LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Tuesday, September 27, 2011

Ko-Ku Persiapan Perkhemahan Tahunan Uniform SKRCK 2011 - 14-16/10/2011 (Jumaat - Ahad)

Sudah 2 minggu berturut-turut, waktu kegiatan Ko-Ku, hari Selasa petang, jam 2.30 - 4.30 petang, semua guru dan Murid2 SKRCK mengadakan persiapan, perbincangan & demontrasi patrol/kumpulan ke arah Hari Kemuncak Perkhemahan 2011.

Berita penuh akan menyusul kemudian.

Guru & Murid-murid Pend.Khas mengadakan Lawatan ke Melaka - 27/09/2011 - Selasa.

Berita penuh akan menyusul kemudian.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2011 Per. SKRCK pada 26/09/2011 / Isnin

Berita penuh akan menyusul kemudian.

Pesilat Sendeng SKRCK Sudah Kembali ke Melaka selapas Bertarung di 'Bumi Kenyalang"

Syukur..semua pesilat dan Guru/Sifu Masrizal selamat tiba di Bumi Melaka pada 24/09/2011 bersamaan hari Sabtu.

Berita pebuh akan menyusul kemudian.

Kursus LADAP Kali Ke 5, 24.09.2011/Sabtu - Kursus Pengurusan PSS

Berita penuh akan menyusul kemudian.

Tuesday, September 20, 2011

Pesilat Sendeng SKRCK Sudah Mendarat di 'Bumi Kenyalang"

Berita akan menyusul kemudian...

(1) Berikut adalah beberapa "catatan Facebook/FB" SIFU: Cikgu Masrizal bin Rahmat yang kini berada di Kuching, Sarawak : Juri Silat Peringkat Kebngsaan bersama 4 orng Pesilat SKRCK yang sedang 'berjuang'di Sarawak.

Hari ni btugas di stadium petra jaya. Aku bbangga dgn kemajuan yg tlh dcapai oleh ank didik aku, fariz dan trutamanya anis. Apa pun kputusan juri, menang atau ape kddukn skali pon, aku brsyukur krna dah melahirkn pesilat peringkt kbgsaan

Program Selepas UPSR 2011 (16.09.2011 - 18.11.2011)

berita akan menyusul kemudian..

Wednesday, September 14, 2011

Suasana & Program Khas UPSR 2011 (13 - 15/09/2011)



Murid-murid Tahun 6 seluruh Malaysia termasuk 30 orang calon UPSR dari SKRCK (17 orang murid Tahun 6 Bestari) & (13 orang murid tahun 6 Bijak) sedang menduduki dan menjawab kertas UPSR 2011 di Dewan Tahun 6 (sebelah padang bola sepak)dengan jayanya.

Pada hari ini, 15/09/2011 bersamaan hari Khamis, mereka akan menjawab Kertas Sains, Bahasa Inggeris K.1 & 2, serta pada sebelah petangnya pula, Kertas Aptitud sehingga jam 4.15 petang.

Pada hari pertama peperiksaan UPSR berlangsung, 13/09/2011 (Selasa), kehadiran calon UPSR 100%, dan mereka berasa 'selesa' dengan aras dan pola soalan B.Melayu K.1 & 2 termasuk kertas Matematik K.2.

Kehadiran ibu bapa/penjaga, guru-guru dan staf SKRCK sepanjang 3 hari peperiksaan yang 'amat penting' ini berjaya 'membakar semangat' dan aspirasi murid-murid Tahun 6.

Begitu juga dengan sokongan, bantuan dan iringan doa restu para guru, ibu bapa/penjaga dan staf serta AJK. PIBG SKRCK sepanjang 3 hari peperiksaan ini.

Berikut adalah paparan akhbar Utusan Malaysia berkaitan UPSR 2011 bertarikh : 14/09/2011 (Rabu)

(1) 14,851 calon duduki UPSR di Melaka

MELAKA 13 Sept. - Seramai 14,851 murid menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohamad Yusoff Osman berkata, kesemua calon menduduki ujian itu di 242 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

"Jumlah calon itu meliputi semua jenis aliran sekolah kerajaan termasuk swasta di seluruh negeri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi aliran Sekolah Kebangsaan seramai 10,751 calon menduduki peperiksaan itu, Sekolah Rendah Agama (319), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (3,153), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (569) dan sekolah swasta, 59 calon.

Tambah Mohamad Yusoff, pihaknya berharap agar statistik keputusan pencapaian UPSR bagi negeri ini meningkat berbanding tahun lalu.


(2) Banjir tak jejas UPSR

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
pengarang@utusan.com.my

KANGAR 13 Sept. – Banjir yang berlaku sejak beberapa hari lalu tidak menjejaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini berikutan persediaan awal telah dibuat dengan menempatkan mereka di beberapa pusat peperiksaan.

Ia melibatkan lebih 100 calon yang terlibat dengan banjir dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, 36 orang, SK Seri Indera (36 orang), SK Panggas (22 orang) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Kangar (14 orang).

Keseluruhannya, seramai 4,594 calon menduduki peperiksaan tersebut yang melibatkan 75 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid, Pengarah Pelajaran Perlis, Dun Kasa dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir. Nishad Mohamed Mohd. Shaffy melawat sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir hari ini.

Menurut Md. Isa, bantuan sewajarnya telah dilakukan untuk membantu mangsa banjir termasuk murid-murid yang menduduki UPSR berikutan banjir tersebut.

Setakat petang ini, banjir di Perlis kembali reda dengan hanya 10 pusat pemindahan beroperasi di Kangar manakala pusat-pusat pemindahan di Padang Besar dan Arau telah ditutup.

Mangsa-mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sekitar Kangar juga berkurangan dengan cuma 119 keluarga melibatkan 467 mangsa masih berada di situ.

Bagaimanapun, empat buah sekolah di Kangar masih ditutup kerana dinaiki air iaitu SK Padang Melangit, SK Seri Indera, Sekolah Menengah Vokasional Kangar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Syed Ahmad.

Friday, September 9, 2011

Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia SKRCK akan ke Pertandingan Silat Seni Kebangsaan di Kuching, Sarawak, 19 - 24 Sept 2011.








Tahniah dan syabas...

Berita yang amat menggembirakan dan membanggakan Warga SKRCK..telah tiba lagi.. Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia SKRCK yang telah menjadi JOHAN TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT (2009, 2010 & 2011) dalam PERTANDINAGN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MELAKA telah berjaya menjejaki kaki lagi dengan 'langkah bergaya' pula ke Peringkat Kebangsaan pada 19 - 24 September 2011 di Kuching Sarawak.

Setelah memperagakan 'asakan dan persembahan' bergaya selama 3 tahun berturut-turut..dengan diketuai oleh 'SIFU/MAHAGURU' En. Masrizal bin Rahmat, (Pn. Norazah bte sabullah - telah mengikut suami berpindah di Selangor) juga telah memainkan peranan yang penting dalam kejayaan ini.

Begitu juga, dengan sokongan padu, GPK Ko Kurikulum SKRCK, Pn. Siti Hawa bte Yaacob, Setiausaha Sukan, En. Mohd Nasri bin Sahat, Ustaz Mohd Ridzuan bin Alias dan juga sokongan dari PIBG dan Pengerusi JKKK Kg. RCKechil, En. Abd Latif. Tidak ketinggalan juga para peserta, murid-murid serta ibu bapa/penjaga mereka yang bertungkus-lumus memberi sokongan, masa dan juga wang ringgit.

Pada Tahun ini, seramai 4 orang murid akan ke Peringkat Kebangsaan iaitu adik, Mohd Faris bin Faudzi, Mohd Zhaffiz bin Razak, Mohd Redza bin Ishak dan Siti Nurhanis bte Senin dari Tahun 6 Bestari & Bijak.

Persiapan Dewan UPSR & Sarapan Khasiat Program Pecutan UPSR

Murid-murid Tahun 6 2011 yang seramai 30 orang bertuah dan berkesempatan untuk bersama-sama mengikuti dan merasai Program Pecutan UPSR, selepas Hari Raya Aidilfitri (05.09.2011 - 10.09.2011) yang dibiayai oleh SKRCK dan PIBG.

Berikut adalah paparan bergambar dan program yang telah dijalankan dalam tempoh terdekat ini.

Murid-murid SKRCK Minum Susu 1Malaysia




Pada tanggal 09hb September 2011, bersamaan hari Jumaat, jam 7.40 pagi - 8.00 pagi bertempat di kantin SKRCK, seramai 174 orang murid-murid SKRCK telah diberi taklimat awal, peraturan, nasihat dan demontrasi oleh Guru Besar SKRCK sendiri, En. Kasim bin Isa bersama semua guru-guru dan khasnya Guru RMT dan GPK HEM.

Ini berikutan rentetan seramai 74 orang murid di sebuah sekolah (SK. Othman Syawal) telah mengalami keracunan makanan pada hari Isnin lepas, selepas minum Susu 1Malaysia ini.

Murid-murid Tahun 6 turut serta dalam program ini sebelum membersih dan membuat persiapan Dewan menjelang Peperiksaan UPSR Selasa depan. Mereka juga lewat sedikit untuk menikmati air Milo, Telur Rebus, Kismis dan biskut seperti terdapat dalam Program Pecutan 2011.

Berikut adalah petikan berkaitan Program Susu 1Malaysia dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh : 15/09/2011 (Khamis)

RM121.6j program Susu 1Malaysia

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

PENAMPANG 14 Sept. - Kerajaan pada tahun ini telah memperuntukkan sebanyak RM121.6 juta bagi program Susu 1Malaysia melibatkan seramai 1.4 juta pelajar tahun satu hingga enam di sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kuantiti susu yang dibekalkan bagi tempoh April hingga Disember ini ialah sebanyak 85.4 juta kotak berdasarkan kepada jumlah pesanan sebenar atau susu yang selamat diminum.

Jelas beliau, sekiranya terdapat mana-mana susu yang rosak, pihak kementerian tidak akan membayarnya dan ia telah dipersetujui oleh empat pembekal utama yang dilantik kerajaan dalam program itu.

"Selain pelajar di sekolah luar bandar, pelajar-pelajar di bandar yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut diberikan Susu 1Malaysia ini.

"Bagi Sabah, daripada jumlah 1.4 juta pelajar itu seramai 76,871 orang pelajar menerima bekalan susu sebanyak 4.6 juta kotak membabitkan kos sebanyak RM6.2 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Susu 1Malaysia peringkat daerah Penampang di Sekolah Kebangsaan Tampasak Tegudon di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul.

Mohd. Puad yang berkesempatan melawat asrama desa sekolah itu juga berjanji untuk menyediakan peruntukan segera kementerian sebanyak RM30,000 bagi membaik pulih beberapa struktur asrama itu seperti dinding dan bangunannya yang rosak.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program itu sebenarnya telah dimulakan pada April lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana berlaku beberapa kes keracunan dan pihak kementerian telah memutuskan untuk meneruskannya semula pada 1 Ogos lalu setelah beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) diperketatkan.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memantau proses pengagihan susu itu bermula daripada peringkat kilang hingga ia sampai ke tangan murid, bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Kualitinya adalah terjamin, tetapi sekiranya terdapat pihak pembekal yang gagal mematuhi SOP, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas," katanya.

Sambutan Hari Raya Kelas Pendidikan Khas 2011




Kelas Pendidikan Khas SKRCK dengan kekuatan 4 orang Tenaga Pengajar, dengan diketuai oleh GPKI, En. Abd Raof bin Habibon bersama 12 orang murid Pendidikan khas (masalah Down Syndrom/Masalah Pembelajaran)bersama seorang PMM (Cik Eli) telah berkesempatan mengadakan Sambutan Hari Raya 2011 bagi Kelas P.Khas sahaja.

Majlis di atas telah diadakan pada 09hb September 2011, hari Jumaat di Kelas Pendidikan Khas mulai jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari.

Guru-guru yang terbabit juga ialah; Cikgu Cik Nor Harniza bte Hanafi,Ustazah Cik Izzati' bte Zailan dan Cikgu Hafiz (menggantikan Cikgu - Pn. Azlina bte Ahmad Suhaimi - cuti bersalin)

Majlis telah diadakan secara ringkas, tetapi meriah dengan makanan, minuman, pelbagai juadah, beraneka kuih-muih, persembahan dan gelagat murid-murid P/Khas beserta kehadiran & ucapan ringkas dari Tuan Guru Besar SKRCK, GPK, Pentadbir, guru-guru dan staf SKRCK.

Penempatan Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 Tahun 2012 & Permohonan Ke Tingkatan 1 ke SBP 2012

Salam Warga SKRCK khasnya kepada 30 orang calon UPSR 2011/murid-murid Tahun 6.

1) Penempatan murid Tahin 6 2011 ke Tingkatan Satu/Kelas Peralihan di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Tahun 2012 telah dibuka. Pihak sekolah perlu menghantar data yang telah lengkap ke PPD Alor Gajah pada atau sebelum 15 SEPTEMBER 2011.

2) Penempatan murid-murid ke Sekolah Menengah adalah berdasarkan :-

a) Sistem Zon sekolah penyalur.
(Contohnya : SMK LUBOK CHINA merupakan sekolah penyalur kepada murid-murid Tahun 6 2011 bagi SK. RCK, SKRCB, SK.Sungai Jernih,SK. Sungai Siput, SK.Teluk Berembang & SJK C Sin Min)

(Bagi Kawasan Masjid Tanah, terdapat 08 buah Sekolah Menengah/Sekolah Penerima - rujuk mapiran)

b) Alamat tempat tinggal yang terhampir dengan sekolah menengah.

2) Permohonan ke Tingkatan 1 2012 ke Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SBP), 63 buah SBP & kolej Yayasan Saad telah dibuka secara online sehingga 15 OKTOBER 2011.

Murid-murid bersama ibu bapa/penjaga perlu membuat permohonan atas talian (internet) secara sendiri dan hantar salinan & pengesahan dari Guru Besar SKRCK adalah WAJIB. Pemohon perlu memperolehi keputusan PERCUBAAN UPSR N.MELAKA 2011 (5A, 4A 1B atau sekurang-kurangnya 3A 2B (luar bandar & dlm tahap kemiskinan)

Rujuk laman web/web site di : http://www.moe.gov.my/sbbp & http;//www.kysm.edu.my/

Sebarang masalah boleh dirujuk kepada GPK HEM SKRCK (En. Ibrahim bin Othman)atau menghubungi SKRCK (06-3846 753)

Selamat Datang Kepada Guru Ganti/Sementara : Cik Nursyazana Syahnaz bte Ghazalee




Warga SKRCK mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Cik Nursyazana Syahnaz bte Ghazalee, berasal dari Masjid Tanah, Melaka, berkelulusan :Degree of Forestry, Universiti Malaysia Sabah.

Beliau bertugas sebagai Guru Ganti/Sementara kepada Guru B.Inggeris SKRCK, Pn. Mas Arnieza bte Samsudin, yang cuti bersalin. Cik Nursyazana mula menjalankan tugasnya mulai 07hb. September 2011 - 05hb. September 2011. Sebelum ini, Cik Hasmidar juga berkesempatan menggantikan tempat Cikgu Mas Arnieza, sebelum mendapat tawaran Bekerja Tetap di salah sebuah Sekolah Agama JAIM.

Warga SKRCK mengucapkan selamat datang dan gembira menjadi Warga SKRCK.

Tuesday, September 6, 2011

Takziah..Al Fatihah buat Allahyarhamah Puan Fatimah bte Attan..AJK PIBG SKRCK 2011/2012






Assallammualaikum..w.b.t..

Saudara/saudari seagamaku...

Kira-kira jam 10.05 pagi tadi..07/09/2011/Rabu..kita semua telah menerima satu berita tentang Kematian seorang ibu, sahabat serta saudara kita..iaitu Allayarhamah Fatimah bte Atan yang dilahirkan pada tanggal : 02.08.1954 telah kembali ke Rahmatullah..

Arwah (yang mudah membahasakan diri dengan panggilan.. "Kak Timah") merupakan seorang yang aktif dalam PIBG SKRCK sejak sekian lama bersama suaminya, En. Mohd Anuar Khan bin Mohd Shafee. Anak tersayang pasangan ini, iaitu adik Muhammad Faris Khan akan menduduki Peperiksaan UPSR 2011 pada 13/09/2011..6 hari sahaja lagi.

Ketika berita ini ditulis (11.42 pg), jenazah arwah masih berada di Hospital Besar Melaka, bersama suami, kelurga dan sanak-saudara serta Pengerusi PIBG, En. Razak serta AJK.PIBG.. Arwah meninggal dunia atas penyakit yang dialami beliau selama ini.

Warga SKRCK telah mengadakan Satu Pungutan Derma Kilat dibawah Kelolaan PIBG dan akan diwakili oleh GPK, guru2 dan JK.PIBG..Warga SKRCK dan PIBG merakamkan ribuan terima kasih atas sumbangan tuan/puan..

Jenazah arwah, akan dikebumikan pada hari ini juga..07/09/2011 di Tanah Perkuburan, Kampung Solok Limau Nipis, Lubok China, Melaka, selepas Solat Asar.

Akhir kata, kami Warga SKRCK mendoakan agar arwah dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh dan dimasukkan ke dalam syurga.

Al-Fatihah..

Majlis Solat Hajat UPSR 2011, Bacaan Yasin & Tahlil



















Warga SKRCK akan mengadakan Majlis Solat Hajat UPSR 2011, Bacaan Yasin & Tahlil seperti ketetapan yang berikut :-

Tarikh : 08 september 2011M (10 Syawal 1432H)
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : 7.00 malam - 9.30 malam.
Tempat : Dewan UPSR Tahun 6 (sebelah padang bola/surau)

Untuk makluman pihak tuan..pada Tahun 2011, seramai 30 orang murid-murid Tahun 6 Bestari & Bijak akan menduduki UPSR pada :13-15/09/2011.

Aturcara majlis adalah seperti yang berikut :-

7.00 petang : Kehadiran.
7.20 petang : Solat maghrib, solat hajat, bacaan Yasin & tahlil.
8.45 malam : Solat Isyak, Ucapan G.Besar SKRCK & Ucapan YDP PIBG.
9.10 malam : Jamuan (kantin sek)
9.30 malam : Bersurai.

Kehadiran : Warga SKRCK, ibu bapa/penjaga & murid2 Tahun 6, PIBG, JKKK serta kariah berdekatan, amat dialu-alukan...

Warga SKRCK, terutama J/K Peningaktan UPSR, J/K Panitia Agama Islam & PIBg merakamkan sekalung penghargaan buat :-

Pengerusi JKKK RCK, YDP PIBG, AJK.PIBG, Para Penderma, Ibu bapa/Penjaga Murid2 Tahun 6 nserta Pengusaha Kantin SKRCK.

Hebahan berita ini turut dimuatkan di : ICT SKRCK Melaka.

Di atas berita ini, juga dilampirkan 2 helaian Buku Program.

Monday, September 5, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN SEBENAR UPSR 2011

Berikut di bawah ini, ialah Jadual Peperiksaan Sebenar UPSR 2011.














Berikut di bawah ini, ialah Jadual Peperiksaan Selaras 4 (September 2011)

PROGRAM PECUTAN UPSR 2011












Pihak J/K Peningkatan UPSR 2011 bersama PIBG SKRCK telah mangadakan Program Pecutan UPSR kepada seramai 30 orang Murid-murid Tahun 6 (Bestari & Bijak) 2011 mulai : 05/09/2011 - 10/09/2011 (Isnin - Sabtu )

Antara pengisiannya ialah :-

1) Majlis Solat Hajat di Surau SKRCK (Isnin - Khamis) /Jam:7.15 - 7.30 pagi.
2) Sarapan pagi : Sebiji telur masak + Secawan air milo panas + 2 kepung biskut
berkhasiat.
3) Kelas Tambahan setiap hari (sebelah petang/2 jam/Jam: 2.00 - 4.00 petang)
4) Program Solat Hajat & Bacaan Yasin Perdana di Dewan UPSR/Tahun 6 pada :08/09/2011
(Khamis malam Jumaat)