LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Tuesday, July 3, 2012

Perjumpaan Ibu bapa, Pendaftaran dan Taklimat Murid Prasekolah dan Tahun 1, 2016 pada 29.12.2015.

29.01.2016/Selasa: Pihak SKRCK telah menjalankan Program Pendaftaran dan Taklimat murid Prasekolah, Pendaftaran Murid-murid Tahun 1 dan Pembayaran Yuran Persekolahan pada 29 Disember 2015, yang lalu di Tahun 1, Prasekolah dan Kelas Tahun 5 Bestari. Aturcara bermula dari jam 8.00 pagi, Pendaftaran ibu bapa/penjaga Murid Prasekolah dan Tahun 1 Bestari, Majlis Bacaan Doa, Taklimat Ringkas Guru Prasekolah, Pn Hajjah Anita binti Aziz, Guru tahun 1 Bestari dan Minggu Transisi Penyayang, Cikgu Maswati binti Md Jani. Selepas itu, program Taklimat Guru Besar SKRCK, En. MOhd Isa bin Barun, yang memberi pelbagai taklimat terkini seperti bilangan guru, staf dan murid, misi dan visi sekolah, perubahan Tahun 2016, harapan dan cabaran dari ibu bapa/penjaga 2016. Akhirnya sesi soal-jawab bersama Pentadbir. Selepas itu, murid-murid Prasekolah dan murid-murid Tahun 1 Bestari dengan pakaian uniform sekolah telah memasuki bilik darjah dan mengikuti sesi soal kenal bersama rakan-rakan, ibu bapa dan guru kelas. Murid-murid yang laian bersama ibu bapa/penjaga pula, telah melunaskan bayaran duit buku tulis, peralatan sekolah, yuran sumbangan PIBG 2016 dan sebagainya,di 8 kauanter meja yang dibuka oleh guru kelas masing-masing di kelas Tahun 5 Bestari. Sesi berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Pautan Sosial SKRCK