LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Tuesday, July 3, 2012

Perjumpaan Ibu bapa, Pendaftaran dan Taklimat Murid Prasekolah dan Tahun 1, 2016 pada 29.12.2015.

29.01.2016/Selasa: Pihak SKRCK telah menjalankan Program Pendaftaran dan Taklimat murid Prasekolah, Pendaftaran Murid-murid Tahun 1 dan Pembayaran Yuran Persekolahan pada 29 Disember 2015, yang lalu di Tahun 1, Prasekolah dan Kelas Tahun 5 Bestari. Aturcara bermula dari jam 8.00 pagi, Pendaftaran ibu bapa/penjaga Murid Prasekolah dan Tahun 1 Bestari, Majlis Bacaan Doa, Taklimat Ringkas Guru Prasekolah, Pn Hajjah Anita binti Aziz, Guru tahun 1 Bestari dan Minggu Transisi Penyayang, Cikgu Maswati binti Md Jani. Selepas itu, program Taklimat Guru Besar SKRCK, En. MOhd Isa bin Barun, yang memberi pelbagai taklimat terkini seperti bilangan guru, staf dan murid, misi dan visi sekolah, perubahan Tahun 2016, harapan dan cabaran dari ibu bapa/penjaga 2016. Akhirnya sesi soal-jawab bersama Pentadbir. Selepas itu, murid-murid Prasekolah dan murid-murid Tahun 1 Bestari dengan pakaian uniform sekolah telah memasuki bilik darjah dan mengikuti sesi soal kenal bersama rakan-rakan, ibu bapa dan guru kelas. Murid-murid yang laian bersama ibu bapa/penjaga pula, telah melunaskan bayaran duit buku tulis, peralatan sekolah, yuran sumbangan PIBG 2016 dan sebagainya,di 8 kauanter meja yang dibuka oleh guru kelas masing-masing di kelas Tahun 5 Bestari. Sesi berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Wednesday, June 20, 2012

Sukantara SKRCK pada 21 & 22.06.2012 dan Sukan Tahunan pada 05.07.2012.

21.06.2012/Khamis : Murid2 SKRCK (Tahun 1-6) sedang mengadakan Sukantara Kali 1, mulai jam 7.40 pagi hingga 10.00 pagi, di Padang sekolah : Acara yang dijalankan : Lari pecut, Lontar peluru, Lompat jauh & persembahan murid. Sukan dijangka akan diadakan pada 05.07.2012. Terima kasih kpd semua guru, pekerja/staf sekolah & murid2 SKRCK.

Sunday, June 17, 2012

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 TEMA: MEMBINA KEYAKINAN DAN JATI DIRI MURID TAJUK PROGRAM: JIWA MURNI, 25 MEI – 27 MEI 2012, MARKAS 3 DIVISYEN, KEM TERENDAK, MELAKA, MURID2 SKRCK & SK.JERAM.

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 TEMA: MEMBINA KEYAKINAN DAN JATI DIRI MURID TAJUK PROGRAM: JIWA MURNI, 25 MEI – 27 MEI 2012, MARKAS 3 DIVISYEN, KEM TERENDAK, MELAKA, MURID2 SKRCK & SK.JERAM. PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 TEMA: MEMBINA KEYAKINAN DAN JATI DIRI MURID TAJUK PROGRAM: JIWA MURNI SEK KEB RAMUAN CHINA KECHIL SEK KEB JERAM DISEDIAKAN OLEH: HAMIDAH BINTI MUHAMMAD PENGENALAN : TEMA : MEMBINA KEYAKINAN DAN JATI DIRI MURID NAMA PROGRAM : JIWA MURNI TARIKH PERLAKSANAAN : 25 MEI – 27 MEI 2012 MASA : (Rujuk Aturcara) LOKASI : MARKAS 3 DIVISYEN, KEM TERENDAK, MELAKA KUMPULAN SASARAN : MURID-MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 - SEKOLAH KEBNGSAAN RAMUAN CHINA KECHIL - SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM PENCERAMAH : 1. EN. ZAHARIN BIN DATO LONG - TETAMU JEMPUTAN ( PPD ALOR GAJAH ) 2. EN. SHAARI BIN BUJANG- PENCERAMAH ( PPD, ALOR GAJAH ) 2. MEJAR JENERAL DATO RAZALI BIN HJ. AHMAD-PENCERAMAH BILANGAN PESERTA : 76 ORANG MURID URUSETIA PROGRAM : 1. PEGAWAI MARKAS 3 DIV. TERDIRI DARIPADA : - 73 WKSP - 3 RSD - 3 REJ KPTD 2. GURU-GURU SKRCK DAN SK JERAM 3. AJK PIBG RASIONAL Program ini dianjurkan dengan rasionalnya bahawa murid-murid berupaya membentuk diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang di samping sokongan rakan-rakan dan mereka yang signifikan dalam kehidupan seharian. OBJEKTIF PROGRAM Objektif program ini adalah untuk: (a) membentuk sahsiah murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intellectual (JERI) (b) memberi motivasi diri agar lebih berkeyakinan dalam kehidupan sebagai seorang murid . (c) Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai seorang murid yang mempunyai sahsiah yang cemerlang. (d) Memberi pendedahan murid dengan dunia luar selain daripada alam persekolahan. PERLAKSANAAN PROGRAM (a) Perancangan Kami telah merancang program ini sejak awal bulan March. Idea untuk menjalankan program ini dicetuskan oleh Pengerusi PIBG, SK Ramuan China Kechil, En. Latif bin Abu Samah yang inginkan murid-murid sekolah diberi peluang dan pendedahan kepada aktiviti luar. Satu pertemuan telah dibuat dengan Dato Panglima, dan akhirnya Dato Panglima telah menawarkan satu program khas yang di kenali sebagai Jwa Murni untuk dilaksanakan. Satu mesyuara t bersama telah diadakan dengan pegawai –pegawa Markas 3 Div yang diketuai oleh Kolonel Rafizi dan wakil PPD( proksi) dan guru SKRCK telah diadakan untuk melancarkan program tersebut yang semuanya dibiayai oleh pihak tentera. 1. Membentuk jawatankuasa program dengan melibatkan pihak tentera markas 3 Div. 2. Membincangkan tajuk program yang sesuai mengikut tema “Jiwa Murni”. 3. Membuat keputusan memilih penceramah dengan tajuk yang bersesuai dengan tema. 4. Mengenal pasti individu atau pihak yang perlu dihubungi untuk mendapatkan kebenaran - Makluman kepada PPD, Alor Gajah, Jabatan Pelajaran Melaka dan Polis. Tarikh dan butiran perlaksanaan program TARIKH PERLAKSANAAN 25 MEI – 27 MEI 2012 ( Jumaat – Sabtu) Aturcara Program (TARIKH)/(HARI) Tarikh : 25 Mei 2012 ( Jumaat) 1600 -1830 : Pendaftaran/Taklimat Peserta oleh Mejar Ismail ( 3 Div) 1830 -1900 : Makan Malam 1900 - 2100 : Solat Magrib/Isyak berjemaah 2100 – 2230: Tazkirah 2230 : Supper Tarikh : 26 Mei 2012 ( Sabtu ) 0600 – 0700 : Solat Subuh dan sarapan pagi 0700 -0800 : Senaman Pagi/Senamrobik 0800 -1030 : Ceramah Motivasi Murid Tahun 4, 5 dan 6 ( Slot 1) - En. Shaari bin Bujang ( PPD, Alor Gajah ) 1030 – 1100 : Minum Pagi 1100 – 1245 : Ceramah Motivasi Murid Tahun 4, 5 dan 6 ( Slot 2 ) -Mejar Jeneral Dato Razali bin Haji Ahmad ( Markas 3 Div) 1245 – 1430 : Makan Tengahari/ Solat Zohor berjemaah 1430 – 1630 : Team Game 1630 – 1800 : Solat Asar berjemaah 1800 – 2100 : Makan Malam/Solat Magrib/Tazkirah/Solat Isyak 2100 – 2200 : Expedisi River Cruise Sungai Melaka 2200 -2230 : Supper Tarikh : 27 Mei 2012 ( Ahad 0600 – 0700 : Solat Subuh/Sarapan pagi 0700 -0800: Persiapan Majilis Penutup 0800 – 1030 : Majlis Penutup 1030 – 1100 : Minum Pagi 1100 – 1230 Penyampaian Cenderhati 1230 Makan Tengahari / Pelajar bergerak pulang LAMPIRAN TARIKH : 25 MEI 2012 ( JUMAAT) HARI PERTAMA: MURID BERHIMPUN DAN MENDENGAR TAKLIMAT DARI MEJAR ISMAIL(KEM 3 DIV) SESI ” ICE BREAKING” TARIKH : 26 MEI 2012 ( SABTU ) GAMBAR 1 : BERMANDI DI KOLAM GAMBAR 2 : MOTIVASI MURID( SLOT 1 ) OLEH EN. SHAARI BIN BUJANG ( PEGAWAI PPD, ALOR GAJAH GAMBAR 3 : MOTIVASI MURID (SLOT 2) OLEH MEJAR JENERAL DATO’ RAZALI BIN HJ.AHMAD PANGLIMA MARKAS 3 DIV, KEM TERENDAK GAMBAR 4 : MURID-MURID DI BERI MAKAN ’HAPPY MEALS’ SUMBANGAN PEGAWAI MARKAS 3 DIV GAMBAR 5 : KERJA KUMPULAN ( TEAM GAMES) GAMBAR 6 : HASILAN KERJA KUMPULAN ( LELAKI) GAMBAR 7 : HASILAN MURID PEREMPUAN ( KERJA KUMPULAN) GAMBAR 8 : TAZKIRAH DARI USTAZ MARKAS 3 DIV ( SOLAT ASAR) GAMBAR 9 : RIADAH DI TEPI PANTAI GAMBAR 10 : TAZKIRAH SELEPAS SEMBAHYANG MAGRIB – CARA SEMBAHYANG YANG BETUL GAMBAR 11 /12 : EKPEDISI MENYUSURI SUNGAI MELAKA TARIKH : 27 MEI 2012 ( AHAD) MAJLIS PENUTUP KEM MOTIVASI MURID GAMBAR 13 : PERSEMBAHAN MURID DARI SKRCK GAMBAR 14 : UCAPAN PENUTUP DARI – EN. ZAHARIN BIN DATO’LONG ( PEG. PPD, ALOR GAJAH) - LEFTENAN KOLONEL AHMAD RASHID (MARKAS 3 DIV) GAMBAR 15 : BERTUKAR-TUKAR CENDERHATI KESIMPULAN : Semoga hasrat dan matlamat motivasi yang di adakan dapat melahirkan insan yang beriman dan mempunyai matlamat hidup, dapat memupuk kesedaran murid, semangat setia kawan, menanam semangat jati diri murid dan akhirnya menyedarkan mereka tentang tanggungjawab seorang murid pada diri sendiri, sekolah ,keluarga dan agama dan seterusnya pada masyarakat umumnya. Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat, bas pengangkutan KKTM dan Kolej Komuniti dan khususnya pada penganjur, Markas 3 Divisyen yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Razali bin Hj. Ahmad. ” SETIAP ORANG ADALAH PEMIMPIN DAN SETIAP PEMIMPIN ITU AKAN DIPERSOALKAN TENTANG TANGGUNGJAWAB”.

Kursus LADAP Kali ke-3, Tahun 2012 : Pengurusan SPPBS/KSSR Tahun 1 & 2

16.06.2012/Sabtu: Warga SKRCK telah menjalankan Kursus LADAP Kali ke -3, yang bertajuk : Pengurusan SPPBS/KSSR Tahun 1 & 2, 2012 yang telah dihadiri 23/24 guru di Makmal Komputer, dari jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari. Terima kasih kpd J/K.LADAP SKRCK.

Thursday, June 14, 2012

Program Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid-murid 2012

15.06.2012/Jumaat: 11.00-12.00 t/hari: Program Menandatangani Buku kemajuan Murid2..Tahun 1 & 2 (SPPBS/KSSR) dan Tahun 3-6 (KBSR) sedang berjalan dengan lancar dan kehadiran ibu/bapa/penjaga amat memuaskan..Terima kasih kepada anda semua, khasnya semua guru2 kelas, Tahun 1-6.

Friday, April 20, 2012

Penyata Gaji Baru, Bulan April 2012 sudah dikeluarkan...

21.04.2012/Sabtu : Info terkini: Warga SKRCK: Sila layari website..e-penyata gaji, penyata gaji Bulan April 2012, sudah dikeluarkan.. Pastikan, anda semua memperolehi Pelarasan gaji baru SSM, dinaikkan ke 13%, tunggakan gaji untuk 3 bulan & ada perbezaan BISP, BIPK & COLA RM250.. Gaji Bulan April dikeluarkan pada: 25.4.2012/Rabu..Sekian..

Tuesday, April 3, 2012

Permohonan Pertukaran Guru e-GTukar Sesi Jun 2012


Pemberitahuan


Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .


Sila layari http://www.apps.moe.gov.my/epgo/

Perhatian, Sila Pastikan Anda Menggunakan Microsoft Internet Explorer.

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Permohonan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi

Sila dapatkan maklumat lanjut di INFO TERKINI bagi guru DG44 yang ingin memohon ke IPG,IAB dan Kolej Matrikulasi. Hanya guru peringkat menengah sahaja yang layak memohon ke Kolej Matrikulasi.

Sekian dimaklumkan.