
Pada tanggal 25hb. Ogos 2011 bersamaan hari Khamis, jam 12.00 - 1.00 petang, bertempat di kantin sekolah, Satu Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Amanah pelajar Miskin (KWAMP) telah diadakan.
Tuan Guru Besar SKRCK, En.Kasim bin Md Isa telah sudi menyempurnakan majlis ini. Pada Tahun 2011, seramai 84 orang murid sekolah ini daripada 174 orang murid telah terpilih untuk menerima bantuan KWAMP ini.
Sejumlah hampir RM 16,800.00 telah diperuntukkan oleh K.P.M kepada 84 orang murid sekolah ini. Setiap seorang murid akan menerima RM200. Kehadiran ibu bapa/penjaga murid-murid yang terpilih telah menghadiri majlis ini.
No comments:
Post a Comment