LAGU RAYA
Tuesday, July 3, 2012
Perjumpaan Ibu bapa, Pendaftaran dan Taklimat Murid Prasekolah dan Tahun 1, 2016 pada 29.12.2015.
Wednesday, June 20, 2012
Sukantara SKRCK pada 21 & 22.06.2012 dan Sukan Tahunan pada 05.07.2012.
Sunday, June 17, 2012
PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 TEMA: MEMBINA KEYAKINAN DAN JATI DIRI MURID TAJUK PROGRAM: JIWA MURNI, 25 MEI – 27 MEI 2012, MARKAS 3 DIVISYEN, KEM TERENDAK, MELAKA, MURID2 SKRCK & SK.JERAM.
Kursus LADAP Kali ke-3, Tahun 2012 : Pengurusan SPPBS/KSSR Tahun 1 & 2
Thursday, June 14, 2012
Program Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid-murid 2012
Friday, April 20, 2012
Penyata Gaji Baru, Bulan April 2012 sudah dikeluarkan...
Tuesday, April 3, 2012
Permohonan Pertukaran Guru e-GTukar Sesi Jun 2012
Pemberitahuan
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.
Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .
Sila layari http://www.apps.moe.gov.my/epgo/
Perhatian, Sila Pastikan Anda Menggunakan Microsoft Internet Explorer.
Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)
Permohonan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi
Sila dapatkan maklumat lanjut di INFO TERKINI bagi guru DG44 yang ingin memohon ke IPG,IAB dan Kolej Matrikulasi. Hanya guru peringkat menengah sahaja yang layak memohon ke Kolej Matrikulasi.
Sekian dimaklumkan.
Saturday, March 31, 2012
PEKELILING BARU SSM DAN TUNGGAKAN GAJI BARU TELAH DIKELUARKAN SECARA RASMI OLLEH JPA PADA 30/03/2012
Tanggal : 30/3/2012 pekeliling baru bagi gaji ssm 2012 telah dikeluarkan di laman web JPA .
Sila layari laman web rasmi JPA di http://www.jpa.gov.my/
Ada 3 pekeliling yang telah dikeluarkan secara rasmi :-
1. Pekeliling perkhidmatan Bil.1/2012
(Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan
Malaysia)
2. Pengiraan Pemindahan Gaji Mengikut PP.Bil.1/2012
(Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan
Malaysia)
3. Servis Circular No. 3/2012
(Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup)
Maka, tak hairanlah.. ada diantara kumpulan penjawat awam yang sudah pun mendapat pengiraan daripada AG, ini bermakna gaji SSM 2012 baru akan tetap dibayar pada bulan April berdasarkan laporan yang telah diberikan.
Berikut secara mudah gambaran untuk pengkiraan gaji baru SSM :-
Gaji SSM 2012 baru anda pada bulan April = (Gaji pokok semasa x 13%) + gaji pokok sekarang
Tunggakkan 3 bulan gaji = Gaji pokok sekarang x 13% x 3 bulan (iaitu daripda bulan Januari – Mac)
KGT? Rujuk Pekeliling SSM yang JPA telah keluarkan.
Berkenaan COLA, Rujuk pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA.
Berdasarkan maklumat yang diterima, gaji SSM 2012 baru pasti akan dibayar bermula bulan April ini berserta, berserta tunggakan 3 bulan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Sekian, info terkini.
Wednesday, March 7, 2012
08/03/2012/Khamis : Info Terkini, SBPA yang diumumkan ole Menteri (PM) di Putrajaya jam 9.00 pagi tadi.
PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI.
Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Sumber 2:
08.03.2012/Khamis, 10.20pagi :
Info terkini berkaitan SBPA yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) di Putrajaya, kira2 jam 9.00 pagi tadi :
1) Kenaikan gaji 13% untuk 54 dan ke bawah
2) COLA, kawasan B - dinaikkan dari RM200 kepada RM250, Kawasan C - dinaikkan dari
RM100 kepada RM150
3) TIME BASED kekal untuk cikgu
4) SBPA BATAL dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
5) SSM akan ditambahbaik, jadi gaji sebaris
6) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM 80 - RM 320
7) Time based ikut jadual baru, seperti yang diumumkan dalam bajet.
8) Penubuhan Suruhanjaya Khas.
9) Pelaksanaan gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM (sementara)
10)Insentif lain dikekalkan-insentif wilayah, pendalaman
Sumber 3:
SKIM SBPA DIMANSUHKAN.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.
Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.
"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.
Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.
"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik," katanya.
Najib juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.
"Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini," katanya.
Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.
Sumber 4 :
KPPK @ NUTP RAYU LAKSANA SKIM KHAS.
Kenaikan pangkat secara ‘time base’ pertingkat profesion perguruan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing.
“Maksud ‘time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat. Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.
“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.
“NUTP menyokong penuh penambahbaikan dilakukan kerajaan terhadap sistem ‘time base’ yang mula dilaksanakan sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002,” katanya di sini, semalam.
Hashim berkata, NUTP berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan berita baik pelaksanaannya seiring dengan pengumuman semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi.
“Ke mana saja kepemimpinan tertinggi NUTP pergi dan turun padang, guru sering bertanya kepada kami mengenai KUP ini seperti diumumkan kerajaan tahun lalu, tanya kami bila ia dilaksanakan kerana beribu guru masih tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
“NUTP amat berharap ketika kerajaan mengumumkan keputusan semakan semula SBPA, Perdana Menteri akan turut menyampaikan berita baik kepada warga pendidik di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, kesatuan itu turut mengirim telegram kepada Perdana Menteri, kelmarin merayu jasa baik pemimpin nombor satu negara supaya turut mengambil kira kebajikan golongan pendidik.
Sumber 5 :
Sunday, January 29, 2012
Tahniah Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka! & Pegawai PPD Alor Gajah Yang Baru/2012
Warga PPD Alor Gajah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & ucapan tahniah serta selamat bertugas kepada Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang baharu bagi menggantikan Dr. Mohamad Nor bin Mohd. Taib yang telah berpindah ke Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini.
Warga PPD Alor Gajah juga merakamkan ucapan syabas kepada Tuan Haji Ab. Lazis bin Jaffar, Pengetua SMK Lubok China yang telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah bagi mengisi kekosongan jawatan yang disandang oleh Tuan Haji Kasim bin Mohamad sebelum ini.
Majlis penyerahan watikah pelantikan mereka telah diadakan di Jabatan Pelajaran Melaka pada jam 3.00 petang tadi (27 Januari 2012) yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka.
Adalah diharapkan dengan lantikan ini, Tuan Timbalan Pengarah dan juga Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah akan lebih erat bersama kita ke arah menjadikan pendidikan di Melaka lebih diberkati, cemerlang, gemilang dan terbilang, Insya-Allah & Amiin.
Friday, January 27, 2012
Pembayaran Bulanan Skim Gaji baru 2012 (SBPA) Mulai 01.01.2012 - Ditangguhkan
Bayaran gaji Feb penjawat awam berdasarkan SSM
Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," katanya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.
Cuepacs kemuka lima perkara utama
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbang dalam semakan semula SBPA.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata lima perkara itu menumpukan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.
Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang telah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus; dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.
"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di George Town.
Omar berkata beliau juga meminta agar tiga lagi pegawai tertinggi dalam Cuepacs dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.
"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya.
Selain itu katanya, Cuepacs akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam tentang SBPA.
"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.
SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.
Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada
kerajaan.
- Bernama
Sumber 2:
Isu SBPA: 5 tuntutan CUEPACS
Presiden CUEPACS beri kata dua tarik diri jika syarat tidak dipenuhi
1) Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
2) Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
3) Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
4) Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
5) Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam
GEORGETOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.
Sumber 3:
25/01/2012 8:27pm
PUTRAJAYA 25 Jan. - Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi.
Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.
"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini hari ini. - BERNAMA
Wednesday, January 18, 2012
Al FATIHAH...Buat Allahyarhamah Cik Elinadiah bte Mazlan, Pembantu pengurusan Murid, Kelas Pedidikan Khas, SKRCK 2010-2012 (23/09/1988 - 18/01/2012)
18.01.2012/Rabu: Salam..kepada semua Warga SKRCK & PIBG & rakan2 - bekas2 Murid2 SKRCK..dimaklumkan..
Takziah kepada rakan kita..Pembantu Pengurusan Murid, Kelas Pendidikan Khas SKRCK sekarang, bertugas di SKRCK mulai: 03/03/2011 - 18/01/2012: Cik Elinadiah bte Mazlan, (yg lahir pada: 23/09/1988 - 18/01/2012), 24 Tahun usia arwah..telah kembali ke Rahmatullah..jam 9.00 malam tadi..baru 57 minit lepas..
Sekarang, jenazah arwah bersama keluarga di Hospital Besar Melaka..diikebumikan di kampung asalnya..di Batu 30, Kampung Tanjung Dahan, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka..esok hari..akibat..sakit tirod tahap paling kritikal..
Kami mendoakan agar keluarga arwah bersabar, tabah dan arwah dimasukkan di dalam golongan org yg soleh..AL FATIHAH...
Monday, January 16, 2012
Minggu Ketiga Persekolahan 2012 : 16/01 - 20/01/2012.
24.01.2012/Selasa: Warga SKRCK Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina (23 - 24.01.2012) & Warga SKRCK akan bercuti 1 hari lagi pada 25.01.2012/Rabu - Sekolah mengambil Cuti peristiwa. Sekolah akan dibuka seperti biasa pada 26.01.2012/Khamis.
LAWATAN 2 ORANG PEGAWAI PEJ.KESIHATAN A/GAJAH 2012 KALI1
(KANTIN SKRCK)(GRED A - 2012)
TARIKH: 20.01.2012 HARI: JUMAAT
MASA : 11.45 - 12.00tgh. LOKASI: KANTIN SKRCK
PERJUMPAAN GURU2 MP T.6/UPSR DGN GB/GPK 2012 KALI1
TARIKH: 20.01.2012 HARI: JUMAAT
MASA : 8.10 - 8.55 pg. LOKASI: BILIK GB SKRCK
TAKLIMAT & SUNTIKAN BCG (TAHUN 1 & 6 SHJA) & LATIHAN PRAKTIKAL KUIM
KLINIK KESIHATAN M/TANAH & KOLEJ AGAMA ISLAM MELAKA KSB.
TARIKH: 17. & 18.01.2012 HARI: RABU & KHAMIS
MASA : 9.00 - 12.00 tgh. LOKASI: SKRCK
TAKLIMAT & DEMONTRASI KEBAKARAN
JAB.PERTAHANAN AWAM M/TANAH
TARIKH: 17.01.2012 HARI: SELASA
MASA : 2.00 - 4.10 pm LOKASI: SKRCK
TAKLIMAT & DEMONTRASI PERGIGIAN
KLINIK KESIHATAN M/TANAH
TARIKH: 17.01.2012 HARI: SELASA
MASA : 9.00 - 10.10 am LOKASI: SKRCK
LAWATAN PPD A/GAJAH
UNIT SAINS & MATEMATIK
DAN MESY PANITIA BM & AG
KALI 1/2012
TARIKH: 17.01.2012 HARI: SELASA
MASA : 1.15 - 1.40pm LOKASI: SKRCK
TAKLIMAT & DEMONTRASI PERGIGIAN
KLINIK KESIHATAN M/TANAH
TARIKH: 17.01.2012 HARI: SELASA
MASA : 9.00 - 10.10 am LOKASI: SKRCK
KEBENARAN KEPADA PIHAK SEKOLAH
UNTUK MEMILIH DAN MEMASANG
PERKHIDMATAN INTERNET DI SEKOLAH
Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) 2012
YTL - KPM/PUTRA JAYA
TARIKH: 16.01.2012 HARI: ISNIN
MASA : 10.40 - 11.20pg LOKASI: SKRCK
Diketuai oleh : Cik Nurul Huda.
Dibantu Oleh : En. Imran, En, Khusairi, En. Halim dan En. Yong.
Tujuan Lawatan : Menawarkan Kebaikan & Perkakasan YTL - ISP Internet.
Kelajuan : Upload & Download yang lebih laju dari TM dll..
Harga : Akan dirundingkan dengan KPM, kerana Pihak SKRCK pada asalnya,
sudah memilih TM sebagai ISP Talian Internet bagi Tahun 2012.
(RM 600 - sebulan, dibayar oleh KPM). Rujuk Tarikh: 30.12.2011.
Tujuan Lawatan: Fasa 1 - Meninjau Tapak & Bangunan SKRCK (Infrastruktur)
Keputusan : Belum Muktamad.
Sumber 1:
KEBENARAN KEPADA PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMILIH DAN MEMASANG
PERKHIDMATAN INTERNET DI SEKOLAH 2012
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Unit ICT PPDAG Rabu, 28 Disember 2011 15:47
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa semua sekolah di bawah pengurusan KPM adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada atau memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) lain bagi mendapatkan sumbangan perkhidmatan internet di sekolah pada tahun 2012 sehingga projek Perkhidmatan 1 BestariNet dilaksanakan di sekolah masing-masing.
Berikut dilampirkan Surat Siaran Untuk Memilih dan Memasang Perkhidmatan Internet dan Garis Panduan Pemasangan Internet.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
PROGRAM PELAKSANAAN KAJIAN
PROGRAM PEMANTAPAN PROFESION
GURU DI KPM FASA II DI SELURUH
NEGERI MELAKA 2012
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM
TARIKH : 16.01.2012 HARI : ISNIN
MASA : 10.20 - 1.30pm LOKASI: B.SAINS:
Guru Yang Terlibat : GB, 3 GPK & 16 GURU MPel & 1 PT.
Tujuan : Membuat Soal-selidik - Dasar & Perbelanjaan & Latihan Guru2 Seluruh negara.
Bebanan dan tanggungjawab Guru, Isu2 semasa dan Cara Mengatasi.
Isu Tugas Guru : 8.00 pagi - 5.00 petang/Melaka perintis Ujian/310 buah sek.
Diketuai oleh : En. Hashim bin Abu Samah, dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
Putrajaya, bertugas sekarang di BPM/Sekolah Harian, asal dari, Melekek, N.Melaka.
Dibantu oleh : En. Razali dari JPN.Melaka (Unit Perhubungan), asal, Alai, Melaka dan En. Saifullah (Fasilitator)
Sumber 1 :
PELAKSANAAN KAJIAN PROGRAM PEMANTAPAN PROFESION GURU DI KPM FASA II DI SELURUH NEGERI MELAKA
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh PPDAG Isnin, 09 Januari 2012 11:13
Kepada Pengetua dan Guru Besar,
Dimaklumkan bahawa satu Kajian dan Soal Selidik yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM akan dijalankan di semua sekolah Daerah Alor Gajah bermula pada 11 Januari 2012 hingga 16 Januari 2012.
Sehubungan dengan itu sila muatturun Surat Siaran dan Borang Bilangan Populasi Sampel (Lampiran A) sebagai persiapan awal bagi kehadiran pegawai berkenaan dalam melaksanakan program tersebut.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
MINGGU KE-3, JANUARI 2012 : 16/01/2012 – 20/01/2012
| |||
BIL. | TARIKH | HARI | AKTIVITI |
| 15/01/2012 | AHAD | PEMBAYARAN RM 500 bermula (2 bulan) kepada Isi rumah di bawah pendapatan RM 3000 di Seluruh Malaysia. |
01. | 16/01/2012 | ISNIN | GURU BERTUGAS MINGGUAN :
16/01 - 21/01/2012 :
GB : SARANKAN BUDAYA SALAM DAN HORMATKAN IBU BAPA/ PENJAGA, GURU SERTA TETAMU/PELAWAT YG HADIR KE SKRCK PADA BILA-BILA MASA.
BUDAYA MENCATAT PERKARA-PERKARA PENTING DI PADANG PERHIMPUNAN, BILIK KELAS & BUDAYA MEMBACA PATUT DIAMALKAN.
MURID-MURID TAHUN 1 & 2 2012 (MURID ISTIMEWA) KERANA MEREKA TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN KSSR.PBBS.
Lawatan KPM, Putrajaya & JPN Melaka, Program Pemantapan Profesion Perguruan, Soal Selidik di SKRCK.
Lawatan Tapak Pihak YTL & KPM, Putrajaya, bagi Projek ISP – Penyedia Pembekal Internet 2012 di SKRCK.
Pembantu Tadbir SKRCK mengambil skel gaji baru (SBPA) di Unit Perkhidmatan Jabatan Pelajaran Melaka.
Nota: Kepada semua sekolah pusat pembayar adalah dikehendaki mengambil laporan gaji SSM ke SBPA di KIOSK/bilik runding 1/bilik runding 2 Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka. Sila bawa pen drive sendiri untuk menyalin (copy) laporan di atas. Sila semak gred jawatan lama, gred hakiki lama, amaun gaji lama, tarikh naik gaji lama mengikuit gaji yang dibayar pada bulan Januari 2012 dengan kadar segera.
|
02. | 17/01/2012 | SELASA |
Taklimat & Demontrasi Cara Memberus Gigi Dengan Betul Klinik Kesihatan Masjid Tanah – Semua Murid Tahun 4,5 & 6 Kantin – Makmal – Padang : 9.00 – 10.10 pagi.
Lawatan PPD Alor Gajah, Unit Sains & Matematik. En. Zolkarnini bin Abd Ghani. 10.10 pagi – 12.55 tghari.
Mesyuarat Panitia B.Melayu & Agama/J-Qaf Kali 1/ Tahun 2012, Bilik J-Qaf/B.Sains 1.0 – 1.45 petang. (GPK ! – Pn. Hamidah – Memantau Mesyuarat)
AKTIVITI KO KU KALI 2 BRJALAN.22 style="margin-bottom: 0.0001pt;"> TAKLIMAT & KEY IN DATA SPPBS 2012, untuk Semua Guru Mata Pelajaran (10 orang/10 subjek) dan Muric Tahun 1 Bestari (23 orang) bermula secara Online. – Penyelaras rmal" style="margin-bottom: 0.0001pt;">Ketua : Kapten Md. Jidin bin Sahat. Dibantu : 4 anggota JPA MT. Masa : 2.00 – 4.10 petang. Semua guru, murid Tahun 4,5 & 6, Staf sekolah.
Semua Ketua Penyelaras Aktiviti Ko Kurikulum (Persatuan/Kelab/Uniform/Permainan/Rumah Sukan/Silat) Sedang giat mengemaskinikan Semua Fail, data yang berkaitan, bagi Tahun 2012.
|
03. | 18/01/2012 | RABU |
TAKLIMAT & KEY IN DATA SPPBS 2012, untuk Semua Guru Mata Pelajaran (10 orang/10 subjek) dan Muric Tahun 1 Bestari (23 orang) bermula secara Online. – Penyelaras UPSR 2012.
TAKLIMAT UPSR 2012 – PENDAFTARAN S/U UPSR Kepada semua murid-murid Tahun 6 bermula. (Manual) Oleh S/usaha UPSR SKRCK.
Semua Markah Ujian Diagnostik Tahun 6, 2012 sudah boleh dihantar kepada GPK 1 & Murid perlu mendapat kembali Kertas Soalan, Kertas Jawapan & Markah mereka.
|
04. | 19/01/2012 | KHAMIS |
MESY AJK PIBG KALI KE __.
Setiausaha UPSR 2012, Taklimat Pendaftaran di SK. Lesung Batu, Alor Gajah, Melaka.
Guru Pra Sekolah & Guru Sistem Maklumat Murid (SSM), Mengemaskinikan Data 2012 Terkini.
|
05. | 20/01/2012 | JUMAAT |
Laporan Aktiviti Perancangan Strategik Bagi Tahun 2011 & Perancangan Strategik Semua Aktiviti di bawah 3 bidang utama (Kurikulum/HEM/Ko Kurikulum) bagi Tahun 2012, perlu dihantar kepada 3 orang GPK SKRCK.
|
Wednesday, January 11, 2012
Minggu Kedua Persekolahan 2012 : 09/01 - 13/01/2012.
Berikut adalah beberapa paparan aktiviti Minggu Ke 2/2012...
MINGGU KE-2, JANUARI 2012 : 09/01/2012 – 13/01/2012
| |||
BIL. | TARIKH | HARI | AKTIVITI |
01. | 09/01/2012 | ISNIN |
TAKLIMAT RINGKAS DATA 2012 (Guru & Staf)
TAKLIMAT & KEMASKINI DATA SMM 2012
|
02. | 10/01/2012 | SELASA |
AKTIVITI KO KU KALI 1 BERMULA:
|
03. | 11/01/2012 | RABU |
MESY GURU2 - KURIKULUM KALI 2/2012 (ada 8 agenda)
Ada 8 agenda yang dibincangkan :- 1. Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar. 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu. 3. Perkara berbangkit. 4. Analisa UPSR 2011. 5. Target UPSR 2012. 6. Program Peningkatan & Kecemerlangan UPSR. 7. MBMMBI. 8. PBS/KSSR Tahun 2/2012 9. Hal-hal lain.
TAKLIMAT UPSR 2012 – PENDAFTARAN S/U UPSR
|
04. | 12/01/2012 | KHAMIS |
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 (1)
JADUAL UJIAN : TAHUN 6 SAHAJA (KHAMIS)
7.45 pg - 8.35 pagi : BM (Pemahaman) 9.00 pg - 10.15 pagi : BM (Penulisan) 10.40 pg - 11.00 pagi : REHAT 11.05 pg - 12.05 tgh : MATEMATIK (k.2) 12.10 tgh - 1.00 ptg : B.INGGERIS (k.1)
|
05. | 13/01/2012 | JUMAAT |
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 (2) JADUAL WAKTU UJIAN DIAGNOSTIK (Tahun 6 sahaja)
7.45 pg - 8.35 pg : B.INGGERIS (k.2) 9.05 pg - 10.20 pg : SAINS 10.40 pg - 11.00 pg : REHAT 11.05 pg - 11.55 pg : MATEMATIK (k.1)
Arahan : Sila jalankan Ujian mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Hantar markah ujian kepada guru kelas untuk dibuat analisa pd 19.01.2012. Guru kelas perlu menghantar markah beserta analisa kpd GPK 1(Pn.Hamidah),untuk disemak pada : 20.01.2012.
|