LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Thursday, August 25, 2011

TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK 2011

Mantan Guru Besar SKRCK Tahun 2011, Pn. Normah bte Ismail yang kini bertugas sebagai Guru Besar Cemerlang di SK. Bukit Beringin, Masjid Tanah, Melaka..telah sudi memberikan Pendedahan Teknik Menjawab Kertas Matematik kepad 30 orang calon UPSR sekolah ini.

Beliau telah sudi mengadakan dua kali Teknik selama 2 jam bagi setiap satu dari jam 2.00 - 4.00 petang hari Selasa pada : 16.08.2011 & 23.08.2011.

Pihak SKRCK merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Normah bte Ismail atas sumbangan dan keprihatinan beliau bersama-sama melonjakkan prestasi UPSR 2011.

Wednesday, August 24, 2011

Majlis Khatam Al Quran & Penyampaian Sumbangan 2011/1432H

Pada tanggal 26hb Ogos 2011, bersamaan hari Jumaat, dari Jam : 7.30 pagi - 11.00 pagi di Kantin SKRCK, Majlis Khatam Al Quran telah diadakan dengan jayanya.

Berikut adalah Aturcara Majlis :-

7.30 pagi : Bacaan Yassin.
8.00 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis ( Cik Sharifah Iswani )
8.05 pagi : Bacaan Al Quran & Terjemahan
8.15 pagi : 35 orang Peserta Mengambil tempat & Berselawat
8.30 pagi : Majlis Khatam Al Quran bermula
9.10 pagi : Nasyid & Deklamasi Sajak
9.30 pagi : Ucapan Tuan Guru Besar SKRCK
9.40 pagi : Ucapan Perasmi (En.Abdul Latif bin Abu Samah/Pengerusi JKKK Kg.RCK)
9.50 pagi : Penyampaian Sumbangan (Khatam Al Quran & Masih Ada Yang Sayang)
10.30 pagi : Majlis Bermaaf-Maafan Aidil Fitri
11.00 pagi : Pengajaran & Pembelajaran bermula

SKRCK akan mula bercuti sempena Menyambut Hari Kemerdekaan, Cuti Penggal Persekolahan dan yang teristimewa : Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432M mulai 27.08.2011/Sabtu - 04.08.2011/Ahad.

Sekolah akan mula dibuka kembali pada tanggal: 05hb September 2011/Isnin.





Majlis Penyerahan Bantuan KWAMP SKRCK 2011




Pada tanggal 25hb. Ogos 2011 bersamaan hari Khamis, jam 12.00 - 1.00 petang, bertempat di kantin sekolah, Satu Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Amanah pelajar Miskin (KWAMP) telah diadakan.

Tuan Guru Besar SKRCK, En.Kasim bin Md Isa telah sudi menyempurnakan majlis ini. Pada Tahun 2011, seramai 84 orang murid sekolah ini daripada 174 orang murid telah terpilih untuk menerima bantuan KWAMP ini.

Sejumlah hampir RM 16,800.00 telah diperuntukkan oleh K.P.M kepada 84 orang murid sekolah ini. Setiap seorang murid akan menerima RM200. Kehadiran ibu bapa/penjaga murid-murid yang terpilih telah menghadiri majlis ini.



Taklimat Khas Murid2 Tahun 6 & Program Pecutan UPSR Selepas Hari Raya


Pihak J/Kuasa peningkatan UPSR bersama-sama Pentadbir & guru2 Tahun 6 SKRCK telah mengadakan pelbagai Aktiviti UPSr 2011:-

1. Murid2 Tahun 6 telah berjaya Menjalani Gerak Gempur Manjawab Soalan2 Percubaan 2011 bagi Negeri : Melaka, N.Sembilan, Terengganu & Selangor,

2. Murid2 Tahun 6 telah dibekalkan dengan 2 set soalan Percubaan 2011 bagi Negeri Perak & Terengganu. ( sebagai kerja rumah sepanjang cuti Hari Raya Aidilfitri)

3. Murid2 Tahun 6 telah diberikan pendedahan awal/maklumat terkini berkaitan UPSR pada jam 7.40pagi, 25.08.2011, hari Khamis di kantin SKRCK. GPK I SKRCK, Pn. Hamidah bte Muhammad telah mengetuai sesi taklimat ini.

4. Murid2 Tahun 6 juga telah diberi Set Jadual Sebenar Peperiksaan UPSR 2011 & mereka telah menurunkan tandatangan di helaian belakang Jadual Peperiksaan UPSR 2011.

5. Semua J/K Peningkatan UPSR telah mengadakan Post Mortem dan Analisis Ujian sebanyak dua kali dalam tempoh dua minggu ini.

6. Bersama-sama info ini, dipaparkan Program Pecutan UPSR Selepas Hari Raya yang telah disusun atur oleh J/K Peningkatan UPSR 2011.

Program Demontrasi Bijak Sifir 2011

Pada tanggal 23.08.2011/Selasa bertempat di Kantin SKRCK,satu demontrasi "Bijak Sifir Alif Secara Nyanyian" telah diadakan dengan jayanya.

Pihak SKRCK telah bertuah kerana sudi menerima En. AB. Rahim bin Ab Samad, Ketua unit Pembangunan & Penyelidikan Kreatif DAN Pengasas Bijak Sifir. Sekarang beliau bertugas senagai Pensyarah di Kolej Yayasan Saad, Melaka.

Beliau telah membuat pendedehan, demontrasi dan lebih 5000 murid-murid sekolah rendah negara ini telah berjaya menguasai teknik dan corak nyanyian bijak sifir ini.

Murid-murid sekolah ini telah dibahagikan kepada dua tahap, iaitu : (Thp 1: Jam 10.00 – 11.00 pg ) & (Thp 2 : Jam11.00 – 12.00 t/hari) Mereka telah sudi dan berminat untuk menyanyi lagu dan irama yang sama, membuat kiraan pantas dan tepat.

Selepas hari ini, bayaran sebanyak RM30.00 akan dikenakan kepada murid-murid yang berminat sahaja utk 4 jam berikutnya di Melaka atau di sekolah ini (minimum murid:100 orang x RM10.00 sahaja – ditetapkan pihak penganjur)

Sesiapa pihak yang berminat, boleh mendapatkan maklumat lanjut di :-

http://bijaksifir/malaysia.blogspot.com
Handphone @ sms : 013-620 2009

Monday, August 15, 2011

Gambar Koleksi Aktiviti Tahun 2011

Berikut adalah paparan Slide Show sebahagian Paparan Aktiviti-aktiviti atau Program Tahun 2011 yang sempat disisipkan bersama Blog ini oleh admin. Paparan Koleksi di SKRCK akan dilengkapkan secara berperingkat mulai Tahun 2000 - 2011. Harap maklum. Kunjungan anda semua amat dihargai.

Monday, August 8, 2011

MAJLIS PERASMIAN 3 BLOG SKRCK SERENTAK




MAJLIS PERASMIAN TIGA BLOG SERENTAK SKRCK YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH
GB SKRCK, EN. KASIM BIN MD ISA PADA 08.08.2011/ISNIN/KANTIN SKRCK/PERHIMPUNAN RASMI.



BLOG-BLOG YANG TERBABIT IALAH :

1. BLOG & Facebook SKRCK. (admin : Cikgu Khairul Amin bin Md sah)

2. BLOG & Facebook PERSATUAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA SKRCK (admin : Cikgu Masrizal bin Rahmat)

3. BLOG NILAM SKRCK. (admin : Cikgu Maswati bte Md Jani)


MAJLIS INI DENGAN JAYANYA TELAH DIRASMIKAN OLEH TUAN GURU BESAR
DALAM KEADAAN SEDERHANA TAPI MERIAH.


WARGA SKRCK MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN GURU BESAR KERANA SUDI MERASMIKAN PELANCARAN KETIGA-TIGA BLOG DAN FACEBOOK SERENTAK BUAT KALI PERTAMANYA DI SKRCK.

Friday, August 5, 2011

Program Ramadhan 2011

Gambar guru dan murid sedang menjalankan aktiviti : 1. Radio Ramdhan 2. Tazkirah dan 3. Tadarus Al Quran pada setiap hari Ramadhan 2011.

Wednesday, August 3, 2011

Program Bulan Ramdhan 1432H/2011









04.08.2011/Khamis: JK. Program Bulan Ramadhan/Agama Islam/JQaf SKRCK : telah melakukan pelbagai Program sepanjang Bulan Ramdhan 2011 (02.08.2011-26.08.2011) dengan 4 aktiviti utama: 1.Radio Ramadhan 2. Tazkirah. 3. Tadarus Al Quran & Majlis Penutup (26.08/Jumaat) Majlis Khatam Al Quran & Sumbangan Masih Ada Yang Sayang.
Aktiviti yang dijalankan :-

1. Radio Ramadhan.
(dijalankan setiap pagi : Jam :7.20-7.40 pagi, Isnin - Khamis - Kantin SKRCK - Bacaan
Ayat-ayat lazim - guru, murid - dengan menggunakan : CD Quran & laptop & speaker)
2. Tazkirah.
(dijalankan setiap hari : Jam :10.30-11.10 pagi, Isnin - Jumaat - Kantin SKRCK - Setiap hari
ada seorang guru yang ditugaskan dengan tajuk yang berkaitan Puasa/Ramadhan)

(Contoh Jadual : MINGGU1 :02.08/Sel:En.M.Nasri, 03.08/Rab/Pn. Mas Arnieza, 04.08/Kha/En. Khairul, 05.08/Jum/Pn. Hamidah, 08.08/MINGGU 2 : Isn/Hjh.Anita, 09.08/Sel/Pn.Maswati, 10.08/Rab/Pn.S.N.Hanifah, 11.08/Kha/En.Masrizal, 12.08/Jum/Pn.Siti Hawa, MINGGU 3 : 15.08/Isn/En. Abd.rauf, 16.08/Sel/Pn.Noraima, 18.08/Kha/En. Saifuddin, 19.08/Jum/GB:En.Kasim b. Md. Isa MINGGU 4: 22.08/Isn/Pn.Kartina, 23.08/Sel/Pn.Zabeyha, 24.08/Rab/Cik Harniza, 25.08/Kha/En.Ibrahim & 26.08/Jum:MAJLIS PENUTUP, KHATAM AL-QURAN & SUMBANGAN MAJLIS AL-QURAN DLL.

3. Tadarus.
Dijalankan serentak pada waktu rehat (10.30 - 11.10 pagi) setiap hari (Isnin - Jumaat) di 3 tempat berbeza dengan 6 guru yang berlainan.
(Contoh Jadual : Juzuk 1-4/Pn.Aini Zakiah:Murid2: M.Fareez,M.Danial,M.Zulhelmi,Putera Aiman & Izzat Juzuk 5 - 8/Pn.Saemah:Murid2: M.Zulhelmi, Putera Atif, Siti Aisyah, M.Syukri & Hidayah Rahman. juzuk 9-12/En.M.Ridhuan:Murid2: M.Zhafri, N.Aini Natasya, M.Adib Faris, Alif Haikal & Siti Nur Quratiaini Juzuk 13- 16/Pn.Zainun:Muris2: M.Imran, Nur Izyan, Nor Adlina, M.Abi Rafdi & Haris Mursidi Juzuk 17 - 20/Pn.Hasmira Murid2: Hafizuddin, M.Taufiq, Nur Fatin Aqilah, Siti Nur Aina & Amirul Hakim Juzuk 21 - 25/Cik Izzati Zailan/Murid2: M.Hakemy, M.Najwan, M.Aiman, Ellyana Batrisha & Nurul Athirah & Juzuk 26 - 30/Pn.Rahayu/Murid2: M.haziq, M.Azhar, Balqis, M.Zafuan & Syuhada.

4. Majlis Khatam Al-quran & Sumbangan Masih Ada Yang Sayang.
Akan diadakan pada: 26.08.2011 bersamaan hari Jumaat di sekolah ini.Majlis Sumbangan akan diadakan juga sebelum sekolah bercuti sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia.

NOTA : Kepada sesiapa individu atau syarikat yang ingin menderma bakti sempena bulan yang mulia ini bolehlah menghulurkan sumbangan tuan/puan kepada Pn.Saemah bte Ismail. Sumbangan dari tuan/puan akan disampaikan kepada murid-murid pada Majlis : Sumbangan Masih Ada Yang Sayang - 26.08.2011.

Terima Kasih kepada Warga SKRCK, PIBG & Ibu bapa.

Monday, August 1, 2011

SOALAN PEP.PERCUBAAN ANTARA NEGERI 2011

Berikut adalah Soalan-soalan Negeri-negeri yang telah dan sedang dijawab oleh Murid-murid Tahun 6 Bestari & Bijak (30 orang) SKRCK Tahun 2011.

BIL. NEGERI SUDAH DIJAWAB SEDANG DIJAWAB BELUM DIJAWAB

1. MELAKA = (sudah dijawab)
2. N.SEMBILAN = (sudah dijawab)
3. JOHOR = (belum dijawab)
4. PAHANG = (belum dijawab)
5. SELANGOR = (sudah dijawab)
6. PERAK = (sudah dijawab)
7. KEDAH = (belum dijawab)
8. P.PINANG = (sudah dijawab)
9. PERLIS = (belum dijawab)
10. TERENGGANU = (sudah dijawab 2x)
11. KELANTAN = (belum dijawab)
12. W.P.K/LUMPUR. = (belum dijawab)
13. SABAH = (belum dijawab)
14. SARAWAK = (belum dijawab)

Nota : JK Peningkatan UPSR akan menentukan soalan-soalan Negeri yang terpilih sahaja untuk
dilaksanakan di SKRCK - mengikut keperluan, kekangan masa dan peruntukan.

AKTIVITI MINGGU INI (01.08/ISN - 06.08.2011/SEL)




AKTIVITI SKRCK SEPANJANG MINGGU INI :-

  1. 01.08.2011/ISNIN : CUTI UMUM AWAL RAMADHAN.
  2. 02.08.2011/SELASA : AKTIVITI BULAN RAMADHAN DIJALANKAN.
TAHUN 6 MENJAWAB PEP. G.GEMPUR 2.
: AKTIVITI KO-KU & KELAS MALAM T.6 DITANGGUHKAN.
3. 03.08.2011/RABU : AKTIVITI BULAN RAMADHAN DIJALANKAN.
TAHUN 6 MENJAWAB PEP. G.GEMPUR 2
4. 04.082011/KHAMIS : AKTIVITI BULAN RAMADHAN DIJALANKAN.
TAHUN 6 MENJAWAB PEP. G.GEMPUR 2
5. 05.08.2011/JUMAAT: AKTIVITI BULAN RAMADHAN DIJALANKAN.
6. 06.08.2011/SABTU : -
7. 07.08.2011/AHAD : KELAS TAMBAHAN B.INGGERIS TAHUN 6 SAHAJA.