LAGU RAYA

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf Lagu Raya- Anuar zain&Ellina- Suasana Hari Raya LAGU RAYER - Ahmad Jais (Selamat Hari Raya) Lagu Raya - P Ramlee - Suara Takbir lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau lagu raya-MAMAT-ku pohon restu ayah bonda.MP3

Tuesday, January 3, 2012

Tahun baru 2012, Alam Baru Persekolahan 2012.

Warga SKRCK mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 dan Sesi Persekolahan Tahun 2012 akan bermula pada Tanggal 04hb. Januari 2012 Masihi bersamaan 10 Safar 1433 Hijrah, hari Rabu.

a) Sumber - dari Web Site: PPD Alor Gajah, Melaka.


1) MAKLUMAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1, TAHUN 2012



LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Mohd Nor Omar Selasa, 03 Januari 2012 17:26

Kepada Semua Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Alor Gajah.

Makluman kepada tuan-tuan sekelian, diharap dapat memaklumkan data tersebut selewat-lewatnya pada atau sebelum pukul 10 pagi pada 4 JANUARI 2012 . Sila memuat turun borang dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki. Kembalikannya semula melalui alamat email upsppdag@gmail.com Mohon digunakan format borang yang dikepilkan dan jangan diubahsuai.

Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


2) Tahniah, Selamat Berpisah dan Selamat Bertugas Di KPM


LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Unit Pendidikan Islam PPDAG Jumaat, 30 Disember 2011 14:48
Tahniah, Selamat Berpisah dan Selamat Bertugas Di KPM

Warga PPD Alor Gajah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada Yang Berbahagia Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia Gred DG54 mulai 16 Disember 2011 yang lalu namun akan memulakan tugasnya di tempat baru pada 3 Januari 2012 kelak.



3) RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2012



Ditulis oleh UNIT HEM Jumaat, 30 Disember 2011 12:09

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2012

Perhatian kepada semua Guru Besar.

Program Rancangan Makanan Tambahan akan bermula pada 4/1/2012(Rabu). Pihak sekolah diminta memilih murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mempunyai kelayakan seperti berikut melalui SMM:-

a) Pendapatan ibubapa / penjaga RM 430 dan ke bawah ATAU perkapita RM 100 dan ke bawah.
b) Borang Permohonan perlu diberi kepada penjaga yang layak sebagai bahan bukti permohonan.
e) Sila hantar senarai nama mengikut darjah dan jumlah penerima keseluruhan ke PPD Alor Gajah selewat-lewatnya 6/1/2012.(U.p Ustaz Jamaluddin Ahmad)

Terima kasih.

b) Dari Web Site : JPN Melaka.

1) Pemantauan Pengurusan PPDa Sekolah-Sekolah Negeri Melaka.


Ditulis oleh AHMAD SAUFI BIN ISNIN
Tuesday, 03 January 2012
Kepada,

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Sukacita dimaklumkan sekolah-sekolah negeri Melaka dikehendaki menjalankan program-program pencegahan dadah. Pihak tuan diminta memasukkan program-program di dalam perancangan tahunan sekolah tuan.


2) Perubahan Tarikh Takwim Pelaksanaan LDP "School Based" Tahun 2012.

Ditulis oleh Hazlina Mohamed Yussof
Thursday, 29 December 2011
Pengetua dan Guru Besar Sekolah Negeri Melaka.


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Untuk makluman berlaku perubahan tarikh takwim perlaksanaan LDP bagi tahun 2012. Maklumat lanjut perubahan tarikh takwim LDP boleh diperoleh dari surat siaran yang dilampirkan.



Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment