LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Sunday, December 18, 2011

SBPA Mulai 01.01.2012 (Lampiran Perbekalan Umum Skim perkhidmatan)

MOU Pelaksanaan SBPA JPA-Ceupacs : Perkara Dipersetujui...
MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Diantara perkara yang dipersetujui ialah:-

1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.

6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.

*
Perlu beri perhatian; Pada masa kini, Seniority seseorang Penjawat Awam kerajaan Malaysia, bukan berasaskan kepada tarikh kemasukan tetapi tarikh berada di sesuatu gred kenaikan pangkat.
KUP yang telah sedia ada dasarnya sudah tentu akan diteruskan. Tetapi yang memohon KUP tanpa justifikasi yang munasabah sudah tentu tidak akan diterima. Dibawah SBPA yang tiada lagi adalah pemangkuan ke gred lebih tinggi. Bagi mereka yang dipilih dan apabila berjaya melalui PROSPEK akan terus dinaikkan pangkat tanpa pemangkuan.

Sejak pengenalan SSB SSM dan kini SBPA keutamaan untuk kenaikan pangkat adalah berasaskan prestasi. Sememangnya kalau dilihat dalam pekeliling peraturan pun tidak disebut mengenai seniority. Tetapi dari segi amalan jika prestasi penjawat itu sama sahaja maka seniority diambilkira. Bagi kumpulan PNP prestasi menjadi keutamaan.




Lampiran B1(b)
SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

1)

KLASIFIKASI:PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, PELAKSANA
(SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

GRED GAJI/JAWATAN:
DG2-1, DG2-2, DG2-3, DG2-5
DG1-1, DG1-2, DG1-4, DG1-5, DG1-6
TARIKH KUAT KUASA:1 JANUARI 2012

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG2-1

(a) (i) Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG2-1: T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG2-1: T2).

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG1-1

(b) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T1); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T2); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T2).

2)

SYARAT KELAYAKAN - BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT LANTIKAN:TERUS KE JAWATAN PEGAWAIPERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED
DG1-2, DG1-4, DG1-5,DG1-6 ATAU JAWATAN DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2, DG1-4, DG1-5, DG1-6 atau jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(b) dan 2 di atas; dan
(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG2-2

4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-2 yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KE GRED DG2-2(GURU BIASA)

5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-2 secara time-based apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG2-1;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT

KE GRED DG2-

6. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-3 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

3)
KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG2-3(GURU KANAN)

7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-3 secara time-based apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG2-2;
(c) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT: KE GRED DG2-5

8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-5 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT: SECARA TIME-BASED KE GRED DG2-5(GURU KANAN)

9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-5 secara time-based apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di Gred DG2-3;
(c) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-1(GURU BIASA)

10. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG2-1, DG2-2, DG2-3 dan DG2-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memiliki kelayakan di perenggan 1(b) di atas; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-2

11. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-2(GURU BIASA)

12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG1-1;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-4

13. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-4(GURU KANAN)

14. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG1-2;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-5

15. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-5 yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-5(GURU KANAN)

16. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-5 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun di Gred DG1-4;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED DG1-6

17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-6 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:SECARA TIME-BASED KE GRED DG1-6(GURU WIBAWA)

18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-6 apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred DG1-5;
(d) mencapai tahap kecemerlangan bidang pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain syarat yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT:KE GRED KHAS(PENDETA GURU)

19. (a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-6 (Guru Wibawa) yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke Gred Khas (Pendeta Guru); atau

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-4 dan DG1-5 yang menunjukkan kecemerlangan sangat terkemuka mutunya yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke Gred Khas (Pendeta Guru).

KENAIKAN PANGKAT:KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

20. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-6 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Tuesday, December 13, 2011

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012 (SBPA) Mulai 01.01.2012

1) Struktur Penjadualan Penyelarasan Elaun & Gaji (Tahun 2012 - 2020)


Para warga SKRCK khasnya dan pembaca budiman amnya..

2) Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam bagi Tahun 2012.






3) Berdasarkan tajuk di atas (SBPA), ada dipaparkan beberapa lampiran..jadual gaji terkini dan hal2 yang berkaitan..sebagai bahan bacaan dan rujukan sahaja - admin.




















































































Para warga SKRCK dan pembaca budiman..

Berdasarkan tajuk di atas (SBPA),ada dipaparkan beberapa lampiran..jadual gaji terkini dan hal2 yang berkaitan...sebagai bahan bacaan dan rujukan sahaja - admin.

Sunday, December 11, 2011

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) TAHUN 2011 24.11.2011 - 31.12.2011








Warga Pendidik SKRCK.

Diminta guru-guru membaca dengan teliti dua lampiran di atas.

Semua guru diminta membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrumen SGM dalam talian (online)secara JUJUR agar penilaian yang tepat terhadap Pencapaian Standard Keguruan masing-masing dapat diperolehi.

Tarikh tutup SGM ialah pada 31 Disember 2011. Tuan Guru Besar SKRCK, Cikgu Kasim bin Md.Isa telah memberi peringatan agar para guru tidak perlu menunggu sehingga tarikh akhir diberi, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Para guru akan bertanggungjawab jika tidak melaksanakan SGM 2011 seperti ketetapan di atas.

Laman Online SGM 2011 ialah menerusi URL: http://apps.moe.gov.my/sgm.

Kemasukan kali 1, para guru perlu membuat pendaftaran/Daftar ID Pengguna dengan memasukkan no. KP yang baru sebagai kata pengguna dan 4 angka terakhir KP anda sebagai password. Password/kata laluan yang baru boleh ditukar selepas itu.

Para guru juga boleh mencetak Keputusan di Instrumen 1, II dan III atau Keputusan untuk simpanan pihak tuan/puan.

Untuk makluman, Instrumen SGM 2011; terbahagi kepada 3 bahagian :-
a) STANDARD 1.
(Domain diri - 14 soalan, Domain profesional - 7 soalan, Domain sosial - 5 soalan)
b) STANDARD 2.
(Terbahagi kepada 8 Domain; 2 soalan + 3 + 2 + 7 + 1 + 2 + 1 soalan)
c) STANDARD 3.
(Terbahagi kepada 4 kemahiran: 11 soalan + 8 + 2 + 3 soalan )


Hebahan SGM 2011 ini juga, akan disebarkan oleh Admin, melalui Facebook: ICT SKRCK Melaka & khairul Amin serta SMS kepada Handphone 25 orang guru SKRCK termasuk Cikgu Ibrahim, Cikgu Masrizal dan Cikgu Noraima.

Saturday, December 10, 2011

(BR1M) Bantuan Kewangan RM500 dari Program Bantuan Rakyat 1Malaysia mula boleh dimohon : 10.12.2011 - 10.01.2012

Sumber 1:

Kementerian Kewangan menyasarkan 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 dari program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Sri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kumpulan sasaran itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih.

"Atas tujuan untuk menilai pendapatan sebenar keluarga, hanya ahli keluarga yang bekerja sahaja layak untuk mengisi borang permohonan, bukan seluruh anggota keluarga," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang BR1M hari ini.

Ahmad Husni berkata pemprosesan para pemohon akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti melalui rekod.

"LHDNM mempunyai rekod pendapatan individu yang telah mengisytiharkan jumlah pendapatan mereka dan sebarang permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti dengan serta merta," katanya.

Berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan, beliau berkata kerajaan telah menyediakan borang pendaftaran lebih daripada yang diperlukan dan juga tidak mengenakan sebarang cas untuk mendapatkan borang permohonan bantuan kewangan tersebut.

"Setakat hari ini, selain memuat turun dari lamanweb Kementerian Kewangan, sebanyak 862 kaunter telah dibuka di seluruh negara untuk mendapatkan borang permohonan dan 415 daripadanya adalah di sekolah-sekolah yang terpilih," katanya.

Selain itu, Ahmad Husni juga berkata pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2012, tetapi, format pembayaran bantuan kewangan belum diumumkan lagi kerana fokus yang ingin diberikan kepada proses pendaftaran.

Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada hari ini sehingga 10 Januari 2012 dan sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Talian Hotline BR1M, 1-800-222-500.

Sumber 2:

SYARAT MOHON BANTUAN RM 500 ISI RUMAH, BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

1. Isi rumah yang layak memohon BR1M sebanyak Rm500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM 3000 dan ke bawah.

2. Bantuan RM 500 sekali bayar itu dijangka akan diterima oleh seramai 5.2 juta isi rumah yang layak dengan kos RM 2.6 billion.

3. Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Dis 2011 hingga 10 Jan 2012.

4. Borang pendaftaran BR1M, boleh didapati secara percuma di:-
a) Jabatan Pembangunan Persekutuan.
b) Jabatan Penerangan Malaysia.
c) Pejabat & Cawangan LHDNM.
d) Akhbar.
e) JAPERUN.

5. Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan & Pusat Khidmat LHDNM.

5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.


Sumber 3 :

BORANG BANTUAN RM 500 DIEDAR PERCUMA HARI INI.

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Sumber 4 :

ISTERI DIMADU LAYAK MOHON BANTUAN RM 500

BACHOK 9 Dis. - Semua isteri yang dimadukan dengan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM3,000 berhak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 bagi meringankan beban keluarga.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, bantuan tersebut akan disalurkan kepada isteri-isteri terbabit kerana mereka yang menguruskan keluarga masing-masing.

Beliau berkata, lelaki atau wanita bujang yang menanggung keluarga kerana ibu dan ayah sudah meninggal dunia juga layak memohon bantuan tersebut.

"Isteri pertama, kedua hingga keempat juga berhak mendapatkan bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan di negeri Kelantan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing.

"Bagi golongan bujang yang tidak berkahwin tetapi mempunyai tanggungan adik-beradik terutama keluarga yatim piatu, juga berhak mengemukakan permohonan untuk menerima agihan wang yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan.

"Bagaimanapun, mereka yang keseorangan tanpa isteri (bujang) dan lain-lain tanggungan tidak berhak menerimanya. Namun, ibu tunggal dan bapa tunggal termasuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas berhak menikmati manfaat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus TEKUN Parlimen Bachok, Zailani Ya.

Awang Adek berkata, semua JKKKP sudah diberi taklimat khusus untuk melicinkan pengurusan agihan borang dan diminta mempermudahkan pengesahan kepada semua pemohon tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, pemberian bantuan itu tidak boleh dijadikan isu politik kerana pelaksanaannya akan dibuat secara telus dan adil tetapi ia dibuat menerusi JPP dan JKKKP.

"Ini adalah usaha Kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

"Kerajaan juga sudah melunaskan tanggungjawab menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100 kepada setiap pelajar baru-baru ini," katanya.

Monday, December 5, 2011

SBPA/Skim Gaji Baru Kakitangan Awam Mulai 01.01.2012.

(Nota: Para pembaca budiman: Info TERKINI SBPA telah DIMUKTAMAD & DIWARTAKAN MULAI HARI INI: 08.12.2012/Khamis - Admin)


Makluman ringkas ini sahaja yang dapat dipaparkan pada masa kini:-

Sumber 1.


SBPA/Skim Gaji Baru kakitangan Awam yang menggantikan SSM: berkuatkuasa mulai tanggal 01.01.2012.

SBPA ini dibahagikan kepada 3 bahagian :-

1. UMUM (semua agensi kerajaan)
2. GURU
3. PDRM

Berikut ialah beberapa contoh terpilih-ANDAIAN tetapi BUKAN MUKTAMAD; skim gaji/tanggagaji baru mulai 2012


Gred SBPA: N5-1/SSM-N11 : mulai: RM 850.00 - RM 2,390.00 (Kenaikan Gaji Tahunan/KGT:RM 80.00)

Gred SBPA: N4-1/SSM-N17 : mulai RM 955.00 - RM 2,780.00 KGT:RM 95.00)

Gred SBPA: N4-3/SSM-N22 : mulai RM 1,930.00 - RM 3,530.00, KGT:RM 115.00)

Gred SBPA: N3-1/SSM-N27 : mulai RM 1,410.00 - RM 4,185.00, KGT:RM 145.00)


(Kenaikan pangkat: DGA29 ke DGA32/dan seterusnya: ialah 8 tahun dr 10 tahun)

(Setiap kenaikan pangkat yg baru: 2 tanggagaji baru ke kanan diperolehi- belum muktamad yaa..)

Gred SBPA: N4-1/SSM-N32 : mulai RM 2,416.06 - RM 3,700.20, KGT:RM 150.00)

Gred SBPA: N4-2/SSM-N34 : mulai RM 3,005.94 - RM 3,860.52, KGT:RM 160.00)

Gred SBPA: N4-3/SSM-N36 : mulai RM 3,035.00 - RM 5,555.00, KGT:RM 180.00)


Gred SBPA: 1-1/SSM-DG41 : mulai RM 1,925.00 - RM 6,220.00, KGT:RM 230.00)

Gred SBPA: 1-2/SSM-DG44 : mulai RM 2,985.00 - RM 7,235.00, KGT:RM 250.00)

(kenaikan pangkat DG41 ke DG44 : ialah 8 tahun)

Gred SBPA: 1-4/SSM-DG48 : mulai RM 4,390.00 - RM 8,710.00, KGT:RM 270.00)

(kenaikan pangkat DG44 ke DG48 : ialah 8 tahun)

Gred SBPA: 1-5/SSM-DG52 : mulai RM 5,260.00 - RM 9,610.00, KGT:RM 290.00)

(kenaikan pangkat DG48 ke DG52 : ialah 6 tahun)

Gred SBPA: 1-6/SSM-DG54 : mulai RM 7,250.00 - RM 11,505.00, KGT:RM 320.00)

(kenaikan pangkat DG52 ke DG54 : ialah 3 tahun)

Gred SBPA:/SSM- G.Khas C : mulai RM 0,000.00 - RM 0.000.00, KGT:RM 320.00)


Sumber 2:

Kepada semua warga Pendidik/Guru :-

1. Tempoh Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.



2. Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.

Sumber 3:

JADUAL TARIKH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2012.

JAN : 16.01.2012 (T.B.Cina - 23 & 24)
FEB : 23.02.2012
MAC : 22.03.2012
APR : 25.04.2012
MEI : 23.05.2012 (Pesta Menuai 30 & 31)
JUN : 25.06.2012 (Hari Gawai 1 & 2)
JUL : 25.07.2012
OGS : 13.08.2012 (H.Raya Puasa 19 & 20)
SEPT: 25.09.2012
OKT : 22.10.2012 (H.Raya Haji 26.10)
NOV : 06.11.2012 (Deepavali 13.11)
DIS : 16.12.2012 (H.Krismas 25.12)




Sumber 4:

Jadual Pemindahan Gaji

PnP
Pelaksana Diploma
Pelaksana STPM
Pelaksana SPM
Pelaksana PMR
Skim Perkhidmatan Bersepadu
Skim bawah SPRM
Skim Bawah Maritim

Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:

Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Fail 4: Struktur Perkhidmatan

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :
STRUKTUR GAJI

Gaji Single Point

27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier. Gaji Minimum – Maksimum
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris

29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.

Prinsip Pemindahan Gaji

32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi

pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:

39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan

40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.


Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)

44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.
Setakat ini antara tangga gaji SBPA 2012 yang berjaya diperolehi antara ialah :

Tangga Gaji Baru Guru

tangag gaji guru DG32
tangga gaji guru DG34
tangga gaji guru DG 44
tangga gaji guru DG 48
tangag gaji guru DG52
tangga gaji guru DG54


Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-

SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM

SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)
Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.






Maklumat lanjut, akan dipaparkan secara berperingkat di skrck.blogspot.com/

Pendaftaran Murid tahun 6/2011 ke Ting. 1/2012 SMKLChina.

Makluman kepada murid-murid Tahun 6 Bestari & Bijak Tahun 2011 ( berjumlah 30 org), Pendaftaran Pelajar ke Tingkatan 1 / Tahun 2012 ke Sekolah Penyalur/Harian: SMK.L/China,Melaka pada:03.01.2012 (Selasa), Jam:8.30 pagi, Tempat:Dewan Besar SMKLC.

Untuk membeli buku & barang-barang keperluan sekolah dll mulai:26.12.2011 - 30.12.2011, Jam:9.00pg - 12.00 tengahari.

Diharapkan semua ibu bapa/penjaga serta murid-murid yang berkenaan mendapat taklimat dan penerangan yang secukupnya, dari mantan GPK HEM SKRCK pada 17.11.2011/Khamis yang lalu, Cikgu Ibrahim bin Hj.Othman di Dewan Tahun 6, jam 9.00 pagi.

Sunday, December 4, 2011

Syabas & Tahniah : Kenaikan Pangkat dua orang Pentadbir/GPK di SKRCK mulai 16.11.2011.

Warga SKRCK merakamkan ucapan : Tahniah & Syabas buat dua orang guru/pentadbir SKRCK yang dinaikkan pangkat serentak mulai 16.11.2011/Rabu; iaitu Cikgu Ibrahim bin Hj. Othman sebagai GPK 1/Kurikulum di SK.Telok Berembang, 78100 Lubok China, Melaka.Sekarang, beliau bertugas sebagai GPK HEM SKRCK. (SKRCK:01.03.2009-15.11.2011/GPK KoKu ke GPK HEM)

DAN Cikgu Siti Hawa bte Yaacob sebagai GPK HEM SKRCK dinaikkan pangkat dari GPK Kokurikulum pada masa kini. (SKRCK:16.09.2009-15.11.2011/GPK Koku)

Gambar2 dan maklumat ringkas akan menyusul kemudian di blog skrck.blogspot.com/

Jasamu diKenang-Cikgu yang banyak berjasa : Cikgu Masrizal bin Rahmat & Cikgu Noraima bte Mohd Jan.

Jasamu Dikenang dari Warga SKRCK- buatdua orang pendidik yang kreatif, wibawa dan berkaliber iaitu Cikgu Masrizal bin Rahmat yang akan bertugas ke SK. Duyong, 75460 Melaka mulai:01.01.2012 (SKRCK: 01.07.2007-31.12.2011)

DAN buat Cikgu Noraima bte Mohd Jan yang akan bertugas ke SK. Madai, KM 13, Jalan Kunak-Lahad Datu, 91207 Kunak, Sabah mulai:01.01.2012 (SKRCK: 01.06.2008-31.12.2011)

Gambar-gambar dan catatan ringkas akan menyusul kemudian.

Friday, November 18, 2011

18.11.2011/Jumaat ; Hari Terakhir Persekolahan 2011...

18.11.2011/Jumaat : Majlis Bacaan Yasin, Ucapan Guru Bertugas, GPK, Guru Besar.

Majlis Penyampaian Hadiah Khas & Meraikan Murid2 UPSR :5A, 4A
& 3A, 2011.

Majlis Ucapan Perpisahan Terakhir & Bermaafan kepada 2 orang
Guru Yang Sangat Berjasa, iaitu Cikgu Masrizal bin Rahmat &
Cikgu Noraima bte Md.Jan. Majlis Jamuan kepada semua guru &
staf.

Taklimat Khas 8 perkara dari Tuan GB kepada semua guru2.

Semua murid2 mengemas bilik darjah, perabot dll - Tahun 2012.

Majlis bermaaf-maafan..Khasnya..Murid2 Tahun 6 dll, guru & staf

19.11.2011/Sabtu : Sekolah mula bercuti - sehingga : 03.01.2012/Selasa.


Berita dan gambar akan menyusul kemudian...

18.11.2011/Jumaat ; Hari Terakhir Persekolahan 2011...

18.11.2011/Jumaat : Majlis Bacaan Yasin, Ucapan Guru Bertugas, GPK, Guru Besar.

Majlis Penyampaian Hadiah Khas & Meraikan Murid2 UPSR :5A, 4A
& 3A, 2011.

Majlis Ucapan Perpisahan Terakhir & Bermaafan kepada 2 orang
Guru Yang Sangat Berjasa, iaitu Cikgu Masrizal bin Rahmat &
Cikgu Noraima bte Md.Jan. Majlis Jamuan kepada semua guru &
staf.

Taklimat Khas 8 perkara dari Tuan GB kepada semua guru2.

Semua murid2 mengemas bilik darjah, perabot dll - Tahun 2012.

Majlis bermaaf-maafan..Khasnya..Murid2 Tahun 6 dll, guru & staf

19.11.2011/Sabtu : Sekolah mula bercuti - sehingga : 03.01.2012/Selasa.
19 - 20.11.2011/


Berita dan gambar akan menyusul kemudian...

17.11.2011/Khamis : antara aktivitinya ialah...

17.11.2011/Khamis : Taklimat Murid2 Tahun 6 ke Tingkatan 1, 2012, Data, Sijil2,
Kemaskini Fail2 Murid.

Pengumuman Keputusan Rasmi UPSR 2011 yang Sebenar bersama
Ibu bapa/Penjaga & Para Guru & Murid2 Tahun 5.

Para hadirin sekalian..secara amnya..keputusan UPSR 2011..boleh dibahagikan kepada 2..1) Bahagian Kualiti - 5 A..jatuh..dr 4 org/2010 kpd 1 org/2011

2).Bahagian Kuantiti - Peratus Keseluruhan Calon (30 org/2011) naik..begitu juga dgn % semua mata pelajaran BM1, BM2, BI, MT dan SN berbanding Tahun 2010..nanti saya masukkan data di blog SKRCK..


Mesyuarat Guru-guru Terakhir Tahun 2011 (Melabuh Tirai 2011 &
Persiapan 2012)

Berita dan gambar akan menyusul kemudian...

Sumber 1.

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
TAHUN 2011

Oleh
Y.BHG. DATO’ SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

17 NOVEMBER 2011
21 ZULHIJJAH 1432

DI

BILIK MESYUARAT UTAMA
TINGKAT 6, BLOK E8
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2
PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya memanjatkan kesyukuran kehadratNya kerana diberi kesempatan untuk membentangkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011. Untuk makluman, semua calon akan menerima keputusan mereka mulai jam 10.00 pagi ini di sekolah masing-masing. Semua calon juga boleh mendapat keputusan ringkas melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Matlamat persekolahan di sekolah rendah adalah untuk menyediakan murid dengan kemahiran asas 3M yang sangat penting iaitu menulis, membaca dan mengira. UPSR dilaksanakan pada akhir Tahun 6 untuk mentaksir sejauh mana calon telah dapat menguasai tiga kemahiran yang saya sebutkan tadi ditambah dengan penguasaan kemahiran saintifik sebagai memenuhi tuntutan akademik persekolahan di sekolah rendah.

Selain kemahiran akademik, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang.
Maklumat daripada keputusan UPSR ini boleh dirujuk oleh pelbagai pihak untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran 3M dan kemahiran saintifik yang diterapkan melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.

Keputusan UPSR boleh digunakan oleh pentadbir sekolah menengah sebagai maklumat untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ini bermakna keputusan UPSR bukan merujuk kepada lulus atau gagal seseorang murid tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid di tahun akhir persekolahan rendah.

3
UPSR Tahun 2011

Para hadirin sekalian,

Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini UPSR dapat berjalan dengan lancar. Pada tahun ini sejumlah 497,691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489,101(98.3%) calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8,590 (1.7%) calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 13, 14 dan 15 September 2011.

Sebanyak 8,235 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 48,560 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan. Seramai 11,080 orang pemeriksa telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kertas subjektif.
Keputusan UPSR 2011

Seperti tahun-tahun lepas, keputusan UPSR tahun ini juga dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.

Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

4
Keputusan UPSR tahun ini akan dibandingkan dengan keputusan tahun 2010 untuk melihat sama ada prestasi UPSR 2011 secara keseluruhan meningkat atau menurun.
Pencapaian Calon

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Jadual 1 menunjukkan pencapaian calon UPSR dari tahun 2008 hingga 2011. Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun 2011 meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut GPN. Peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik iaitu minimum Gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang diduduki telah meningkat daripada 54.38% pada tahun 2010 kepada 55.45% pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 1.07%.

Namun begitu, pencapaian calon Cemerlang (semua A) telah menurun sedikit (0.54%) iaitu daripada 10.02% pada tahun 2010 kepada 9.48% pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum telah berkurangan sebanyak 0.51% iaitu daripada 3.39% kepada 2.88% pada tahun ini.

5
Jadual 1: Pencapaian Calon UPSR dari Tahun 2008 hingga 2011
Pencapaian Calon
2008/2009/2010/2011/

Beza antara 2011 dengan 2010
Bil. Duduki
507,320/506,620/482,334/485,160/2,826

Cemerlang
(Semua A)
46,641/9.19%/48,171/9.51%/48,327/10.02%/46,012/9.48%/-2,315/-0.54%

Baik
(Minimum C tidak termasuk semua A)
270,763/53.37%/271,165/53.52%/262,278/54.38%/269,021/55.45%/6,743/1.07%

Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)
18,753/3.70%/20,216/3.99%/16,334/3.39%/13,958/2.88%/-2,376/-0.51%

Lain-lain Kombinasi
171,163/33.74%/167,068/32.98%/155,395/32.22%/156,169/32.19%/774/0.03%

Gred Purata Nasional
2.36/2.33/2.31/2.30/-0.01

Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

Para hadirin sekalian,

Jadual 2 menunjukkan pencapaian calon bandar dan luar bandar pada tahun 2011 berbanding 2010.

6
Jadual 2: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Pencapaian Calon

Tahun/Bandar/Luar Bandar/Jurang

Cemerlang
(Semua A)
2011
29,462/11.06%/16,244/7.56%/13,218/3.50%

2010
30,613/11.43%/17,609/8.28%/13,004/3.15%

Beza
-1,151/-0.37%/-1,365/-0.72%/214/0.35%

Baik
(Minimum C tidak termasuk semua A)

2011
148,265/55.66%/118,543/55.14%/29,722/0.52%

2010
147,801/55.17%/114,121/53.44%/33,680/1.73%

Beza
464/0.49%//4,4221.70%/-3,958/-1.21

Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)

2011
6,615/2.48%/7,225/3.36%/-610/-0.88%

2010
7,633/2.85%/8,621/4.04%/-988/-1.19%

Beza
-1,018/-0.37%/-1,396/-0.68%/378/0.31%

Lain-lain kombinasi

2011
82,039/30.80%/72,969/33.94%/9,070/-3.14

2010
81,916/30.58%/73,352/34.27%/8,564/-3.69

Beza
123/0.22%/-383/-0.33%/506/0.55%

Bilangan Duduki

2011
266,383/214,981/51,402

2010
267,908/213,551/54,499

Beza
-1,525/1,430/-3,097

Gred Purata Nasional (GPN)

2011
2.23/2.38/-0.15

2010
2.24/2.40/-0.16

Beza
-0.01/-0.02/0.01

Pencapaian calon Cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37% dan 0.72%. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik di bandar dan luar bandar, masing-masing telah meningkat sebanyak 0.49% dan

7
1.70%. Ini bermakna, peningkatan pencapaian Baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1.21%.

Pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan, terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68% berbanding di bandar sebanyak 0.37%. Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar. Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01.

Pencapaian Calon Berkeperluan Khas

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Jadual 3 menunjukkan pencapaian calon berkeperluan khas tahun 2011 berbanding tahun 2010. Bilangan calon berkeperluan khas pada tahun ini bertambah seramai 59 orang. Peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang meningkat sebanyak 0.34% iaitu pertambahan seramai lima (5) orang. 17 orang calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang terdiri daripada enam orang calon rabun, seorang calon pekak, seorang calon spastik dan sembilan orang calon lain-lain kecacatan. Walau bagaimanapun, peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik menurun sebanyak 1.87%. Gred Purata Nasional (GPN) bagi pencapaian keseluruhan calon berkeperluan khas menurun sebanyak 0.01.

8

Jadual 3: Pencapaian Calon Berkeperluan Khas Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010
Pencapaian Calon

2011/2010

Beza
Bil. Duduki
1,329/1,270/59

Cemerlang
(Semua A)
17/1.28%/12/0.94%/5/0.34%

Baik
(Minimum C tidak termasuk semua A)
218/16.40%/232/18.27%/-14/-1.87%

Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)
391/29.42%/392/30.87%/-1/-1.45%

Lain-lain kombinasi
703/52.90%/634/49.92%/69/2.98%

Gred Purata Nasional (GPN)
3.74/3.73/0.01

Prestasi Mata Pelajaran

Untuk makluman, kandungan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) adalah lebih tinggi tarafnya daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK iaitu SJKC dan SJKT) . Oleh itu, taraf kertas soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut lebih tinggi di SK berbanding di SJK. Justeru, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat secara berasingan.

Lampiran A menunjukkan analisis prestasi semua mata pelajaran manakala Jadual 4 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SK bagi tahun 2010 dan 2011. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di SK, terdapat peningkatan pada Gred A iaitu sebanyak 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan

9
minimum (Gred ABC) meningkat sebanyak 1.1%. Walaupun prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SK bagi Gred A menurun sebanyak 0.6%, prestasi bagi Gred ABC meningkat sebanyak 2.9%. Ini menunjukkan bahawa pencapaian calon yang menguasai tahap minimum dalam Bahasa Melayu - Penulisan di SK adalah bertambah baik. Oleh yang demikian, prestasi bagi Bahasa Melayu - Penulisan di SK pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang berkurangan iaitu daripada 2.02 pada tahun 2010 kepada 1.96 pada tahun 2011.

Jadual 4: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SK bagi Tahun 2010 dan

2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP/A/B/C/ABC/D/E

011

Bahasa Melayu – Pemahaman

2010
370,731/47.5/20.8/24.7/93.0/4.5/2.5/1.94

2011
371,815/49.4/18.7/26.0/94.1/3.7/2.2/1.90

Beza
1,084//1.9/-2.11.3/1.1/-0.8/-0.3/-0.04

012

Bahasa Melayu –
Penulisan

2010
370,724/49.5/21.8/12.7/84.0/9.0/7.0/2.02

2011
371,772//48.9/25.0/13.0/86.9/6.9/6.2/1.96

Beza
1,048/-0.6/3.2/0.3/2.9/-2.1/-0.8/-0.06

Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan di SJK (SJKC dan SJKT) bagi Gred A meningkat masing-masing sebanyak 1.3% dan 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) bagi Bahasa Melayu - Pemahaman di SJK juga meningkat sebanyak 1.2%. Walau bagaimanapun, prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SJK menurun sebanyak 0.8%. Penurunan peratusan ini disebabkan oleh penurunan peratusan calon yang mendapat Gred B dan C bagi Bahasa Melayu – Penulisan di SJK iaitu masing-masing

10
sebanyak 1.5% dan 1.2%. Pada masa yang sama, peratusan calon yang mendapat Gred E pula meningkat sebanyak 1.2%.
Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SJK bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP/A/B/C/ABC/D/E

021+031
Bahasa Melayu – Pemahaman
2010
111,230/27.8/18.8/23.1/69.7/21.6/8.7/2.65


2011
113,161/29.1/18.8/23.0/70.9/21.0/8.1/2.60

Beza

1,931/1.3/0.0/-0.1/1.2/-0.6/-0.6/-0.05

022+032
Bahasa Melayu –
Penulisan

2010

111,227/18.4/35.9/17.4/71.7/12.2/16.1/2.72

2011

113,154/20.3/34.4/16.2/70.9/11.8/17.3/2.71

Beza

1,927/1.9/-1.5/-1.2/-0.8/-0.4/1.2/-0.01

Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Secara keseluruhan, prestasi bahasa Inggeris SK adalah stabil dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sama seperti pada tahun 2010 iaitu 2.74. Walau bagaimanapun, peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.5% tetapi peratusan calon mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.4%.
Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi Tahun 2010 dan 2011
Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP

A/B/C/ABC/D/E/

014
Bahasa Inggeris

2010

369,408/17.3/24.4/32.6/74.3/18.6/7.1/2.74

2011

370,424/16.8/25.2/32.7/74.7/17.5/7.8/2.74

Beza

1,016/-0.5/0.8/0.1/0.4/-1.1/0.7/0.00/

024 + 034
Bahasa Inggeris
2010

112,596/25.0/23.1/24.2/72.3/13.7/14.0/2.69

2011

114,398/23.8/23.5/23.6/70.9/13.0/16.1/2.74

Beza

1,802/-1.2/0.4/-0.6/-1.4/-0.7/2.1/0.05

11
Secara keseluruhan, prestasi Bahasa Inggeris SJK mencatatkan penurunan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu sebanyak 0.05 iaitu daripada 2.69 pada tahun 2010 kepada 2.74 pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.2% dan 1.4%.
Bagi mata pelajaran Mathematics dan Science, sukatan mata pelajaran dan kertas soalan adalah sama di SK dan SJK. Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011.
Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP

A/B/C/ABC/D/E

015+025+035
Mathematics
2010

482,198/37.2/19.3/29.3/85.8/7.4/6.8/2.27

2011

484,802/36.9/19.4/30.4/86.7/7.1/6.2/2.26

Beza

2,604/-0.3/0.1/1.1/0.9/-0.3/-0.6/-0.01

018+028+038
Science
2010

481,964/26.3/37.0/25.3/88.6/5.7/5.7/2.27

2011

484,844/24.3/39.2/24.3/87.8/6.7/5.5/2.30/

Beza

2,880/-2.0/2.2/-1.0/-0.8/1.0/-0.2/0.03

Peratusan calon yang mendapat Gred A bagi mata pelajaran Mathematics menurun sebanyak 0.3% daripada tahun sebelumnya. Namun, peratusan calon yang mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.9%. Pada keseluruhannya, prestasi Mathematics meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.01. Walau bagaimanapun, prestasi keseluruhan mata pelajaran Science telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.03 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 2.0% dan 0.8%.

12
Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Cina bagi Tahun 2010 dan 2011
Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A
B
C
ABC
D
E

026
Bahasa Cina – Pemahaman
2010

95,831/30.9/29.2/26.3/86.4/8.0/5.6/2.28

2011

96,587/33.0/29.9/25.3/88.2/7.3/4.5/2.20

Beza

756/2.1/0.7/-1.0/1.8/-0.7/-1.1/-0.08

027
Bahasa Cina –
Penulisan
2010

95,828/33.0/33.1/18.6/84.7/5.8/9.5/2.26

2011

96,578/31.1/32.5/19.5/83.1/7.1/9.8/2.32

Beza

750/-1.9/-0.6/0.9/-1.6/1.3/0.3/0.06

Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Cina bagi tahun 2010 dan 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC bagi mata pelajaran Bahasa Cina - Pemahaman meningkat daripada tahun sebelumnya, masing-masing sebanyak 2.1% dan 1.8%. Pada keseluruhannya, prestasi mata pelajaran ini meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.08. Walau bagaimanapun, prestasi mata pelajaran Bahasa Cina - Penulisan telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.06 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.9% dan 1.6%.

Jadual 9: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Tamil bagi Tahun 2010 dan 2011
Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A/B/C/ABC/D/E

036
Bahasa Tamil – Pemahaman
2010

16,781//36.2/27.8/23.0/87.0/11.8/1.2/2.14

2011

17,838//40.1/27.0/22.9/90.0/8.4/1.6/2.04

Beza

1,057/3.9/-0.8/-0.1/3.0/-3.4/0.4/-0.10

037
Bahasa Tamil –
Penulisan
2010

16,782/36.5/18.0/25.8/80.3/6.4/13.3/2.42

2011

17,832/37.2/18.2/25.7/81.1/6.5/12.4/2.38

Beza

1,050/0.7/0.2/-0.1/0.8/0.1/-0.9/-0.04

13
Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Tamil bagi tahun 2010 dan 2011. Kedua-dua prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil – Pemahaman dan Penulisan menunjukkan peningkatan bagi Gred A iaitu 3.9% dan 0.7%, manakala Gred ABC pula masing-masing 3.0% dan 0.8%. GPMP Bahasa Tamil – Pemahaman menurun sebanyak 0.10 dan Bahasa Tamil – Penulisan sebanyak 0.04 berbanding tahun 2010.

Ujian Aptitud

Tahun ini merupakan tahun ketiga Ujian Aptitud diduduki oleh semua murid Tahun 6. Prestasi dalam ujian dapat memberi gambaran tentang kebolehan dan kesediaan mental murid sebelum memasuki sekolah menengah. Pengetahuan tentang perkara ini sangat berguna kepada murid untuk memahami diri masing-masing, guru untuk memahami murid-murid dan juga ibu bapa untuk memahami anak-anak mereka.
Potensi diri (aptitud) murid dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pelaporan dinyatakan dalam bentuk Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi). Minat dan kecenderungan murid terhadapbidang Akademik, Teknik dan Vokasional, Seni, Budaya dan Sosial atau Sukan turut dilaporkan.

Ingin ditekankan bahawa maklumat keputusan Ujian Aptitud tidak dinyatakan dalam slip keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan maklumat tersebut bagi mengetahui minat, potensi dan kecenderungan anak masing-masing.

14
Penutup

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran. Saya yakin kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi semua pihak yang terlibat.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Lembaga Peperiksaan kerana berjaya menghasilkan kertas peperiksaan yang dijamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Ucapan sama juga ditujukan kepada semua petugas peperiksaan kerana telah berjaya memastikan kelancaran peperiksaan yang dikendalikan sehingga keputusan UPSR berjaya dikeluarkan pada hari ini. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama semua pihak turut menyumbang kepada kecemerlangan ini.

Terima kasih.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
17 November 2011

Sumber 2.

UPSR terbaik tempoh 4 tahun

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Nov. - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.

Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.

Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.

"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.

"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Abd. Ghafar, sejumlah 497,691 murid mendaftar sebagai calon UPSR yang merangkumi 489,101 (98.3 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 8,590 (1.7 peratus) calon sekolah swasta.

Kata beliau, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.

Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.

Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.

Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.

"Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.

Bagi pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini, seramai 59 orang dengan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.34 peratus iaitu pertambahan seramai lima orang.

Sejumlah 17 calon yang mendapat pencapaian cemerlang terdiri daripada enam calon rabun, seorang pekak, seorang spastik dan sembilan lagi lain-lain kecacatan.

Sumber 3.

Gred A subjek Matematik menurun

PUTRAJAYA 17 Nov. - Peratusan calon mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik menurun 36.9 peratus berbanding 37.2 peratus tahun lalu iaitu penurunan sebanyak 0.3 peratus.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, peratusan calon yang mendapat gred ABC bagaimanapun meningkat 0.9 peratus.

''Pada keseluruhannya, prestasi Matematik meningkat dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sebanyak 0.01 iaitu 2.26 tahun ini berbanding 3.37 tahun lepas," katanya kepada pemberita semasa pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, hari ini.

GPMP adalah indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik.

Bagaimanapun, prestasi keseluruhan mata pelajaran Sains menurun dengan GPMP sebanyak 0.03 berbanding 2010 apabila peratus calon yang mendapat gred A dan gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 2.0 peratus dan 0.8 peratus.

Analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di Sekolah Kebangsaan (SK) pula menyaksikan peningkatan pada gred A iaitu sebanyak 1.9 peratus.

Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum gred ABC pula meningkat sebanyak 1.1 peratus walaupun prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SK bagi gred A menurun 0.6 peratus manakala prestasi bagi gred ABC meningkat sebanyak 2.9 peratus.

''Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil bagi gred A meningkat masing-masing sebanyak 1.3 peratus dan 1.9 peratus," katanya.

Abd. Ghafar memberitahu, prestasi dan gred purata Bahasa Inggeris di SK adalah stabil dengan nilai GPMP sama seperti tahun lalu iaitu 2.74 walaupun mencatat peratusan calon mendapat gred A menurun 0.5 peratus tetapi peratusan calon mendapat gred ABC meningkat 0.4 peratus.

Secara keseluruhan prestasi Bahasa Inggeris SJK mencatat penurunan dalam GPMP 0.05 iaitu daripada 2.69 tahun lalu kepada 2.74 tahun ini, sekali gus mencatat peratusan calon mendapat gred A dan ABC juga menurun masing-masing sebanyak 1.2 peratus dan 1.4 peratus.

Peratus calon mendapat gred A dan ABC bagi Bahasa Cina Pemahaman pula meningkat dari dengan nilai GPMP 0.08 tetapi prestasi Bahasa Cina Penulisan telah menurun dengan nilai GPMP 0.06 berbanding tahun lalu.

Prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan bagaimanapun menunjukkan peningkatan bagi gred A iaitu 3.39 peartus dan 0.7 peratus manakala gred ABC pula masing-masing 3.0 peratus dan 0.8 peratus.

Dalam pada itu, Abd. Ghafar berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga Ujian Aptitud diduduki semua murid tahun enam di mana prestasi dalam ujian itu dapat memberi gambaran kebolehan dan kesediaan mental mereka sebelum memasuki sekolah menengah.

Ujian itu berdasarkan dua kemahiran iaitu berfikir dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dan ia dinilai dalam bentuk Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi).

Minat dan kecenderungan murid terhadap bidang akademik, teknik dan vokasional, seni, budaya dan sosial atau sukan turut dilaporkan.

''Keputusan ujian ini tidak dinyatakan dalam slip keputusan UPSR tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan maklumat itu bagi mengetahui minat, potensi dan kecenderungan anak masing-masing," katanya.

Beliau berkata, usaha kementerian seperti menerusi Program Peningkatan Sekolah yang digerakkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kesan terhadap pencapaian murid.

''Kita menggerakkan keseluruhannya dari sudut nazir, dari segi pihak guru cemerlang untuk membantu sekolah-sekolah luar bandar. Jadi nampak pada saya hasilnya jurang antara sekolah bandar dan luar bandar dapat dirapatkan," katanya.

Sumber 4.

Qariah muda antarabangsa dapat 5A UPSR

BESUT 17 Nov. - Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi yang mengharumkan nama negara apabila menang tempat ketiga Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, Ogos lalu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan hari ini.

Nurussyahamah Taqiah, 12, yang merupakan antara 830 murid cemerlang di daerah ini menerima slip keputusan itu daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Zaharah Che Teh.

Turut menemani calon itu menerima keputusan UPSR ialah bapanya, Nurunajmi Yaakob dan ibu, Sauzan Ibrahim yang berkongsi kegembiraan dengan pencapaian itu sekali gus menepati harapan kedua ibu bapanya serta sasaran Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.

Nurussyahamah Taqiah menyertai pertandingan akhir tilawah anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV kanak-kanak Al Jazeera pada 26 Ogos lalu.

Dia berjaya melepasi ujian di peringkat separuh akhir yang diadakan pada 22 hingga 28 Jun lalu di Doha melibatkan 63 peserta hasil dua ujian saringan membabitkan 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia dan 49 daripadanya adalah dari Malaysia.

Nurussyahamah Taqiah khatam al-Quran sebanyak empat kali semasa berumur enam tahun dan pernah menjadi johan tilawah program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) peringkat negeriTerengganu pada 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sumber 5.

Jumlah calon peroleh semua A 46,012

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata jumlah calon cemerlang semua A (5A) bagi UPSR tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 0.54 peratus atau 2,315 calon, iaitu 46,012 calon berbanding 48,327 calon tahun lalu, tetapi penurunan itu kecil dan biasa dalam peperiksaan.
“Walaupun jumlah calon yang memperoleh semua A menurun, jumlah calon yang mendapat pencapaian terbaik iaitu minimum Gred C (tidak termasuk semua A) pada tahun ini adalah meningkat sebanyak 55.45 peratus atau 6,743 calon, iaitu 269,021 calon berbanding 262,278 calon tahun lalu.

“Selain itu, jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar berjaya dikurangkan sebanyak 0.01 peratus tahun ini berbanding tahun lalu berdasarkan GPN,” katanya pada majlis pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah calon yang memperoleh keputusan di bawah tahap penguasaan minimum atau semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya turut mencatatkan penurunan sebanyak 0.51 peratus atau 2,376 calon tahun ini, iaitu 13,958 calon berbanding 16,334 calon tahun lalu.

Bagi kombinasi gred lain, katanya, ada sedikit peningkatan sebanyak 0.03 peratus atau 774 calon tahun ini, iaitu 156,169 berbanding 155,395 calon tahun lalu.
“Analisis keputusan UPSR tahun ini mendapati jumlah calon berkeperluan khas berjaya memperoleh pencapaian cemerlang meningkatkan kepada 17 calon berbanding 12 calon tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, enam calon adalah rabun, masing-masing satu pekak dan spastik serta kecacatan lain (sembilan). Sebanyak 1,329 calon berkeperluan khas menduduki UPSR tahun ini dengan GPN mereka mencatatkan penurunan sebanyak 0.01 peratus,” katanya.

Mengulas dakwaan ada sekolah memotong bayaran bantuan khas RM100 untuk pelajar, Abdul Ghafar berkata, tindakan itu tidak wajar kerana wang bantuan hak pelajar, pemberian kerajaan bagi menampung kos persiapan persekolahan tahun depan.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada semua sekolah tidak membuat pemotongan terhadap bayaran bantuan RM100 yang diberikan kerajaan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sumber 6.

Terima keputusan dengan hati terbuka.

SARIKEI: “Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka walaupun tidak sebaik murid lain. Sekurang-kurangnya dia diberi peluang menduduki peperiksaan ini,” kata Molly Nilau, 39, ibu kepada Edward Ujoh Augustine, 12, sebaik keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan, semalam.

Edward antara tiga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor, yang dikurung dalam bilik pemulihan sekolah ketika rakan lain sedang menduduki UPSR pada 13 dan 14 September lalu.


Dua lagi rakan menerima nasib sama adalah Idie Ganyol dan Richmend Mangi, namun mereka dibenarkan menduduki semula sehari selepas tamat peperiksaan, apabila ibu bapa mereka membuat laporan polis selain campur tangan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan UPSR yang diumumkan semalam, menyaksikan Edward memperoleh 2C 3E, Idie (4E 1D), manakala Richmend 3D 2E , dalam lima mata pelajaran diduduki iaitu Bahasa Malaysia (Pemahaman dan Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


Menurut Molly, adalah menjadi hak anaknya menduduki peperiksaan itu walaupun dikategorikan sebagai murid lemah bagi menjamin masa depan, khususnya ketika melangkah ke alam sekolah menengah.


“Lega hati saya apabila dimaklumkan mengenai keputusan itu. Walaupun tidak begitu cemerlang, saya reda dengan ketentuan Tuhan.

“Saya berharap, apa yang berlaku ke atas anak saya adalah yang pertama dan terakhir dan tidak mahu perkara sama berulang kepada murid lain yang senasib anak saya,” katanya.

Sumber 7.

Jumlah murid mencapai 5A, 7A menurun.

KUALA LUMPUR: Jumlah murid memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Wilayah Persekutuan menurun berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang berkata, daripada 23,954 pelajar sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, 2,690 mendapat 5A dan 7A.


“Jumlah itu menurun 0.09 peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 2,759 atau 11.32 peratus pelajar memperoleh keputusan sama. “Seramai 13,735 daripada 23,954 calon atau 57.34 peratus menguasai semua mata pelajaran berbanding 58.05 peratus tahun lalu,” katanya.

Sumber 8.

OKU terbaik UPSR
Oleh : SH UTARA/ SITI AZILA ALIAS
Tarikh : November 17, 2011

BUKIT MERTAJAM - Masalah penglihatan bukanlah penghalang untuk berjaya. Buktinya, pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Penglihatan Alma, Muhammad Iskandar Shah Mohd Nawi berjaya memperolehi 4A 1B sekali gus menjadi pelajar terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) peringkat negeri bagi kategori pendididkan khas.

Muhammad Iskandar memperoleh A bagi subjek Bahasa Melayu, Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Bahasa Inggeris manakala B bagi subjek Sains.

Ketika ditemui di sekolahnya, beliau meluahkan rasa gembira di atas kejayaan yang diperoleh.

Anak bongsu dari dua beradik ini menganggap kejayaan tersebut sebagai hadiah buat kedua ibu bapa yang juga mempunyai masalah penglihatan.

Sumber 9.

5A untuk arwah emak.

KANGAR - "Kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ini saya dedikasikan buat arwah emak yang meninggalkan saya ketika berusia dua tahun."

Demikian luahan kegembiraan salah seorang pelajar cemerlang UPSR Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tok Bandar di sini, Nurul Atikah Mohd Khairi selepas menerima keputusan cemerlang ujian itu yang diumumkan jam 10 pagi semalam.

Nurul Atikah berkata, pemergian ibunya 10 tahun lalu tidak sedikit pun "merentap" semangat untuk berjaya dalam UPSR kerana dikurniakan pengganti iaitu ibu tiri yang baik dan penyayang.

Menurutnya, ibu tiri yang mengasuhnya bersama ayah juga tidak putus-putus memberi galakan dan dorongan kepadanya untuk berjaya termasuk menghantarnya ke pusat tuisyen untuk persiapan menghadapi peperiksaan.

"Setiap kali sebelum ke sekolah, ayah dan ibu tiri acapkali mengingatkan saya agar mempunyai matlamat dalam hidup, tidak kira sama ada jangka pendek dan panjang di samping berusaha gigih jika ingin berjaya.

"Amanat itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan saya yakin cita-cita untuk menjadi seorang doktor akan terlaksana dengan sokongan ayah, ibu tiri dan guru," katanya kepada media di dewan kantin Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar, di sini semalam.

Nurul Atikah turut mendedahkan keazamannya untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selain berjanji meneruskan kecemerlangan hingga universiti.

Kegembiraan itu turut dikongsi satu-satunya pelajar lelaki yang memperolehi keputusan 5A di sekolah itu, Muhamad Hilmi Ramli, yang menjelaskan rahsia kejayaannya adalah disiplin dan pengorbanan yang diterapkan ayahnya walaupun hanya seorang nelayan.

Beliau memperuntukkan lima jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran dan mengakui banyak mengorbankan masa bermain demi menfokuskan kepada persediaan peperiksaan dan aktiviti ko-kurikulum.

"Fokus dalam kelas di samping aktif dengan aktiviti ko-kurikulum merupakan faktor menyumbang ke arah kejayaan saya di samping sokongan berterusan ibu bapa, guru dan kawan-kawan selama ini.

"Saya berharap dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh untuk membolehkan saya menjadi contoh kepada adik beradik lain seterusnya mengubah nasib keluarga," katanya.

Guru Besar SK Titi Tok Bandar, Rokiah Khalid berkata, terpilih sebagai antara sekolah yang memperolehi keputusan UPSR terbaik di negeri ini merupakan kejayaan manis baginya, guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memandangkan beliau baru sahaja mengetuai sekolah ini kira-kira setahun lalu.

"Kejayaan ini adalah usaha gigih guru yang kerap mengadakan kelas tambahan, sokongan ibu bapa dan PIBG dalam memastikan pentadbiran sekolah lancar di samping usaha tidak mengenal lelah murid yang sentiasa mengamalkan persaingan sihat untuk mencapai kecemerlangan.

"Jumlah calon yang memperolehi 5A pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu iaitu enam orang. Malah prestasi keseluruhan pencapaian pelajar dalam UPSR meningkat mendadak. Kami berazam mempertingkatkan lagi peratusan itu demi mengekalkan kedudukan sekolah terbaik di peringkat negeri," katanya.

Sumber 10.

Terengganu : negeri terbaik UPSR buat Kali ke 11 berturut-turut.

KUALA TERENGGANU - Terengganu mengungguli keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-11 berturut-turut apabila 3,458 muridnya memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud berkata, pencapaian itu cukup membanggakan memandangkan 15.6 peratus calon UPSR di negeri ini memperoleh 5A/7A, iaitu meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Apa yang lebih membanggakan, gred purata negeri (GPN) adalah 2.14, iaitu terbaik yang pernah dicapai Terengganu sebelum ini iaitu pada 2007 dengan 2.18.

Menurutnya, sekolah luar bandar juga menunjukkan peningkatan yang cukup ketara dan mengungguli senarai sekolah berpencapaian tinggi.

“Daripada segi pencapaian, murid yang mendapat 4A/6A dan 1B adalah 2,345 orang iaitu sebanyak 10.3 peratus manakala mereka yang mendapat 5ABC/7ABC adalah seramai 10,319 orang, iaitu sebanyak 45.3 peratus.

“Murid yang mendapat gred D dan E pula adalah sebanyak 535 orang manakala lain-lain adalah 6,054 orang. Jumlah yang mendapat minimum C juga meningkat iaitu 71.1 peratus, berbanding 66.8 peratus pada 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pengumuman Keputusan UPSR 2011 di Bilik Mesyuarat Alamanda di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di sini, semalam.

Jumlah calon seluruh Terengganu yang berdaftar adalah seramai 23,250 orang, iaitu 22,533 orang calon adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK), 434 orang calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 283 orang calon dari Sekolah Rendah Swasta (SRS).

Menurutnya Razali, secara keseluruhannya beliau berasa gembira dengan peningkatan pencapaian Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan) dan Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan yang meningkat peratusan yang mendapat A dan minimum C.

Katanya, pencapaian subjek Matematik dan Sains juga meningkat di SK dan SJKC, iaitu peningkatan yang mendapat A dan minimum C.

“Apa yang kita bimbangkan adalah pencapaian beberapa subjek di SJKC iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (Pemahaman) dan Bahasa Cina (Penulisan) mencatatkan penurunan.

“Kita akan lihat apa punca utamanya dan kita akan cuba baiki kelemahan yang ada kerana seboleh-bolehnya kita mahu semuanya cemerlang, termasuklah SJKC,” katanya lagi.

Menurut beliau, SK Kampung Bharu Tok Dor, Besut muncul sekolah terbaik apabila 12 orang daripada 18 calonnya mendapat semua A, iaitu 66.67 peratus manakala SK Dusun, Hulu Terengganu terbaik berdasarkan GPS yang diperoleh, iaitu 1.23.

Katanya, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh murid negeri ini dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil usaha sama pentadbir sekolah, guru-guru, PIBG, pegawai PPD dan Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus memberikan sokongan moral dan kewangan demi melihat kejayaan murid negeri ini.

Sumber 11.



Berita dan gambar akan menyusul kemudian...

16.11.2011/Rabu : antara aktiviti yang dijalankan...

16.11.2011/Rabu : Semua Murid & Ibu Bapa/Penjaga Prasekolah adakan lawatan ke
Melaka.

: Jamuan Akhir Tahun 2011 bagi :30 orang Murid2 Tahun 6,
Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas BOSS.

: Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2012
( RM 100 x 145 orang murid = Rm 14,500.00)

Berita dan gambar akan menyusul kemudian...