LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Wednesday, September 14, 2011

Suasana & Program Khas UPSR 2011 (13 - 15/09/2011)



Murid-murid Tahun 6 seluruh Malaysia termasuk 30 orang calon UPSR dari SKRCK (17 orang murid Tahun 6 Bestari) & (13 orang murid tahun 6 Bijak) sedang menduduki dan menjawab kertas UPSR 2011 di Dewan Tahun 6 (sebelah padang bola sepak)dengan jayanya.

Pada hari ini, 15/09/2011 bersamaan hari Khamis, mereka akan menjawab Kertas Sains, Bahasa Inggeris K.1 & 2, serta pada sebelah petangnya pula, Kertas Aptitud sehingga jam 4.15 petang.

Pada hari pertama peperiksaan UPSR berlangsung, 13/09/2011 (Selasa), kehadiran calon UPSR 100%, dan mereka berasa 'selesa' dengan aras dan pola soalan B.Melayu K.1 & 2 termasuk kertas Matematik K.2.

Kehadiran ibu bapa/penjaga, guru-guru dan staf SKRCK sepanjang 3 hari peperiksaan yang 'amat penting' ini berjaya 'membakar semangat' dan aspirasi murid-murid Tahun 6.

Begitu juga dengan sokongan, bantuan dan iringan doa restu para guru, ibu bapa/penjaga dan staf serta AJK. PIBG SKRCK sepanjang 3 hari peperiksaan ini.

Berikut adalah paparan akhbar Utusan Malaysia berkaitan UPSR 2011 bertarikh : 14/09/2011 (Rabu)

(1) 14,851 calon duduki UPSR di Melaka

MELAKA 13 Sept. - Seramai 14,851 murid menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohamad Yusoff Osman berkata, kesemua calon menduduki ujian itu di 242 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

"Jumlah calon itu meliputi semua jenis aliran sekolah kerajaan termasuk swasta di seluruh negeri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi aliran Sekolah Kebangsaan seramai 10,751 calon menduduki peperiksaan itu, Sekolah Rendah Agama (319), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (3,153), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (569) dan sekolah swasta, 59 calon.

Tambah Mohamad Yusoff, pihaknya berharap agar statistik keputusan pencapaian UPSR bagi negeri ini meningkat berbanding tahun lalu.


(2) Banjir tak jejas UPSR

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
pengarang@utusan.com.my

KANGAR 13 Sept. – Banjir yang berlaku sejak beberapa hari lalu tidak menjejaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini berikutan persediaan awal telah dibuat dengan menempatkan mereka di beberapa pusat peperiksaan.

Ia melibatkan lebih 100 calon yang terlibat dengan banjir dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, 36 orang, SK Seri Indera (36 orang), SK Panggas (22 orang) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Kangar (14 orang).

Keseluruhannya, seramai 4,594 calon menduduki peperiksaan tersebut yang melibatkan 75 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid, Pengarah Pelajaran Perlis, Dun Kasa dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir. Nishad Mohamed Mohd. Shaffy melawat sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir hari ini.

Menurut Md. Isa, bantuan sewajarnya telah dilakukan untuk membantu mangsa banjir termasuk murid-murid yang menduduki UPSR berikutan banjir tersebut.

Setakat petang ini, banjir di Perlis kembali reda dengan hanya 10 pusat pemindahan beroperasi di Kangar manakala pusat-pusat pemindahan di Padang Besar dan Arau telah ditutup.

Mangsa-mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sekitar Kangar juga berkurangan dengan cuma 119 keluarga melibatkan 467 mangsa masih berada di situ.

Bagaimanapun, empat buah sekolah di Kangar masih ditutup kerana dinaiki air iaitu SK Padang Melangit, SK Seri Indera, Sekolah Menengah Vokasional Kangar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Syed Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Pautan Sosial SKRCK