LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Friday, November 18, 2011

17.11.2011/Khamis : antara aktivitinya ialah...

17.11.2011/Khamis : Taklimat Murid2 Tahun 6 ke Tingkatan 1, 2012, Data, Sijil2,
Kemaskini Fail2 Murid.

Pengumuman Keputusan Rasmi UPSR 2011 yang Sebenar bersama
Ibu bapa/Penjaga & Para Guru & Murid2 Tahun 5.

Para hadirin sekalian..secara amnya..keputusan UPSR 2011..boleh dibahagikan kepada 2..1) Bahagian Kualiti - 5 A..jatuh..dr 4 org/2010 kpd 1 org/2011

2).Bahagian Kuantiti - Peratus Keseluruhan Calon (30 org/2011) naik..begitu juga dgn % semua mata pelajaran BM1, BM2, BI, MT dan SN berbanding Tahun 2010..nanti saya masukkan data di blog SKRCK..


Mesyuarat Guru-guru Terakhir Tahun 2011 (Melabuh Tirai 2011 &
Persiapan 2012)

Berita dan gambar akan menyusul kemudian...

Sumber 1.

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
TAHUN 2011

Oleh
Y.BHG. DATO’ SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

17 NOVEMBER 2011
21 ZULHIJJAH 1432

DI

BILIK MESYUARAT UTAMA
TINGKAT 6, BLOK E8
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2
PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya memanjatkan kesyukuran kehadratNya kerana diberi kesempatan untuk membentangkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011. Untuk makluman, semua calon akan menerima keputusan mereka mulai jam 10.00 pagi ini di sekolah masing-masing. Semua calon juga boleh mendapat keputusan ringkas melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Matlamat persekolahan di sekolah rendah adalah untuk menyediakan murid dengan kemahiran asas 3M yang sangat penting iaitu menulis, membaca dan mengira. UPSR dilaksanakan pada akhir Tahun 6 untuk mentaksir sejauh mana calon telah dapat menguasai tiga kemahiran yang saya sebutkan tadi ditambah dengan penguasaan kemahiran saintifik sebagai memenuhi tuntutan akademik persekolahan di sekolah rendah.

Selain kemahiran akademik, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang.
Maklumat daripada keputusan UPSR ini boleh dirujuk oleh pelbagai pihak untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran 3M dan kemahiran saintifik yang diterapkan melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.

Keputusan UPSR boleh digunakan oleh pentadbir sekolah menengah sebagai maklumat untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ini bermakna keputusan UPSR bukan merujuk kepada lulus atau gagal seseorang murid tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid di tahun akhir persekolahan rendah.

3
UPSR Tahun 2011

Para hadirin sekalian,

Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini UPSR dapat berjalan dengan lancar. Pada tahun ini sejumlah 497,691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489,101(98.3%) calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8,590 (1.7%) calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 13, 14 dan 15 September 2011.

Sebanyak 8,235 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 48,560 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan. Seramai 11,080 orang pemeriksa telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kertas subjektif.
Keputusan UPSR 2011

Seperti tahun-tahun lepas, keputusan UPSR tahun ini juga dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.

Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

4
Keputusan UPSR tahun ini akan dibandingkan dengan keputusan tahun 2010 untuk melihat sama ada prestasi UPSR 2011 secara keseluruhan meningkat atau menurun.
Pencapaian Calon

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Jadual 1 menunjukkan pencapaian calon UPSR dari tahun 2008 hingga 2011. Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun 2011 meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut GPN. Peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik iaitu minimum Gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang diduduki telah meningkat daripada 54.38% pada tahun 2010 kepada 55.45% pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 1.07%.

Namun begitu, pencapaian calon Cemerlang (semua A) telah menurun sedikit (0.54%) iaitu daripada 10.02% pada tahun 2010 kepada 9.48% pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum telah berkurangan sebanyak 0.51% iaitu daripada 3.39% kepada 2.88% pada tahun ini.

5
Jadual 1: Pencapaian Calon UPSR dari Tahun 2008 hingga 2011
Pencapaian Calon
2008/2009/2010/2011/

Beza antara 2011 dengan 2010
Bil. Duduki
507,320/506,620/482,334/485,160/2,826

Cemerlang
(Semua A)
46,641/9.19%/48,171/9.51%/48,327/10.02%/46,012/9.48%/-2,315/-0.54%

Baik
(Minimum C tidak termasuk semua A)
270,763/53.37%/271,165/53.52%/262,278/54.38%/269,021/55.45%/6,743/1.07%

Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)
18,753/3.70%/20,216/3.99%/16,334/3.39%/13,958/2.88%/-2,376/-0.51%

Lain-lain Kombinasi
171,163/33.74%/167,068/32.98%/155,395/32.22%/156,169/32.19%/774/0.03%

Gred Purata Nasional
2.36/2.33/2.31/2.30/-0.01

Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

Para hadirin sekalian,

Jadual 2 menunjukkan pencapaian calon bandar dan luar bandar pada tahun 2011 berbanding 2010.

6
Jadual 2: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Pencapaian Calon

Tahun/Bandar/Luar Bandar/Jurang

Cemerlang
(Semua A)
2011
29,462/11.06%/16,244/7.56%/13,218/3.50%

2010
30,613/11.43%/17,609/8.28%/13,004/3.15%

Beza
-1,151/-0.37%/-1,365/-0.72%/214/0.35%

Baik
(Minimum C tidak termasuk semua A)

2011
148,265/55.66%/118,543/55.14%/29,722/0.52%

2010
147,801/55.17%/114,121/53.44%/33,680/1.73%

Beza
464/0.49%//4,4221.70%/-3,958/-1.21

Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)

2011
6,615/2.48%/7,225/3.36%/-610/-0.88%

2010
7,633/2.85%/8,621/4.04%/-988/-1.19%

Beza
-1,018/-0.37%/-1,396/-0.68%/378/0.31%

Lain-lain kombinasi

2011
82,039/30.80%/72,969/33.94%/9,070/-3.14

2010
81,916/30.58%/73,352/34.27%/8,564/-3.69

Beza
123/0.22%/-383/-0.33%/506/0.55%

Bilangan Duduki

2011
266,383/214,981/51,402

2010
267,908/213,551/54,499

Beza
-1,525/1,430/-3,097

Gred Purata Nasional (GPN)

2011
2.23/2.38/-0.15

2010
2.24/2.40/-0.16

Beza
-0.01/-0.02/0.01

Pencapaian calon Cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37% dan 0.72%. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik di bandar dan luar bandar, masing-masing telah meningkat sebanyak 0.49% dan

7
1.70%. Ini bermakna, peningkatan pencapaian Baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1.21%.

Pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan, terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68% berbanding di bandar sebanyak 0.37%. Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar. Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01.

Pencapaian Calon Berkeperluan Khas

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Jadual 3 menunjukkan pencapaian calon berkeperluan khas tahun 2011 berbanding tahun 2010. Bilangan calon berkeperluan khas pada tahun ini bertambah seramai 59 orang. Peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang meningkat sebanyak 0.34% iaitu pertambahan seramai lima (5) orang. 17 orang calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang terdiri daripada enam orang calon rabun, seorang calon pekak, seorang calon spastik dan sembilan orang calon lain-lain kecacatan. Walau bagaimanapun, peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik menurun sebanyak 1.87%. Gred Purata Nasional (GPN) bagi pencapaian keseluruhan calon berkeperluan khas menurun sebanyak 0.01.

8

Jadual 3: Pencapaian Calon Berkeperluan Khas Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010
Pencapaian Calon

2011/2010

Beza
Bil. Duduki
1,329/1,270/59

Cemerlang
(Semua A)
17/1.28%/12/0.94%/5/0.34%

Baik
(Minimum C tidak termasuk semua A)
218/16.40%/232/18.27%/-14/-1.87%

Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)
391/29.42%/392/30.87%/-1/-1.45%

Lain-lain kombinasi
703/52.90%/634/49.92%/69/2.98%

Gred Purata Nasional (GPN)
3.74/3.73/0.01

Prestasi Mata Pelajaran

Untuk makluman, kandungan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) adalah lebih tinggi tarafnya daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK iaitu SJKC dan SJKT) . Oleh itu, taraf kertas soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut lebih tinggi di SK berbanding di SJK. Justeru, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat secara berasingan.

Lampiran A menunjukkan analisis prestasi semua mata pelajaran manakala Jadual 4 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SK bagi tahun 2010 dan 2011. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di SK, terdapat peningkatan pada Gred A iaitu sebanyak 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan

9
minimum (Gred ABC) meningkat sebanyak 1.1%. Walaupun prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SK bagi Gred A menurun sebanyak 0.6%, prestasi bagi Gred ABC meningkat sebanyak 2.9%. Ini menunjukkan bahawa pencapaian calon yang menguasai tahap minimum dalam Bahasa Melayu - Penulisan di SK adalah bertambah baik. Oleh yang demikian, prestasi bagi Bahasa Melayu - Penulisan di SK pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang berkurangan iaitu daripada 2.02 pada tahun 2010 kepada 1.96 pada tahun 2011.

Jadual 4: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SK bagi Tahun 2010 dan

2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP/A/B/C/ABC/D/E

011

Bahasa Melayu – Pemahaman

2010
370,731/47.5/20.8/24.7/93.0/4.5/2.5/1.94

2011
371,815/49.4/18.7/26.0/94.1/3.7/2.2/1.90

Beza
1,084//1.9/-2.11.3/1.1/-0.8/-0.3/-0.04

012

Bahasa Melayu –
Penulisan

2010
370,724/49.5/21.8/12.7/84.0/9.0/7.0/2.02

2011
371,772//48.9/25.0/13.0/86.9/6.9/6.2/1.96

Beza
1,048/-0.6/3.2/0.3/2.9/-2.1/-0.8/-0.06

Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan di SJK (SJKC dan SJKT) bagi Gred A meningkat masing-masing sebanyak 1.3% dan 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) bagi Bahasa Melayu - Pemahaman di SJK juga meningkat sebanyak 1.2%. Walau bagaimanapun, prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SJK menurun sebanyak 0.8%. Penurunan peratusan ini disebabkan oleh penurunan peratusan calon yang mendapat Gred B dan C bagi Bahasa Melayu – Penulisan di SJK iaitu masing-masing

10
sebanyak 1.5% dan 1.2%. Pada masa yang sama, peratusan calon yang mendapat Gred E pula meningkat sebanyak 1.2%.
Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SJK bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP/A/B/C/ABC/D/E

021+031
Bahasa Melayu – Pemahaman
2010
111,230/27.8/18.8/23.1/69.7/21.6/8.7/2.65


2011
113,161/29.1/18.8/23.0/70.9/21.0/8.1/2.60

Beza

1,931/1.3/0.0/-0.1/1.2/-0.6/-0.6/-0.05

022+032
Bahasa Melayu –
Penulisan

2010

111,227/18.4/35.9/17.4/71.7/12.2/16.1/2.72

2011

113,154/20.3/34.4/16.2/70.9/11.8/17.3/2.71

Beza

1,927/1.9/-1.5/-1.2/-0.8/-0.4/1.2/-0.01

Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Secara keseluruhan, prestasi bahasa Inggeris SK adalah stabil dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sama seperti pada tahun 2010 iaitu 2.74. Walau bagaimanapun, peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.5% tetapi peratusan calon mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.4%.
Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi Tahun 2010 dan 2011
Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP

A/B/C/ABC/D/E/

014
Bahasa Inggeris

2010

369,408/17.3/24.4/32.6/74.3/18.6/7.1/2.74

2011

370,424/16.8/25.2/32.7/74.7/17.5/7.8/2.74

Beza

1,016/-0.5/0.8/0.1/0.4/-1.1/0.7/0.00/

024 + 034
Bahasa Inggeris
2010

112,596/25.0/23.1/24.2/72.3/13.7/14.0/2.69

2011

114,398/23.8/23.5/23.6/70.9/13.0/16.1/2.74

Beza

1,802/-1.2/0.4/-0.6/-1.4/-0.7/2.1/0.05

11
Secara keseluruhan, prestasi Bahasa Inggeris SJK mencatatkan penurunan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu sebanyak 0.05 iaitu daripada 2.69 pada tahun 2010 kepada 2.74 pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.2% dan 1.4%.
Bagi mata pelajaran Mathematics dan Science, sukatan mata pelajaran dan kertas soalan adalah sama di SK dan SJK. Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011.
Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP

A/B/C/ABC/D/E

015+025+035
Mathematics
2010

482,198/37.2/19.3/29.3/85.8/7.4/6.8/2.27

2011

484,802/36.9/19.4/30.4/86.7/7.1/6.2/2.26

Beza

2,604/-0.3/0.1/1.1/0.9/-0.3/-0.6/-0.01

018+028+038
Science
2010

481,964/26.3/37.0/25.3/88.6/5.7/5.7/2.27

2011

484,844/24.3/39.2/24.3/87.8/6.7/5.5/2.30/

Beza

2,880/-2.0/2.2/-1.0/-0.8/1.0/-0.2/0.03

Peratusan calon yang mendapat Gred A bagi mata pelajaran Mathematics menurun sebanyak 0.3% daripada tahun sebelumnya. Namun, peratusan calon yang mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.9%. Pada keseluruhannya, prestasi Mathematics meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.01. Walau bagaimanapun, prestasi keseluruhan mata pelajaran Science telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.03 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 2.0% dan 0.8%.

12
Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Cina bagi Tahun 2010 dan 2011
Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A
B
C
ABC
D
E

026
Bahasa Cina – Pemahaman
2010

95,831/30.9/29.2/26.3/86.4/8.0/5.6/2.28

2011

96,587/33.0/29.9/25.3/88.2/7.3/4.5/2.20

Beza

756/2.1/0.7/-1.0/1.8/-0.7/-1.1/-0.08

027
Bahasa Cina –
Penulisan
2010

95,828/33.0/33.1/18.6/84.7/5.8/9.5/2.26

2011

96,578/31.1/32.5/19.5/83.1/7.1/9.8/2.32

Beza

750/-1.9/-0.6/0.9/-1.6/1.3/0.3/0.06

Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Cina bagi tahun 2010 dan 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC bagi mata pelajaran Bahasa Cina - Pemahaman meningkat daripada tahun sebelumnya, masing-masing sebanyak 2.1% dan 1.8%. Pada keseluruhannya, prestasi mata pelajaran ini meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.08. Walau bagaimanapun, prestasi mata pelajaran Bahasa Cina - Penulisan telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.06 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.9% dan 1.6%.

Jadual 9: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Tamil bagi Tahun 2010 dan 2011
Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A/B/C/ABC/D/E

036
Bahasa Tamil – Pemahaman
2010

16,781//36.2/27.8/23.0/87.0/11.8/1.2/2.14

2011

17,838//40.1/27.0/22.9/90.0/8.4/1.6/2.04

Beza

1,057/3.9/-0.8/-0.1/3.0/-3.4/0.4/-0.10

037
Bahasa Tamil –
Penulisan
2010

16,782/36.5/18.0/25.8/80.3/6.4/13.3/2.42

2011

17,832/37.2/18.2/25.7/81.1/6.5/12.4/2.38

Beza

1,050/0.7/0.2/-0.1/0.8/0.1/-0.9/-0.04

13
Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Tamil bagi tahun 2010 dan 2011. Kedua-dua prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil – Pemahaman dan Penulisan menunjukkan peningkatan bagi Gred A iaitu 3.9% dan 0.7%, manakala Gred ABC pula masing-masing 3.0% dan 0.8%. GPMP Bahasa Tamil – Pemahaman menurun sebanyak 0.10 dan Bahasa Tamil – Penulisan sebanyak 0.04 berbanding tahun 2010.

Ujian Aptitud

Tahun ini merupakan tahun ketiga Ujian Aptitud diduduki oleh semua murid Tahun 6. Prestasi dalam ujian dapat memberi gambaran tentang kebolehan dan kesediaan mental murid sebelum memasuki sekolah menengah. Pengetahuan tentang perkara ini sangat berguna kepada murid untuk memahami diri masing-masing, guru untuk memahami murid-murid dan juga ibu bapa untuk memahami anak-anak mereka.
Potensi diri (aptitud) murid dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pelaporan dinyatakan dalam bentuk Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi). Minat dan kecenderungan murid terhadapbidang Akademik, Teknik dan Vokasional, Seni, Budaya dan Sosial atau Sukan turut dilaporkan.

Ingin ditekankan bahawa maklumat keputusan Ujian Aptitud tidak dinyatakan dalam slip keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan maklumat tersebut bagi mengetahui minat, potensi dan kecenderungan anak masing-masing.

14
Penutup

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran. Saya yakin kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi semua pihak yang terlibat.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Lembaga Peperiksaan kerana berjaya menghasilkan kertas peperiksaan yang dijamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Ucapan sama juga ditujukan kepada semua petugas peperiksaan kerana telah berjaya memastikan kelancaran peperiksaan yang dikendalikan sehingga keputusan UPSR berjaya dikeluarkan pada hari ini. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama semua pihak turut menyumbang kepada kecemerlangan ini.

Terima kasih.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
17 November 2011

Sumber 2.

UPSR terbaik tempoh 4 tahun

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Nov. - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.

Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.

Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.

"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.

"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Abd. Ghafar, sejumlah 497,691 murid mendaftar sebagai calon UPSR yang merangkumi 489,101 (98.3 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 8,590 (1.7 peratus) calon sekolah swasta.

Kata beliau, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.

Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.

Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.

Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.

"Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.

Bagi pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini, seramai 59 orang dengan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.34 peratus iaitu pertambahan seramai lima orang.

Sejumlah 17 calon yang mendapat pencapaian cemerlang terdiri daripada enam calon rabun, seorang pekak, seorang spastik dan sembilan lagi lain-lain kecacatan.

Sumber 3.

Gred A subjek Matematik menurun

PUTRAJAYA 17 Nov. - Peratusan calon mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik menurun 36.9 peratus berbanding 37.2 peratus tahun lalu iaitu penurunan sebanyak 0.3 peratus.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, peratusan calon yang mendapat gred ABC bagaimanapun meningkat 0.9 peratus.

''Pada keseluruhannya, prestasi Matematik meningkat dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sebanyak 0.01 iaitu 2.26 tahun ini berbanding 3.37 tahun lepas," katanya kepada pemberita semasa pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, hari ini.

GPMP adalah indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik.

Bagaimanapun, prestasi keseluruhan mata pelajaran Sains menurun dengan GPMP sebanyak 0.03 berbanding 2010 apabila peratus calon yang mendapat gred A dan gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 2.0 peratus dan 0.8 peratus.

Analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di Sekolah Kebangsaan (SK) pula menyaksikan peningkatan pada gred A iaitu sebanyak 1.9 peratus.

Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum gred ABC pula meningkat sebanyak 1.1 peratus walaupun prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SK bagi gred A menurun 0.6 peratus manakala prestasi bagi gred ABC meningkat sebanyak 2.9 peratus.

''Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil bagi gred A meningkat masing-masing sebanyak 1.3 peratus dan 1.9 peratus," katanya.

Abd. Ghafar memberitahu, prestasi dan gred purata Bahasa Inggeris di SK adalah stabil dengan nilai GPMP sama seperti tahun lalu iaitu 2.74 walaupun mencatat peratusan calon mendapat gred A menurun 0.5 peratus tetapi peratusan calon mendapat gred ABC meningkat 0.4 peratus.

Secara keseluruhan prestasi Bahasa Inggeris SJK mencatat penurunan dalam GPMP 0.05 iaitu daripada 2.69 tahun lalu kepada 2.74 tahun ini, sekali gus mencatat peratusan calon mendapat gred A dan ABC juga menurun masing-masing sebanyak 1.2 peratus dan 1.4 peratus.

Peratus calon mendapat gred A dan ABC bagi Bahasa Cina Pemahaman pula meningkat dari dengan nilai GPMP 0.08 tetapi prestasi Bahasa Cina Penulisan telah menurun dengan nilai GPMP 0.06 berbanding tahun lalu.

Prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan bagaimanapun menunjukkan peningkatan bagi gred A iaitu 3.39 peartus dan 0.7 peratus manakala gred ABC pula masing-masing 3.0 peratus dan 0.8 peratus.

Dalam pada itu, Abd. Ghafar berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga Ujian Aptitud diduduki semua murid tahun enam di mana prestasi dalam ujian itu dapat memberi gambaran kebolehan dan kesediaan mental mereka sebelum memasuki sekolah menengah.

Ujian itu berdasarkan dua kemahiran iaitu berfikir dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dan ia dinilai dalam bentuk Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi).

Minat dan kecenderungan murid terhadap bidang akademik, teknik dan vokasional, seni, budaya dan sosial atau sukan turut dilaporkan.

''Keputusan ujian ini tidak dinyatakan dalam slip keputusan UPSR tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan maklumat itu bagi mengetahui minat, potensi dan kecenderungan anak masing-masing," katanya.

Beliau berkata, usaha kementerian seperti menerusi Program Peningkatan Sekolah yang digerakkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kesan terhadap pencapaian murid.

''Kita menggerakkan keseluruhannya dari sudut nazir, dari segi pihak guru cemerlang untuk membantu sekolah-sekolah luar bandar. Jadi nampak pada saya hasilnya jurang antara sekolah bandar dan luar bandar dapat dirapatkan," katanya.

Sumber 4.

Qariah muda antarabangsa dapat 5A UPSR

BESUT 17 Nov. - Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi yang mengharumkan nama negara apabila menang tempat ketiga Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, Ogos lalu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan hari ini.

Nurussyahamah Taqiah, 12, yang merupakan antara 830 murid cemerlang di daerah ini menerima slip keputusan itu daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Zaharah Che Teh.

Turut menemani calon itu menerima keputusan UPSR ialah bapanya, Nurunajmi Yaakob dan ibu, Sauzan Ibrahim yang berkongsi kegembiraan dengan pencapaian itu sekali gus menepati harapan kedua ibu bapanya serta sasaran Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.

Nurussyahamah Taqiah menyertai pertandingan akhir tilawah anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV kanak-kanak Al Jazeera pada 26 Ogos lalu.

Dia berjaya melepasi ujian di peringkat separuh akhir yang diadakan pada 22 hingga 28 Jun lalu di Doha melibatkan 63 peserta hasil dua ujian saringan membabitkan 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia dan 49 daripadanya adalah dari Malaysia.

Nurussyahamah Taqiah khatam al-Quran sebanyak empat kali semasa berumur enam tahun dan pernah menjadi johan tilawah program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) peringkat negeriTerengganu pada 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sumber 5.

Jumlah calon peroleh semua A 46,012

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata jumlah calon cemerlang semua A (5A) bagi UPSR tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 0.54 peratus atau 2,315 calon, iaitu 46,012 calon berbanding 48,327 calon tahun lalu, tetapi penurunan itu kecil dan biasa dalam peperiksaan.
“Walaupun jumlah calon yang memperoleh semua A menurun, jumlah calon yang mendapat pencapaian terbaik iaitu minimum Gred C (tidak termasuk semua A) pada tahun ini adalah meningkat sebanyak 55.45 peratus atau 6,743 calon, iaitu 269,021 calon berbanding 262,278 calon tahun lalu.

“Selain itu, jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar berjaya dikurangkan sebanyak 0.01 peratus tahun ini berbanding tahun lalu berdasarkan GPN,” katanya pada majlis pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah calon yang memperoleh keputusan di bawah tahap penguasaan minimum atau semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya turut mencatatkan penurunan sebanyak 0.51 peratus atau 2,376 calon tahun ini, iaitu 13,958 calon berbanding 16,334 calon tahun lalu.

Bagi kombinasi gred lain, katanya, ada sedikit peningkatan sebanyak 0.03 peratus atau 774 calon tahun ini, iaitu 156,169 berbanding 155,395 calon tahun lalu.
“Analisis keputusan UPSR tahun ini mendapati jumlah calon berkeperluan khas berjaya memperoleh pencapaian cemerlang meningkatkan kepada 17 calon berbanding 12 calon tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, enam calon adalah rabun, masing-masing satu pekak dan spastik serta kecacatan lain (sembilan). Sebanyak 1,329 calon berkeperluan khas menduduki UPSR tahun ini dengan GPN mereka mencatatkan penurunan sebanyak 0.01 peratus,” katanya.

Mengulas dakwaan ada sekolah memotong bayaran bantuan khas RM100 untuk pelajar, Abdul Ghafar berkata, tindakan itu tidak wajar kerana wang bantuan hak pelajar, pemberian kerajaan bagi menampung kos persiapan persekolahan tahun depan.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada semua sekolah tidak membuat pemotongan terhadap bayaran bantuan RM100 yang diberikan kerajaan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sumber 6.

Terima keputusan dengan hati terbuka.

SARIKEI: “Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka walaupun tidak sebaik murid lain. Sekurang-kurangnya dia diberi peluang menduduki peperiksaan ini,” kata Molly Nilau, 39, ibu kepada Edward Ujoh Augustine, 12, sebaik keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan, semalam.

Edward antara tiga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor, yang dikurung dalam bilik pemulihan sekolah ketika rakan lain sedang menduduki UPSR pada 13 dan 14 September lalu.


Dua lagi rakan menerima nasib sama adalah Idie Ganyol dan Richmend Mangi, namun mereka dibenarkan menduduki semula sehari selepas tamat peperiksaan, apabila ibu bapa mereka membuat laporan polis selain campur tangan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan UPSR yang diumumkan semalam, menyaksikan Edward memperoleh 2C 3E, Idie (4E 1D), manakala Richmend 3D 2E , dalam lima mata pelajaran diduduki iaitu Bahasa Malaysia (Pemahaman dan Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


Menurut Molly, adalah menjadi hak anaknya menduduki peperiksaan itu walaupun dikategorikan sebagai murid lemah bagi menjamin masa depan, khususnya ketika melangkah ke alam sekolah menengah.


“Lega hati saya apabila dimaklumkan mengenai keputusan itu. Walaupun tidak begitu cemerlang, saya reda dengan ketentuan Tuhan.

“Saya berharap, apa yang berlaku ke atas anak saya adalah yang pertama dan terakhir dan tidak mahu perkara sama berulang kepada murid lain yang senasib anak saya,” katanya.

Sumber 7.

Jumlah murid mencapai 5A, 7A menurun.

KUALA LUMPUR: Jumlah murid memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Wilayah Persekutuan menurun berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang berkata, daripada 23,954 pelajar sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, 2,690 mendapat 5A dan 7A.


“Jumlah itu menurun 0.09 peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 2,759 atau 11.32 peratus pelajar memperoleh keputusan sama. “Seramai 13,735 daripada 23,954 calon atau 57.34 peratus menguasai semua mata pelajaran berbanding 58.05 peratus tahun lalu,” katanya.

Sumber 8.

OKU terbaik UPSR
Oleh : SH UTARA/ SITI AZILA ALIAS
Tarikh : November 17, 2011

BUKIT MERTAJAM - Masalah penglihatan bukanlah penghalang untuk berjaya. Buktinya, pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Penglihatan Alma, Muhammad Iskandar Shah Mohd Nawi berjaya memperolehi 4A 1B sekali gus menjadi pelajar terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) peringkat negeri bagi kategori pendididkan khas.

Muhammad Iskandar memperoleh A bagi subjek Bahasa Melayu, Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Bahasa Inggeris manakala B bagi subjek Sains.

Ketika ditemui di sekolahnya, beliau meluahkan rasa gembira di atas kejayaan yang diperoleh.

Anak bongsu dari dua beradik ini menganggap kejayaan tersebut sebagai hadiah buat kedua ibu bapa yang juga mempunyai masalah penglihatan.

Sumber 9.

5A untuk arwah emak.

KANGAR - "Kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ini saya dedikasikan buat arwah emak yang meninggalkan saya ketika berusia dua tahun."

Demikian luahan kegembiraan salah seorang pelajar cemerlang UPSR Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tok Bandar di sini, Nurul Atikah Mohd Khairi selepas menerima keputusan cemerlang ujian itu yang diumumkan jam 10 pagi semalam.

Nurul Atikah berkata, pemergian ibunya 10 tahun lalu tidak sedikit pun "merentap" semangat untuk berjaya dalam UPSR kerana dikurniakan pengganti iaitu ibu tiri yang baik dan penyayang.

Menurutnya, ibu tiri yang mengasuhnya bersama ayah juga tidak putus-putus memberi galakan dan dorongan kepadanya untuk berjaya termasuk menghantarnya ke pusat tuisyen untuk persiapan menghadapi peperiksaan.

"Setiap kali sebelum ke sekolah, ayah dan ibu tiri acapkali mengingatkan saya agar mempunyai matlamat dalam hidup, tidak kira sama ada jangka pendek dan panjang di samping berusaha gigih jika ingin berjaya.

"Amanat itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan saya yakin cita-cita untuk menjadi seorang doktor akan terlaksana dengan sokongan ayah, ibu tiri dan guru," katanya kepada media di dewan kantin Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar, di sini semalam.

Nurul Atikah turut mendedahkan keazamannya untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selain berjanji meneruskan kecemerlangan hingga universiti.

Kegembiraan itu turut dikongsi satu-satunya pelajar lelaki yang memperolehi keputusan 5A di sekolah itu, Muhamad Hilmi Ramli, yang menjelaskan rahsia kejayaannya adalah disiplin dan pengorbanan yang diterapkan ayahnya walaupun hanya seorang nelayan.

Beliau memperuntukkan lima jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran dan mengakui banyak mengorbankan masa bermain demi menfokuskan kepada persediaan peperiksaan dan aktiviti ko-kurikulum.

"Fokus dalam kelas di samping aktif dengan aktiviti ko-kurikulum merupakan faktor menyumbang ke arah kejayaan saya di samping sokongan berterusan ibu bapa, guru dan kawan-kawan selama ini.

"Saya berharap dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh untuk membolehkan saya menjadi contoh kepada adik beradik lain seterusnya mengubah nasib keluarga," katanya.

Guru Besar SK Titi Tok Bandar, Rokiah Khalid berkata, terpilih sebagai antara sekolah yang memperolehi keputusan UPSR terbaik di negeri ini merupakan kejayaan manis baginya, guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memandangkan beliau baru sahaja mengetuai sekolah ini kira-kira setahun lalu.

"Kejayaan ini adalah usaha gigih guru yang kerap mengadakan kelas tambahan, sokongan ibu bapa dan PIBG dalam memastikan pentadbiran sekolah lancar di samping usaha tidak mengenal lelah murid yang sentiasa mengamalkan persaingan sihat untuk mencapai kecemerlangan.

"Jumlah calon yang memperolehi 5A pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu iaitu enam orang. Malah prestasi keseluruhan pencapaian pelajar dalam UPSR meningkat mendadak. Kami berazam mempertingkatkan lagi peratusan itu demi mengekalkan kedudukan sekolah terbaik di peringkat negeri," katanya.

Sumber 10.

Terengganu : negeri terbaik UPSR buat Kali ke 11 berturut-turut.

KUALA TERENGGANU - Terengganu mengungguli keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-11 berturut-turut apabila 3,458 muridnya memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud berkata, pencapaian itu cukup membanggakan memandangkan 15.6 peratus calon UPSR di negeri ini memperoleh 5A/7A, iaitu meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Apa yang lebih membanggakan, gred purata negeri (GPN) adalah 2.14, iaitu terbaik yang pernah dicapai Terengganu sebelum ini iaitu pada 2007 dengan 2.18.

Menurutnya, sekolah luar bandar juga menunjukkan peningkatan yang cukup ketara dan mengungguli senarai sekolah berpencapaian tinggi.

“Daripada segi pencapaian, murid yang mendapat 4A/6A dan 1B adalah 2,345 orang iaitu sebanyak 10.3 peratus manakala mereka yang mendapat 5ABC/7ABC adalah seramai 10,319 orang, iaitu sebanyak 45.3 peratus.

“Murid yang mendapat gred D dan E pula adalah sebanyak 535 orang manakala lain-lain adalah 6,054 orang. Jumlah yang mendapat minimum C juga meningkat iaitu 71.1 peratus, berbanding 66.8 peratus pada 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pengumuman Keputusan UPSR 2011 di Bilik Mesyuarat Alamanda di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di sini, semalam.

Jumlah calon seluruh Terengganu yang berdaftar adalah seramai 23,250 orang, iaitu 22,533 orang calon adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK), 434 orang calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 283 orang calon dari Sekolah Rendah Swasta (SRS).

Menurutnya Razali, secara keseluruhannya beliau berasa gembira dengan peningkatan pencapaian Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan) dan Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan yang meningkat peratusan yang mendapat A dan minimum C.

Katanya, pencapaian subjek Matematik dan Sains juga meningkat di SK dan SJKC, iaitu peningkatan yang mendapat A dan minimum C.

“Apa yang kita bimbangkan adalah pencapaian beberapa subjek di SJKC iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (Pemahaman) dan Bahasa Cina (Penulisan) mencatatkan penurunan.

“Kita akan lihat apa punca utamanya dan kita akan cuba baiki kelemahan yang ada kerana seboleh-bolehnya kita mahu semuanya cemerlang, termasuklah SJKC,” katanya lagi.

Menurut beliau, SK Kampung Bharu Tok Dor, Besut muncul sekolah terbaik apabila 12 orang daripada 18 calonnya mendapat semua A, iaitu 66.67 peratus manakala SK Dusun, Hulu Terengganu terbaik berdasarkan GPS yang diperoleh, iaitu 1.23.

Katanya, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh murid negeri ini dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil usaha sama pentadbir sekolah, guru-guru, PIBG, pegawai PPD dan Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus memberikan sokongan moral dan kewangan demi melihat kejayaan murid negeri ini.

Sumber 11.



Berita dan gambar akan menyusul kemudian...

No comments:

Post a Comment