LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Thursday, January 5, 2012

Minggu Pertama Persekolahan 2012 : 04/01/2012 - 06/01/2012 (Rabu - Jumaat)




Berikut beberapa maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan di SKRCK sepanjang minggu persekolahan yang pertama :-

BIL

TARIKH

HARI

AKTIVITI

01.

04/01/2012

Rabu

1. Perhimpunan ringkas di Padang Perhimpunan.

2. Guru Bertugas Mingguan (Cikgu Mohd Nasri)

3. Nyanyian 3 buah lagu, Ikrar, bacaan Doa.

4. Ucapan ringkas Guru Bertugas Mingguan.

5. Ucapan dan Amanat Penting dari Tuan GB SKRCK.

(En. Kasim b. Md. Isa)

6. Sesi Perkenalkan diri 3 orang guru baru ke SKRCK.

(Cikgu: EN. KAMAROL ZAMAN BIN A GAHANI – GPK KO KU,

EN. MOHD ZARIMI BIN MOHD NOOR – GURU PEMULIHAN & EN SHAHARUDIN BIN BAHANAN –GURU ALIRAN PERDANA)

7. Murid mula masuk ke kelas & Sesi Pengajaran &

Pembelajaran berjalan seperti biasa.

8. Kedapatan para ibu bapa yang hadir, untuk menjelaskan

pembayaran & membeli buku teks.

9. RMT telah berjalan/bermula seperti biasa (47 murid)

02

05/01/2012

Khamis

1. Tazkirah di Padang Perhimpunan – 5 minit.

2. Sesi Pengajaran & Pembelajaran seperti biasa.

03.

06/01/2012

Jumaat

1. Majlis Bacaan Yasin beramai2 di Kantin SKRCK.

2. Sesi Penyelarasan Murid2 Tahun 1-6 (Rumah Sukan sahaja)

di padang Perhimpunan (Diketuai oleh GPK KoKu, Cikgu

Kamarol Zaman, S/usaha Sukan: Cikgu Mohd Nasri & Cikgu

Siti Nor Hanifah dan dibantu semua guru)

3. Taklimat ringkas, GB, GPK-GPK dan semua guru kelas di

Kantin Sekolah.

4. Sesi Pengajaran & Pembelajaran seperti biasa.

Tahniah Kepada Ckgu Masrizal & Cikgu Faris Rizal : Cahayamata yang kedua.

5.1.2012/Khamis: Warga SKRCK mengucapkan Tahniah kepada 'Hero Baru" kepada Cikgu Fariz Rizal dan & isteri, Puan Fiza dan keluarga di Terengganu, dengan kelahiran cahayamata ke 2.

Begitu juga dengan Cikgu Masrizal Rahmat, isteri dan keluarga..atas kelahiran cahayamata perempuan kedua pada 22.12.2011.

Tuesday, January 3, 2012

Tahun baru 2012, Alam Baru Persekolahan 2012.

Warga SKRCK mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 dan Sesi Persekolahan Tahun 2012 akan bermula pada Tanggal 04hb. Januari 2012 Masihi bersamaan 10 Safar 1433 Hijrah, hari Rabu.

a) Sumber - dari Web Site: PPD Alor Gajah, Melaka.


1) MAKLUMAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1, TAHUN 2012



LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Mohd Nor Omar Selasa, 03 Januari 2012 17:26

Kepada Semua Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Alor Gajah.

Makluman kepada tuan-tuan sekelian, diharap dapat memaklumkan data tersebut selewat-lewatnya pada atau sebelum pukul 10 pagi pada 4 JANUARI 2012 . Sila memuat turun borang dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki. Kembalikannya semula melalui alamat email upsppdag@gmail.com Mohon digunakan format borang yang dikepilkan dan jangan diubahsuai.

Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


2) Tahniah, Selamat Berpisah dan Selamat Bertugas Di KPM


LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Unit Pendidikan Islam PPDAG Jumaat, 30 Disember 2011 14:48
Tahniah, Selamat Berpisah dan Selamat Bertugas Di KPM

Warga PPD Alor Gajah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada Yang Berbahagia Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia Gred DG54 mulai 16 Disember 2011 yang lalu namun akan memulakan tugasnya di tempat baru pada 3 Januari 2012 kelak.



3) RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2012



Ditulis oleh UNIT HEM Jumaat, 30 Disember 2011 12:09

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2012

Perhatian kepada semua Guru Besar.

Program Rancangan Makanan Tambahan akan bermula pada 4/1/2012(Rabu). Pihak sekolah diminta memilih murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mempunyai kelayakan seperti berikut melalui SMM:-

a) Pendapatan ibubapa / penjaga RM 430 dan ke bawah ATAU perkapita RM 100 dan ke bawah.
b) Borang Permohonan perlu diberi kepada penjaga yang layak sebagai bahan bukti permohonan.
e) Sila hantar senarai nama mengikut darjah dan jumlah penerima keseluruhan ke PPD Alor Gajah selewat-lewatnya 6/1/2012.(U.p Ustaz Jamaluddin Ahmad)

Terima kasih.

b) Dari Web Site : JPN Melaka.

1) Pemantauan Pengurusan PPDa Sekolah-Sekolah Negeri Melaka.


Ditulis oleh AHMAD SAUFI BIN ISNIN
Tuesday, 03 January 2012
Kepada,

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Sukacita dimaklumkan sekolah-sekolah negeri Melaka dikehendaki menjalankan program-program pencegahan dadah. Pihak tuan diminta memasukkan program-program di dalam perancangan tahunan sekolah tuan.


2) Perubahan Tarikh Takwim Pelaksanaan LDP "School Based" Tahun 2012.

Ditulis oleh Hazlina Mohamed Yussof
Thursday, 29 December 2011
Pengetua dan Guru Besar Sekolah Negeri Melaka.


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Untuk makluman berlaku perubahan tarikh takwim perlaksanaan LDP bagi tahun 2012. Maklumat lanjut perubahan tarikh takwim LDP boleh diperoleh dari surat siaran yang dilampirkan.



Sekian, terima kasih.

NOSTALGIA KENANGAN SKRCK DIS 2011

Berikut adalah beberapa peristiwa sepanjang Bulan Disember 2011.

NOSTALGIA KENANGAN SKRCK NOV 2011

Berikut beberapa peristawa yang berlaku sepanjang Bulan November 2011.

Sunday, January 1, 2012

Koleksi SMS Tahun 2012

Koleksi SMS Tahun 2012 :-

Koleksi SMS Ucapan Selamat Tahun Baru – sms selamat tahun baru – ucapan selamat tahun baru 2012 -

Koleksi sms ucapan tahun baru 2012, Pasti ramai yang ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012,namun kekurangan idea untuk menulis ucapan bagaimana yang ingin di ucapkan.

Di bawah, sedikit koleksi ucapan selamat tahun baru 2012 yang mungkin boleh membantu korang yang ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada sahabat,keluarga mahupun teman istimewa korang. Berikut koleksi ucapan selamat tahun baru 2012:

1) Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup anda.Harap anda dan keluarga anda selamat dan bahagia. Selamat Tahun Baru 2012.

2)Dengan berjalannya waktu, setiap pengalaman dalam hidup adalah pelajaran, tapi cinta akan selalu menjadi kekuatan dalam perjalanan kehidupan. Selamat Tahun Baru 2012.

3) Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin .. Selamat Tahun Baru 2012 semua!

4) … Selamat Tahun Baru .. Ucapkan selamat tinggal pada 2011 dan selamat datang 2012 .. Semoga tuhan memberkati kita .. semoga tahun ini jauh lebih baik dari tahun lalu dan harapan bahwa kita selalu menjadi teman yang baik .. Selamat Tahun Baru 2012.

5)Iman membuat segala sesuatu menjadi mungkin. Harapan membuat segala sesuatu menjadi bekerja. Cinta membuat segala sesuatu menjadi indah. Semoga kamu memilikisemuanya untuk tahun baru ini, Selamat tahun baru 2012 .

6) Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,kini tahun baru telah menyambut kita,tibanya kita memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan
Selamat tahun baru 2012.

7)Tahun Baru….
MOTIVASI & OBSESI BARU
PERBAHARUI LAGI DIRI KITA MENJADI LEBIH BAIK!!!
Selamat Datang 2012.

8) Tiada kata yang seindah lantunan syair.
Tiada mutiara yang secantik bidadari.
Tapi hari ini lebih dari hari sebelumnya, kerana tak lama lagi kita akan melewati detik pergantian yang banyak di tunggu jutaan manusia di dunia.
Hanya satu yang dapat aku lakukan dan berkata
Selamat tahun baru 2012.

9) |””|__|””|.*.*.*.*.
| APPY.*.*.*
|__|””|__|.*.*.*.*
*.*.*.*.*.*.*.*.*.
*. NEW YEAR 2012 *
*.==.== .*

10) 2 U & UR FAMILY
GOD BLESS

B-egin with
L-ove in ISLAM
E-xpect blessing
S-hare goodness
S-hine like the sun
l-nspire everybody
N-ever forget that
G-OD is with u always

Happy New Year 2012

12) Wishing u SUNLIGHT in u’r heart
SUCCESS in u’r path
ANSWERS to u’r prayers..
HAPPINESS in u’r life..
SMILE in u’r face..

Happy New Year 2012

12) FAITH makes all things possible,
HOPE makes all things work,
LOVE makes all things beautiful.
May you have all three in this New Year 2012

13) Matahari menyelinap dibalik bukit, sembunyikan kenangan hidup, menyimpan lembaran usang, menyambut hari-hari muda, sebentar lagi akan menjelang. Selamat datang tahun baru 2012, harapan baru dan perubahan.

14) Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan. Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru. Selamat tahun baru 2012. Semoga selalu berjaya dan sejahtera.

15) hari berganti
bulan berganti
tahun pun berganti
tahun baru harapan baru
tetap semangat
masa lalu adalah kenangan
hari ini adalah goresan
hari esok adalah harapan
selamat tahun baru 2012
selamat tinggal kenangan
selamat datang harapan

16) let sun bring you hope
let stars bring you rightness
let love bring you happiness
let my message bring you the dream come true
happy new year 2012
wish you all the best

17) buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan
buka mata dapat pemandangan
buka handphone dapat pesanan
buka pesanan dapat ucapan
SELAMAT TAHUB BARU 2012!!!

18) Cinta di bulan Febuari
Kedamaian di bulan MaC
Ketenangan di bulan April
Kesenangan di bulan Mei
Kegembiraan di bulan Jun hingga November
Dan keuntungan di bulan Disember
Semoga TAHUN BARU 2012 INI Tuhan memberimu…
12 bulan kebahagian
52 minggu kegembiraan
365 hari kejayaan
8760 jam kesihatan
52600 mInit keuntungan
3153600 detik keceriaan

19) Yesterday is memory. Today is a gift. Tommorow is a Hope. Let’s begin New Year 2012 with faith, love, peace and new hope.

200 No regret about the past…
No fear about the future…
New hopes & dreams in 2012…
Thankful to God for His blessings in 2012…
Happy New Year !!

21) Only open HEARTS receive LOVE
only open MINDS receive WISDOM
only open HANDS receive GIFTS
and..
only SPECIAL FRIENDS receive my Happy New Year greeting .
HAPPY NEW YEAR 2012 !!!

Sunday, December 18, 2011

SBPA Mulai 01.01.2012 (Lampiran Perbekalan Umum Skim perkhidmatan)

MOU Pelaksanaan SBPA JPA-Ceupacs : Perkara Dipersetujui...
MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Diantara perkara yang dipersetujui ialah:-

1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.

6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.

*
Perlu beri perhatian; Pada masa kini, Seniority seseorang Penjawat Awam kerajaan Malaysia, bukan berasaskan kepada tarikh kemasukan tetapi tarikh berada di sesuatu gred kenaikan pangkat.
KUP yang telah sedia ada dasarnya sudah tentu akan diteruskan. Tetapi yang memohon KUP tanpa justifikasi yang munasabah sudah tentu tidak akan diterima. Dibawah SBPA yang tiada lagi adalah pemangkuan ke gred lebih tinggi. Bagi mereka yang dipilih dan apabila berjaya melalui PROSPEK akan terus dinaikkan pangkat tanpa pemangkuan.

Sejak pengenalan SSB SSM dan kini SBPA keutamaan untuk kenaikan pangkat adalah berasaskan prestasi. Sememangnya kalau dilihat dalam pekeliling peraturan pun tidak disebut mengenai seniority. Tetapi dari segi amalan jika prestasi penjawat itu sama sahaja maka seniority diambilkira. Bagi kumpulan PNP prestasi menjadi keutamaan.




Lampiran B1(b)
SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

1)

KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, PELAKSANA
(SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

GRED GAJI/JAWATAN:
DG2-1, DG2-2, DG2-3, DG2-5
DG1-1, DG1-2, DG1-4, DG1-5, DG1-6
TARIKH KUAT KUASA:1 JANUARI 2012

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG2-1

(a) (i) Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG2-1: T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG2-1: T2).

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG1-1

(b) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T1); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T2); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T2).

2)

SYARAT KELAYAKAN - BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT LANTIKAN:TERUS KE JAWATAN PEGAWAIPERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED
DG1-2, DG1-4, DG1-5,DG1-6 ATAU JAWATAN DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2, DG1-4, DG1-5, DG1-6 atau jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(b) dan 2 di atas; dan
(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG2-2

4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-2 yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KE GRED DG2-2(GURU BIASA)

5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-2 secara time-based apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG2-1;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT

KE GRED DG2-

6. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-3 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

3)
KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG2-3(GURU KANAN)

7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-3 secara time-based apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG2-2;
(c) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT: KE GRED DG2-5

8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-5 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT: SECARA TIME-BASED KE GRED DG2-5(GURU KANAN)

9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-5 secara time-based apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di Gred DG2-3;
(c) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-1(GURU BIASA)

10. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-1, DG2-2, DG2-3 dan DG2-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memiliki kelayakan di perenggan 1(b) di atas; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-2

11. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-2(GURU BIASA)

12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG1-1;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-4

13. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-4(GURU KANAN)

14. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG1-2;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-5

15. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-5 yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-5(GURU KANAN)

16. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-5 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun di Gred DG1-4;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-6

17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-6 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-6(GURU WIBAWA)

18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-6 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred DG1-5;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED KHAS(PENDETA GURU)

19. (a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-6 (Guru Wibawa) yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke Gred Khas (Pendeta Guru); atau

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 dan DG1-5 yang menunjukkan kecemerlangan sangat terkemuka mutunya yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke Gred Khas (Pendeta Guru).

KENAIKAN PANGKAT:KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

20. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-6 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.