LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Sunday, January 29, 2012

Tahniah Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka! & Pegawai PPD Alor Gajah Yang Baru/2012

Tahniah Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka! & Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah yang Baru/30.01.2012/Isnin.





Warga PPD Alor Gajah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & ucapan tahniah serta selamat bertugas kepada Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang baharu bagi menggantikan Dr. Mohamad Nor bin Mohd. Taib yang telah berpindah ke Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini.





Warga PPD Alor Gajah juga merakamkan ucapan syabas kepada Tuan Haji Ab. Lazis bin Jaffar, Pengetua SMK Lubok China yang telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah bagi mengisi kekosongan jawatan yang disandang oleh Tuan Haji Kasim bin Mohamad sebelum ini.

Majlis penyerahan watikah pelantikan mereka telah diadakan di Jabatan Pelajaran Melaka pada jam 3.00 petang tadi (27 Januari 2012) yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka.

Adalah diharapkan dengan lantikan ini, Tuan Timbalan Pengarah dan juga Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah akan lebih erat bersama kita ke arah menjadikan pendidikan di Melaka lebih diberkati, cemerlang, gemilang dan terbilang, Insya-Allah & Amiin.

No comments:

Post a Comment