LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah kebangsaan Ramuan China Kechil, Batu 25, Lubok China 78100 Melaka terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandar Melaka, jarak dari sempadan Negeri Sembilan ialah 4 kilometer sahaja. Kampung ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah, Melaka. Pekan yang terdekat ialah Pekan Lubok China kira-kira 3.2 kilometer.
Kampung Ramuan China Kechil ini dibahagikan kepada 3 pentadbiran Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) iaitu :-
a) Kampung Ramuan China Kechil - En. Mohamad bin Hassan.
b) Kampung Solok Limau Nipis - En. Alias bin Bujang.
c) Felcra Ramuan China - En. Hassan bin Baba.

SEJARAH KAMPUNG RAMUAN CHINA KECHIL

Menerut cerita, Kampung Ramuan China Kechil ini dahulu didatangi oleh orang-orang Cina hendak meramu kayu-kayu di sekitar kampung yang banyak ditumbuhi dengan pokok-pokok. Mereka mengasingkan kayu yang besar ke suatu kawasan manakala kayu yang kecil diletakkan di kampung ini sementara diangkut ke tempat lain. Akhirnya kampung ini dipanggil Kampung Ramuan China Kechil.


 SEJARAH SEKOLAH RAMUAN CHINA KECHIL

1928
Menurut sejarah sekolah ini, pada tahun ini, sebuah bangunan kekal telah didirikan. Pembinaan bangunan ini dari kayu sepenuhnya di atas tapak yang ada sekarang. Di samping itu ada didirikan sebuah Rumah Guru dan sebuah perigi untuk kegunaan pelajar pada waktu itu. Kini, Tahun 2011, bangunan ini dinamakan Bangunan Pentadbiran. Menempatkan pejabat, bilik darjah dll.

1956
Sebuah bangunan tambahan telah dibina mengandungi 3 bilik darjah dan 2 buah rumah guru berkembar. Kini, Tahun 2011, bangunan ini menempatkan Bilik Pemulihan Khas, Tahun 1 Bestari & 2 Bestari.

1960
Selepas merdeka, sebuah bangunan berbentuk 'L' telah dibina di atas tapak bangunan lama. Tambahan bangunan ini mengikut keperluan bilik darjah dan bilangan penduduk yang bertambah dari masa ke semasa.Kini, Tahun 2011, bangunan ini menempatkan Bilik Pra Sekolah, PSS, J-Qaf dan Pendidikan Khas.


1964
Sekali lagi sebuah bangunan baru didirikan di atas tapak bangunan yang dibina pada tahun 1956.

1978
Pembinaan sebuah bangunan dua tingkat dimulakan, lengkap dengan pejabat, bilik guru, tandas, stor dan 4 bilik darjah. Kini, Tahun 2011, menempatkan kemudahan di atas termasuk Bilik Kelas tahun 6 Bestari & 6 Bijak.

1980
Penambahan bangunan baru tidak terhenti di situ sahaja. Bersesuaian dengan penempatan peneroka Gugusan Felcra Ramaun China, telah banyak menambah dan meningkatkan bilangan pelajar di sekolah ini.

1990
Pada akhir tahun ini, sekolah ini telah mendapat peruntukan RM 50,000.00 bagi pembinaan 4 bilik darjah. Bangunan ini dibuat secara gotong-royong. Kini, Tahun 2011, menempatkan Bilik Darjah 3 Bestari, 4 bestari, 5 Bestari & Sebuah bilik Khas.

1991
Pada pertengahan tahun ini, bangunan ini telah dapat digunakan. Tapak bangunan baru ini telah mengambil kawasan padang sekolah yang menjadi sempit. Walaupun begitu Pihak Jabatan Melaka telah memberi pengesahan bahawa padang itu akan diluaskan semula di tanah kawasan sekolah yang masih ada dan kini sekolah ini mempunyai sebuah padang yang sesuai.

2007
Bulan Mac 2007, bangunan Kuarters Rumah guru 2 bilik yang menempatkan rumah guru SKRCK telah dirobohkan. Tapak rumah guru dengan keluasan yang hampir sama telah digantikan dengan Bangunan Makmal Komputer Fasa 3, bernilai hampir RM 156,000.00 dari KPM. Bangunan makmal Komputer ini menempatkan 22 buah komputer meja dan lain-lain. makmal Komputer mula diluluskan oleh JKR pada bulan Dis 2007 dan diserah/mula beroperasi pada Januari 2008 hingga kini.

Pada masa kini, keluasan tanah SKRCK : 1. luas kawasan padang : 3.0 ekar = 0.28 hektar dan 2. luas kawasan bangunan : 8.0 ekar = 0.74 hektar. Jumlah semua keluasan ialah 11.0 ekar.

(sumber : admin)