kapten Md. Jidin bin Sahat.

Dibantu : 4 anggota JPA MT.

Masa : 2.00 – 4.10 petang.

Semua guru, murid Tahun 4,5 & 6, Staf sekolah.

Semua Ketua Penyelaras Aktiviti Ko Kurikulum (Persatuan/Kelab/Uniform/Permainan/Rumah Sukan/Silat)

Sedang giat mengemaskinikan Semua Fail, data yang berkaitan, bagi Tahun 2012.

03.

18/01/2012

RABU

TAKLIMAT & KEY IN DATA SPPBS 2012, untuk Semua Guru Mata Pelajaran (10 orang/10 subjek) dan Muric Tahun 1 Bestari (23 orang) bermula secara Online. – Penyelaras UPSR 2012.

TAKLIMAT UPSR 2012 – PENDAFTARAN S/U UPSR

Kepada semua murid-murid Tahun 6 bermula. (Manual)

Oleh S/usaha UPSR SKRCK.

Semua Markah Ujian Diagnostik Tahun 6, 2012 sudah boleh dihantar kepada GPK 1 & Murid perlu mendapat kembali Kertas Soalan, Kertas Jawapan & Markah mereka.

04.

19/01/2012

KHAMIS

MESY AJK PIBG KALI KE __.

Setiausaha UPSR 2012, Taklimat Pendaftaran di SK. Lesung Batu, Alor Gajah, Melaka.

Guru Pra Sekolah & Guru Sistem Maklumat Murid (SSM), Mengemaskinikan Data 2012 Terkini.


05.

20/01/2012

JUMAAT

Laporan Aktiviti Perancangan Strategik Bagi Tahun 2011 & Perancangan Strategik Semua Aktiviti di bawah 3 bidang utama (Kurikulum/HEM/Ko Kurikulum) bagi Tahun 2012, perlu dihantar kepada 3 orang GPK SKRCK.




Wednesday, January 11, 2012

Minggu Kedua Persekolahan 2012 : 09/01 - 13/01/2012.




Berikut adalah beberapa paparan aktiviti Minggu Ke 2/2012...

MINGGU KE-2, JANUARI 2012 : 09/01/2012 – 13/01/2012

BIL.

TARIKH

HARI

AKTIVITI

01.

09/01/2012

ISNIN

TAKLIMAT RINGKAS DATA 2012 (Guru & Staf)

TAKLIMAT & KEMASKINI DATA SMM 2012

TAKLIMAT GB & SEMUA GURU KELAS2 KHAS

KLINIK PERGIGIAN M/TANAH MULA TIBA

CIKGU 'IZZATI MULA IKUTI MOD 5 THUN DI JITRA KEDAH, OPTION MATEMATIK

02.

10/01/2012

SELASA

AKTIVITI KO KU KALI 1 BERMULA:
(4 MESY SERENTAK: 30 minit : PERMAINAN, R.SUKAN, UNIFORM & KELAB/PERSATUAN)

MESY GPK 1 DATA DI SK.LAKSAMANA 2PM

LAWATAN UNIT HEM DR JPN Melaka

03.

11/01/2012

RABU

MESY GURU2 - KURIKULUM KALI 2/2012

(ada 8 agenda)

Ada 8 agenda yang dibincangkan :-

1. Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.

3. Perkara berbangkit.

4. Analisa UPSR 2011.

5. Target UPSR 2012.

6. Program Peningkatan & Kecemerlangan UPSR.

7. MBMMBI.

8. PBS/KSSR Tahun 2/2012

9. Hal-hal lain.

TAKLIMAT RINGKAS SPPBS TAHUN 2/2012

TAKLIMAT UPSR 2012 – PENDAFTARAN S/U UPSR

04.

12/01/2012

KHAMIS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 (1)

JADUAL UJIAN : TAHUN 6 SAHAJA (KHAMIS)

7.45 pg - 8.35 pagi : BM (Pemahaman)

9.00 pg - 10.15 pagi : BM (Penulisan)

10.40 pg - 11.00 pagi : REHAT

11.05 pg - 12.05 tgh : MATEMATIK (k.2)

12.10 tgh - 1.00 ptg : B.INGGERIS (k.1)

PENGUKURAN BILIK KELAS SEBAGAI BILIK STOR

SEMUA MESY PANITIA MP KALI 1 DITANGGUHKAN
(Sepatutnya : Mesy. Panitia BM - Makmal Komp &
MT - Tahun 6)

05.

13/01/2012

JUMAAT

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 (2)

JADUAL WAKTU UJIAN DIAGNOSTIK (Tahun 6 sahaja)

7.45 pg - 8.35 pg : B.INGGERIS (k.2)

9.05 pg - 10.20 pg : SAINS

10.40 pg - 11.00 pg : REHAT

11.05 pg - 11.55 pg : MATEMATIK (k.1)

Arahan :

Sila jalankan Ujian mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Hantar markah ujian kepada guru kelas untuk dibuat analisa pd 19.01.2012.

Guru kelas perlu menghantar markah beserta analisa kpd GPK 1(Pn.Hamidah),untuk disemak pada : 20.01.2012.


MESY PANITIA MP KALI1/2012
(Mesy. Panitia B.Inggeris)

BAYARAN PENCEN JAN 2012

LAWATAN DR PUTRAJAYA KE SKRCK/ UNIT PEMBANGUNAN ?